Minggu lepas giliran saya membentang di college internal seminar, video linked to the other campus. Royal Veterinary College ni ada dua campus, setiap kali seminar memang kitorang akan ber-video conference. Pembentangan ni simple saja, dalam masa 10 minit kena ceritakan perihal phD project sendiri, apa pencapaian setakat ni dan apa perancangan dalam masa 3 tahun.
Nervous pun kena lah bentang jugak, sampaikan ada words yang escaped masa sangat-sangat diperlukan, sampai jadi macam Tun M dok cakap "apa nama.. apa nama..". Takdelah saya cakap gitu, tapi maksudnya lebih kurang lah. Nasib baik supervisor buat gerak mulut, maka dapatlah perkataan tu - anxiety. Hantu betul. Saya yang anxiety attack sampai hilang semua words.
Bila sampai part Q&A, berebut-rebut lah hadirin-hadirat dari kedua-dua campus bertanya soalan. Head of department sendiri pun bukan main lagi bersoal-siasat. Maka ketika tu panik pun mencanak-canak jadinya. Tambahan pulak bila soalan dari campus di sana tu audionya putus-putus. Haih, makcik tension. Jawab, tapi dengan rasa macam tak puas hati. Betul ke aku ni menjawab soalan.. Tengok ke arah supervisor, nampak dia dok tunduk je (tak senyum dah macam awal-awal tadi). Ah sudah.
Selesai presentation, supervisor berlalu sambil bersembang dengan head of department, tak berhenti untuk komen apa-apa pun. Terus rasa makin tak seronok. Selalunya dia akan comment, kasi kata-kata yang sedap didengar. Sah lah presentation or Q&A tadi teruk....
Lepas presentation hari Selasa tu, rasa down sangat. Down la sangat sampai tak pi sekolah hari Rabu & Khamis - tengah takde running experiment bolehla work from home kan (work from home=bangun lewat, makan tak berhenti & melagha sepanjang hari). Tapi seriously rasa macam malu nak mengadap muka supervisor.
Semalam terima feedback forms dari insan-insan yang hadir ke presentation saya tu. Rupa-rupanya feedback sangat positive. Terima kasih la siapa-siapa yang sudi isi feedback form tu. Semangat dah kembali. Saya janji takkan ponteng lagi. Ok lah, janji sampai hujung minggu ni :P
7 comments:
Okla tu nok, aku penah present sekali je kot kat depan budak2 postgrad school aku.. lagi pathetic.. itupun semua org angguk2, sbb seminar tu takda Q&A session, hahaha.
berdebarnya... ni yang rasa ketar lutut nak isi form sambung belajar... huhu..
kalo kiter la kan..mesti jadi gagak..ark...ark...arkk...eheheh...
yeayyyy well done *clap clap clap* heheh aku tak boleh bayang la kalau aku yg kene membentang, last skali presentation 5 yrs ago kot masa final year project heheh all d best to you, for d next 3 yrs ni situasi seumpama ni akan dtg dan pergi seperti di angin lalu sahaja heheh will doa for you,insyaaLLAH...
kudos to u..!!!!!
sila jgn ponteng lagi tau.. hehe..
congrats ayu!! :) hehehe..
DLL, Zd, Lydia, Intan, Mulan, Nazihah - tu lah dugaannya.. Nak2 pulak spesis ketar lutut. Semua mat saleh dok tgk kita macam nak telan2. Hehe.. Alhamdulillah semua ok. Dah 2-3 kali present ni, makin bertambah ok. Don't worry, kalau anda semua kena sama mcm saya pun, akan ok (with experience & doa), insyaAllah.. Thanx again dear friends :)
Post a Comment