Monday, April 30, 2012

Sorok-sorok

Semalam hari Ahad, tapi DH kerja jugak. Disebabkan hati meronta-ronta nak keluar rumah (walaupun kat luar hujan tak berhenti-henti), dapatlah idea bernas. Nak ikut DH pergi kerja, tapi nak berpisah dekat Selfridges. Maksudnya bini dia pi Selfridges, laki silalah pi kerja. ;p

Nak beli sesuatu. Dok baca review sana-sini kata mendalah ni bagus. Dah cakap dah dengan DH, "nak gi beli X sebab sekarang my skin dah makin teruk". Memang betul pun, kulit muka sekarang makin suram, banyak jerawat naik di bawah dagu & bawah hidung. Memang saya stress sejak kebelakangan ni, kerja berlambak-lambak. Stress pikirkan kerja yang tak dibuat-buat. Hehe..Selain jerawat, dark spots, uneven skin tone, eye bags, semua lengkaplahh. Nak tengok cermin pun menyampah. Nak mengadap orang pun rasa segan. Wah gitu. Alasan-alasan nak justify pembelian.

DH kata "okay, belilah. Tapi Ejad tak dapat teman gi Selfridges, sebab Ejad dah lambat nak gi kerja". Okay no problem sayang, byeee!! See you!! :D

Bila pergi seorang diri, hasilnya bukan ku bawak pulang X je, Y, Z, A, B & C yang tiada kena-mengena pun ikut balik jugakk. Aiyoo.

Selama ni memang tak pernah rasa takut bila beli barang, nak sorok-sorok ke apa. Tapi semalam ku memang diamkan saja pasal A, B & C. Y & Z tu tunjuk la jugak sebab at least depa tu sekapal dengan X. Heee. Soalan paling berbisa, "berapa harga tiga item tu?" Si bini tak jawab, buat-buat pekak & tiba-tiba ubah topik. Ok sekarang baru aku faham kenapa kaum isteri sekalian kalau beli barang suka sorok-sorok. Walhal tak guna duit suami pun.. Rasa bersalah sebenarnya bila spent quite a significant amount of money untuk perkara-perkara yang bukan keperluan asas.

My strategic plan. Semalam aku pakai Y (still tak pakai X) sebab sales assistant suruh start dengan Y - "so that we'll start with a clean canvas". Y ni tugasnya adalah menanggalkan kulit mati & surface impurities. Malam seterusnya baru pakai X. Strategi - pakaikan DH jugak. Kahkahkah. Semalam ku paksa DH cuci muka bersih-bersih sebelum tido & sapukan Y di mukanya.

Pagi ni aku suruh DH cuci muka. Lepas selesai dia mandi aku nampak dia membelek-belek wajahnya sambil berkata "kalau pakai benda eby beli nih muka Ejad boleh elok kan bagus". Aha! :) DH nampak happy semacam, lepas tu dia suruh aku pegang kulit muka dia, katanya "cuba b pegang kulit Ejad, lembutkan??" Haa memang lembut bersih berseri lah sayang.. Heheheh..

Tu lah strategi aku. Kasi dia rasa sendiri. Barulah ku berani bagitau harga barang-barang belian. Tapi DH dah teka dulu harganya, and he's very, very close. Pandai laki aku (puji mesti lebih) :D

Jadi apakah dia X, Y, Z, A, B & C tu?

Dari kiri; Z, X, Y. Sales assistant kata dalam masa 28 hari ada money-back guarantee kalau tak berhasil/puas hati. Layanan SA Kiehl's sangatlah baik. It was indeed a wonderful experience.
A, B & C (mana-mana lah). Sangat puas hati dengan kualiti ketiga-tiga menatang ni. Foundation dia perfectly matches my skin tone, finishing pun bagus. Cuma I sentap sikit bila SA tak bagitau yang foundation tu kena beli pump berasingan. Bila balik rumah, bukak botol je terkejut tengok dia takde pump. Hish geramnya. Tak pasal nak kena gi lagi sekali semata-mata nak beli pump 3 pounds. Blusher pulak very highly pigmented & halus. Berus bulu pony dia tuh memang best. Belilah belilahh! :)



Oh lupa yang DH belum tau pasal A, B & C... Ugh.

12 comments:

lindaoff said...

Ala...mana nak carik NARS tu kat cni... *jeles*

Ayu said...

Puan Apel, cuba cari di strawberrynet.com

Mulan said...

waaahhhh.. mcm nk sentap jgk tp nk cekau kt mana lah sini nak cari a b c d etc... hehehee..

DaZzlingLilLy said...

X Y Z tu mmg i pun tehingin nak try..sana sini review bgs..nnt u review plak yer..

Ayu said...

Mulan - banyak tempat boleh dicekau.. Cari online saja senang :)

Lilly - okay, nanti dah sebulan pakai kang I review k :)

Unknown said...

hahaha.. lawak wey hehe.. :) jelesnya.. mcm best je tgk A,B & C tuh.. nnt post gambar before and after eh? :)

animed said...

Hehehe...kalau anim harus kena sorok. Takut nanti kena bebel. Tu yg tak tahan tu. X tu anim pnah pakai.ok la jugak. p/s: ejad tak baca ka blog ayu nih

lydia said...

dah lama tak make up since beranak...huhuhuhu..
rindu tau sebenarnya nak pakai make up...nak2 bila keluar ngan encik suami..huhuhuh...

Jelita78 said...

hahaha
lawak laa ayu!
beb, u sama ngn my hubby.. dia pon start pakai Kiehl's tu.. tapi dia beli syampoo, conditioner, hair cream, aftershave lotion etc.. he likes the smell of it.. cuba ajak ezad pi test.. and tell him daniel craig pon pakai kiehl's.. hehe..
(ni ayat laki aku nak justify kenapa dia pakai kiehl's.. tapi then takde pon jadik james bond rupanya!)

Liasari said...

hahahahaha... ayu, yup strategi tu penting. adakalanya kak lia pki strategi yg sama tp klu sudahnya nnti si dia plak yg terlebih sudu dr kuah memakai hanginnn jek.

Ayu said...

Nazihah - okay nanti aku post, harap2 la berkesan. Muka aku ni kulit badak agaknya, SKII pun tak berapa jalan.. Hopefully yg ni ada significant improvement :)

Anim - Ejad memang baca hari2, komen je dah jarang2 sebab dia boleh komen verbally. Hehehe.. Semalam dia tegur "oooo... beli barang sorok2 ey.." Mcmtu je la tegurnya, nasib baik tak kena bebel :P

Lydia - Oh kita faham wak.. Kita yg xberanak ni pun, kalau nak keluar dgn husband pun terkejar2. Dia suka bebel "mekap lama2, cepatla sikit..". Tapi bila dah siap mekap dia puji elok pulak. Konpius otak ni.. Kdg2 kalau dah terkejar2 sgt, mmg tak mekap pun :)

Jelita - hehehehe.. Pakai la top to toe pun, memang jauh panggang lah nak rupa Bond tu kan. You're right, so far mmg produk dia bagus. Cuma bau2 dia kurang sedap sikit to our nose. Untuk body care & toiletteries we prefer Loccitane :)

Kak Lia - hahaha.. Lebih sudu tu memang selalu terjadi. Yg part tak tahan tu bila demand suruh kita sapu segala-mala tu kat muka dia, tak nak buat sendiri. Nak cantik tapi malas. Hehehe.

lindaoff said...

Baeeeekla,nanti mak gugel.Macih nokk