Saturday, October 16, 2010

Soal jawab

Hari Sabtu.

Saya di ruang tamu, mendengar TV3 sambil mengadap laptop.

Tentang pembentangan bajet semalam, ramai yang merungut tentang "bantuan" RM 500 yang akan dimasukkan ke akaun pegawai-pegawai kerajaan (gred 54 ke bawah) pada Disember nanti. Saya? Tak merungut apa pun, sebab awal-awal lagi saya sudah cakap pada Che Dah, "kalau ada pun bonus tentu dapat RM 500 saja. Rasanya negara kita tak banyak pendapatan tahun-tahun kebelakangan ni". Jadi? Bersyukurlah kita semua. Kalau tak dapat apa-apa tentu kita semua akan cakap, "alah, teruklah macam ni. At least bagi lah RM 500 ke". Tak reti-reti lagi? Bersyukurlah.

Sejak kebelakangan ini seringkali saya ditanyakan dengan 2 soalan ni:
1. Dah berisi ke?
2. Bila nak sambung belajar?

Jawapan saya:
(kalau boleh nak tampal di dahi & bawa ke sana-sini supaya orang tak tanya & saya tak payah nak jawab lagi)
1. Badan memang makin berisi tapi adipocytes semata-mata.
2. Bila surat tawaran keluar dan biasiswa ada. Terima kasih. ; )

Lepas tu mesti soalan jadi lebih panjang. Lanjutannya:
1. Merancang ke? Tak payah la plan plan, setiap anak ada rezekinya. Sementara tengah muda ni kan...
2. Nak sambung di universiti mana? Agak-agak bila nak pergi tu?

Jawapan extended:
1. Ya, merancang. Sebab sekarang belum tahu halatuju hidup, samada akan sambung belajar di US, UK, Canada atau Malaysia saja. Kalau hidup tetap di Malaysia, la ni jugak nak beranak. Kalau saya ke luar negara, siapa nak jaga? Child care cost di sana sangatlah mahal. Nak harap suami duduk di rumah 24/7 jaga anak?? Apa korang gila kah? Kalau suami yang belajar, bini yang duduk di rumah jaga anak takpa la jugak. Suami seorang pun dah cukup ambil masa dan perhatian kita, ni nak tambah seorang lagi. Saya nak siapkan PhD tau, bukan pi makan angin. (masa ni muka dah makin kelat)
2. Allah S.W.T. sajalah yang tahu. Ikutkan saya, nak saja sambung di Malaysia. Tak kacau kerjaya suami, boleh mulakan kehidupan dengan hati yang lapang. Nak ada anak, beli rumah, kereta, harta kekayaan yang lain-lain? Silakan. Masalahnya pengurusan fakulti saya mahu semua bakal pensyarahnya belajar di luar negara. Alasannya, cari ilmu dari tok guru lain supaya sumber ilmu berkembang, membuka minda (lebih terdedah pada situasi antarabangsa) dan supaya dapat create networking dengan penyelidik luar.

Rasanya ramai yang tak faham bahawa jawatan saya ini bertaraf sementara. Bukan jawatan tetap. Walaupun sudah bawa pulang MSc, saya masih lagi bergaji sama seperti dulu, taraf jawatan pun begitu. September lepas saya baru sambung kontrak, tempoh diberi 6 bulan cuma. Maknanya sampai Mac 2011. Saya berdoa & berharap sangat agar saya sudah dapat tempat belajar pada ketika itu. Kalau tidak, jenuhlah saya nak memohon lanjutan kontrak lagi. Kalau diberipun, 3 bulan cuma (April-Jun 2011). Perkara macam ni lah yang buat saya tertekan.

Pihak pengurusan fakulti pula, sejak saya balik Mac lalu sehinggalah sekarang, tak habis-habis menyalahkan tindakan saya pulang ke Malaysia & tidak menyambung PhD di Utrecht saja. Mereka langsung tidak mahu faham bahawa saya juga manusia, keadaan di Belanda tidak akan memudahkan saya sekiranya sudah berkahwin. Lagipun saya sudah merasa sangat-sangat tertipu dengan janji orang Belanda. Orang dah ambil duit kita macamtu saja, kita nak lagi pi hulur duit di muka dia? Tolonglah. Pandang muka dia pun saya benci.

Kadang-kadang (selalu) saya menyesal sebab pilih kerjaya ni. Tapi, hanya Tuhan saja yang tahu baik buruknya jalan hidup yang ini. Siapa tahu hikmahnya besar di kemudian hari? ; )

Redha.

10 comments:

Aliesha Kirana said...

sabar kak ayu..moga ada hikmah di sebalik segala sesuatu.. ella doakan kak ayu diberi kemudahan utk selesaikan semua ni oleh Allah...amin~~

lindaoff said...

There will always be silver lining behind every clouds..insyaallah!

Mokrish said...

cheq sangat fahammmmmm....cheq sokong smua tindakan hang. Bab nak jadi mak buyung tu pun fahammmmm sangat.

Apabila dapat tahu Lady G nak defense, trus jiwa raga ku macam orang nak gile sebab tertekan huhuhu....result kelam kabut, paper xpublish lagi sape xtertekan. Tengok gambar kak intan konvo kat UPM menyebabkan hati menyebut "kalau aku duk bawah prof khatijah dengan prof zobir dulu, bleh dah dapat PhD with a few publications". Kerana jawatan "Tutor Biokimia Veterinar" kene gak menuntut ilmu yg sesuai dengan kehendak fakulti. If i were to turn back time, i would have stopped myself from taking the offer to be a tutor. Kononnye vogue la dapat tawaran kerja dengan UPM. Passion to do research and teach? i have to do some soul searching for that. Now, fikir habiskan je la apa yang dah dimulakan....

shila ariff said...

dapat rm 500 kira bersyukur le sesgt..nak harap bonus mmg tak dpt le.tapi aku tau pasti ada yg tak puas hati..tak reti bersyukur...

p/s: ayu, hidup ni penuh dgn berliku2 tau..pasti ada hikmah yg terbaik utk kau..bykkan berdoa n bersabar ye..

p/s; nnti aku msg ko satu doa yg aku slalu amal...sesuai gak utk ko..

Farina said...

Ayu:

Tu dia, dah kuar semua terbuku di hati. Betullah semua benda yang hang kata tuh especially pasal dah berisi ke belum tuh.. Ish, dorang ingat kita nih tak pikir masa depan kita kot. Ingat suka2 ke nak merancang2 nih, umur pun dah makin tua. Kalau pi opis balik opis je hari2, confirm la nih gak kita nak mengandung kan. Nih banyak benda nak kena pikir, duit cukup tak, ade orang nak jaga ke tak anak kita. Dahla dorang bayar elaun anak lagi sikit dari husband. Ape die ingat anak kita tak yah pakai baju tak payah makan ke?


Ha, kang aku sambung, boleh jadi blog post dah. Hahaha. Ape2 pun, nasihat aku, sabar je lah. Mulut orang nih bukan boleh ditutup. So, kita lah yang kena pekakkan telinga. Ape2 pun aku sentiasakan hang and che dah cepat2 dapat tempat.

intan suriati said...

ayu can do ittt!!!!!! dilemma mcm ni mmg semua org pun bakal hadapi, beza nya cuma lambat dn cepat or light dn dasyat...ape pun semua yg berlaku adalah dgn keizinan dari Allah, Dia lebih tahu dan kita ikhtiar n buat yg sebaik mungkin. Smile n u will keep smiling when all these hassles finally end n paid-off. Will pray for your success, in every way! XOXOX

lah said...

suka bc entry ni... reflect myself too..

Anonymous said...

ayu:

Just ingat, hidup kita, kita punya suka nak buat apa! Kalau kita susah atau senang, xdek sapa pun peduli. Kita je yang tau!

Jadi, jgn rasa gundah gulana... HERHALING 100X; jangan gundah gulana! bila masa sesuai, INSYAALLAH akan ada jalannya.

Kami di sini doakan Ayu cecepat smbung...

Noraini said...

Ayu...busu just wanna say,u stay cool and do wat u want to do,sebab kita yg atur dan hadapikehidupan walau kita ada ibu bapa,biasala,inilah hakikat kehidupan...cheerrrrssss!!muahhh!!!dari busu yg kekadang menyebok..hehe...

Ayu said...

Ella, Apple, Pakcik Mok, Shila, Farina, Intan, Lah, Kak Yani & Busu - thanx di atas sokongan & doa. Komen2 anda sangatlah dihargai. Terharu sebab korang sudi tinggalkan komen dalam entry meroyan seperti ini. Hik. ;D Tq!!