Friday, July 30, 2010

Last Saturday's Dinner

Motif adalah semata2 untuk menayang hidangan. Harap maklum.

Bahan-bahannya

Hasilnya

Izinkan kami mengajar cara-cara sujud di kaki Tuanku. Apekah??

Tempe. Peqhak aku tak pernah tengok tempe macamni. Comel eh. ;D

Udang lemak cili api, telur rebus masak merah, sambal belacan, timun + kubis & tempe + ikan gelama masin goreng

Bukanlah rajin sangat nak masak di hari Sabtu, tapi sebab dah terbeli udang & tempe pada hari sebelumnya, maka dikerjakan jua. Sebenarnya akulah contoh tukang masak pemalas. Bila dah siapkan 1 lauk yang beradun bagai, hati rasa lemau nak masak lauk lain. Itu yang main mix & match tu. Match-kan telur kenduri dengan baki kuah ayam masak merah. ;p Sayur pun malas nak masak dah. Aci main potong timun je. Tapi tang sambal belacan tu roh sudah meresap, maka aku tumbuk la dengan lesung batu. Ini satu cara untuk melepaskan tekanan jugak. Tenyeh cukup2. Nak maki hamun sekali pun boleh. Hehehe..

Thursday, July 29, 2010

Yang tak jadi

Caramel popcorn. Konon.

Sebab tak jadi? Tak nak semak resipi, konon senang sangat. Alih2 salah teknik di mana minyak tidak menutupi kesemua butir2 jagung (konon nak sihat pakai minyak kedekut2). Habis la hangus2 mereka itu - akibat nak tunggu butir2 yang belum pop itu pop (paham ke haa?).

Apa2 pun, habis kesemuanya. Sampai ke caramel segala dijilat licin. ; )

Lain kali mesti jadi. <----- Janji pada diri sendiri

Wednesday, July 28, 2010

Semalam

Semalam saya puasa lagi. Maraton ganti menggganti memang rancak bila kesuntukan masa. Biasa la tuu..

Puasa2 pun saya masak la jugak untuk berbuka puasa/makan malam. Semalam Ejad ada permainan futsal di Segambut (sudah. Segambut ke Selayang ke Sekinchan haa?), jadi perlu makan cepat2 sebelum bersiap sedia ke sana. Masak yang cepat2 saja.
Sayur campur goreng, ikan tongkol masak kicap, terung bakar + air asam & sambal tumis petai + bilis
Sambal tumis & air asam tu adalah baki makan malam hari Ahad. Takdelah hebat sangat saya nak menggodek dapur siapkan kesemua 4 hidangan dalam masa terhad. Nak mamposs?

Lepas siap makan, rehat2 dan isya', kami pun bergerak ke destinasi permainan futsal. Sebenarnya saya agak liat nak ikut, takut2 jadi patung cendana di tepi gelanggang, tapi apakan daya. Kerana kasih daku turutkan. *terbatuk*


Heiii... Pandang dari belakang jaring ni buat mata berpinar dan kepala pusing
Permainan berlangsung selama 1 jam (sahaja. Pheww). Pemain atas gelanggang berpeluh2. Saya pun berpeluh2 jugak berdoa tolongla cepat habis tolongla cepat habis. ;p
Sesudah itu, kami pun bergerak pulang. Tiba2 Ejad tanya, "nak lepak mana2 tak?". Jawapan biasa (lagi memenyampahkan) saya, "ikut eby la nak lepak mana". Tapi bila jawab gitu, suasana jadi diam maka akhirnya saya kata "jomlah kita gi Sany Char Koey Teow di Titiwangsa yang kita nampak haritu". Dengan wajah yang bercahaya Ejad menjawab, "Jom!" ;D

Rupa Char Koey Teow (CKT) Biasa
Yang CKT special tu kami tak tanya macamana rupanya. Harganya pun saya tak tahu. Sebenarnya, harga makanan di situ ada terpampang sekeliling kedai tapi saya rabunnnn. Yang pasti, jumlah harga untuk 2 pinggan CKT biasa, teh ais & jus oren adalah RM 11.50. Sedap ke tidak? Sedappp... 4 bintang! Lagi satu bintang hilang sebab saya lebih suka CKT yang anjal2 koey teownya. Yang ini koey teownya lembik.
Punah hasil usaha mengejar bola 1 jam bila anda makan CKT sepinggan pada jam 11.20 malam okehhhh. Saya takpe, sebab saya puasa lagi esoknya. Hihihi.. ;p

Gambar terakhir ni Ejad yang ambil. Bila dia ambil kamera dan tolakkan pinggan dan gelasnya ke arah saya, saya pun mula la betul2kan baju (dan tarik nafasss). Dia kira "1.... 2...." dan saya pun senyum semanis-manisnya. Mana tahu kalau nasib baik bolehlah dibuat profile picture di Facebook, apatah lagi semalam saya pakai baju baruuu.
Alih2, dia tunjuk. "Eby, gambar macamni ok tak?" Sila tengok gambar di atas. Sekelumit bulu hidungku pun tak nampak ok. Ebyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!! <------ menjerit dalam hati saja. Dengan penuh sayu saya pun terus makan dan makan. Sampai habis.

THE END

Monday, July 26, 2010

Why oh why

Kenapalah baju kurungku hari ini penuh ber-static, melekat sana melekat sini (apakah sebab tak bergosok pagi tadi)?

Kenapalah apabila daku sampai di depan log in computer pada jam 8.00 pagi tepat, mesin alah tu mogok lalu melambat2kan penerimaan log in daku, lalu tercatatlah 8.01 di punch card dengan tulisan MERAH (lagiiiii)?

Kenapalah kalau kita makan petai kita gosok gigi patploh lima kali pun, masih terasa aura2 petai dalam mulut? Heiiiiiiiii. Tobat.

Saturday, July 24, 2010

Assalamualaikum..

Selalunya setiap Sabtu beginilah jadual saya. Pagi2 sendiri. Tengah hari bertemu janji dengan suami. Petangnya membeli belah (kalau beli sayur, suratkhabar & susu pun dikira). Lewat petang, tunggu suami pulang. Malamnya jalan2 cari makan atau makan di rumah kemudian merayau keluar. Jadi kalau sesiapa nak belanja saya makan di hari Sabtu, silalah belanja sarapan. ;D

Pagi ini, terasa ajaib apabila CelB.Band ni berfungsi dengan baik. Selalunya macam harremmm..... Sebenarnya 2 hari lepas saya dah nekad nak tamatkan perkhidmatan B.Band ni. Buang duit sangat2 sebab selalu tak dapat online ketika hari minggu atau malam hari. Geram bila bayar bulan2 setakat dapat renung modemnya hari2. Buat sakit hati. Alih2 hari ini dia behave well. Good boy (pat pat).

Oh, tengah hari ni nak lunch ikan bakar. ;D Yeehaa! Oh tak bolehkah tak cakap pasal makan dan makanan. Patutlah gemss. <----- Sadap yu!

Dah, itu saja. Nak sambung settlekan laundry, mop lantai, buang sawang, korek peti es etc.

Have a wonderful weekend everyone! ; )

Friday, July 16, 2010

Marah

Pagi ini aku tiba2 rasa marah. Darah naik ke kepala. Bila ada hamba Allah yang katanya makan cekodok dengan sos cili. Dan dengan ini aku marah.

Cekodok (pada aku) adalah cucoq kodok. Cucoq kodok itu adalah sejenis kuih bulat2, kaler gelap macam kodok, yang dibuat daripada tepung, gula & pisang. Dan digoreng.

Sudah. Manusia seterusnya yang sebut cucuq ikan bilis, cucoq jagung, cucoq bawang, cucoq badak dan sebagainya sebagai cekodok, akan aku tampar kuat2.

Nak sebut boleh. Tapi jangan depan2. Dan jangan ketika aku sedang PMS.

p/s: Orang sendawa pon aku rasa nak hentak kuat2. Kuang ajaq.

Wednesday, July 14, 2010

Pencapaian hari ini

  1. Berjaya pendekkan extended abstract dari 8 mukasurat menjadi 4 mukasurat (dalam masa 7 minit). Hebat bukan? Perasan.
  2. Berjaya makan KFC hot & spicy (alah, yang sudah kembali tuu).
  3. Berjaya basuh kereta di Kembangan Paradise. Car wash 5 bintang sebab dia cuci memang teliti habis. Dijamin bersih bersinar. Harga untuk kereta biasa (bukan kereta kebal nye saiz) adalah RM 8 sahaja. Mak kasi RM 10 sebab kesian (banyak duit ko??).
  4. Yang ini akan jadi pencapaian la selepas jam 10.30 malam ni. Menonton Eclipse (yeay2!!).

Sekian. ; )

Tuesday, July 13, 2010

Mari kita lihat

Kadang2 orang perempuan ni banyak impian. Toksah nak mula cakap pasal wishlist kebendaan la, maksud saya di sini adalah keinginan terpendam. Yang didiam2kan, diharap supaya pihak lain dapat memahami. Poodah.

Apa lu mau, lu bagitau la. Baiklah.

Maka petang semalam saya pun bukak mulut. Saya minta suami tercinta belikan kuih untuk berbuka puasa, sewaktu dia pulang dari kerja (walhal saya boleh beli sendiri). Permintaan mengada2, saya tau.. Tapi saya pun nak jugak feeling2 terharu kalau tiba2 dia bawak balik kuih tanpa disuruh (ini haku dah suruh ni, agak2 boleh feeling terharu lagi kah? ;p).

Tapiii.. Faham2 je lah. Kebanyakan orang lelaki ni, kalau tak disuruh, haram la dia nak buat (apa salahnya sekali sekala buat surprise kan kan kannnn). Akan tetapi ayah saya lain. ; ) Oh, ni dah cerita lain. I lebiu ayah!

Maka... Mari kita lihat. Ada ke tidak kuihku petang ni.
p/s: Whatever happens (kuih ada ke takdak), I'll still love you bebby! ;>

Kuih keria ni nampak menggoda kan?

(gambar hasil curian carian Google)

Update:

Petang itu suamiku membawa pulang seplastik pisang goreng. Katanya tak jumpa orang jual kuih sepanjang jalan balik. Takpe, pisang goreng pun dah cukup mengharukan. Eheh. Terima kasih sayang! ; ) Btw, sambal kicap tu sendiri punya. Baki buat soto beberapa hari sebelumnya. ;p

Memories




Hari ini, si Andri Jatikusumah, rakan seperjuangan di Utrecht dulu, upload gambar2 semasa rehearsal pembentangan projek Masters. Berbulan dah lepas nak oii..

Sekarang ini, baru lu punya masa ya? <---- Sebut dalam nada Ashraf Sinclair berlakon Cinta & Anugerah

Tiba2 rindu kawan2 & suasana dalam kampus yang sejuk mejuk tak berpeluh. Ohh, kenangan.. Kalau boleh nak pergi lagi (tapi nak suruh belajar lagi saya takmau).

Separuh hari di P.D.






  • Makan macam2. Lontong, mini quiche, makaroni goreng, sandwich, hotdog, nugget & sausage roll. Kenyang perut mata berat.
  • Air surut. Tapi mandi jugak. Di tengah2 hari. Panas terik, kulit terbakar.
  • Balik singgah di rumah mak sedara Ejad. Makan lagi bihun goreng, minum air sirap. Sendat lagi.
  • Kemudian pit-stop di rumah Seremban. Makan cucur ubi + sambal kicap, & sedikit rambutan.
  • Sampai rumah selepas maghrib. Sungguh penatt. Baju basah berpasir perlu dicuci.
  • Kesimpulannya, seronok tapi penat. Tapi seronok. Hehe..

Monday, July 12, 2010

Pengajaran hari ini

Soalan: Apabila seseorang qada puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadanya?

Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan HARAM membatalkan puasanya.

Dipetik dari laman web Jakim

Dah, sudah. Jangan sesiapa ajak aku yang lemah iman ni makan lagiiii..

p/s: Lagi baca lagi pening. Haram membatalkan puasa qada tu ke, atau haram membatalkan puasa yang menggantikan puasa qada tu. Faham x?

Thursday, July 8, 2010

Manusia, manusia.

Story ada banyak, tapi sebab dah berkumpul2, malas pulak nak menaip (tapi, taip la jugak sikit2).

Ohh.. Al-kisahnya, sudah lebih sebulan kami bernikah & sejak itulah, kami tak pernah pulang ke Penang lagi. Hajat di hati nak la pulang ke kampung halaman hujung minggu ni. Cuti pun dah dipohon. Tapi, khabarnya mak ayah akan datang ke Putrajaya pulak pada ketika itu. Sudahnya? Kelam-kabut la laki bini cancel & reapply cuti lain. Hujung minggu depan baru balik. Balik jugak. ;D

Cerita yg kedua. Sekarang ni tengah gigih mengganti puasa Ramadhan lepas. Rasanya semasa masih di Holland dulu, ada jugak puasa yang sudah diganti. Masalahnya, daku yg alzheimer's ni telah terlupa terus pasal bilangan hari yang telah berganti. Tak ke rasa nak sepak2 je diri sendiri? Lemah sungguh daya mental haku nih..... Makanya, suka atau tidak, gantilah semaksimum mungkin. Haiyoh. Xpe, puasa 2in1. ;p

Cerita yang ketiga. Bila puasa selalunya kita akan mengidam macam2 kan? Pukul 8 pagi - rasa nak berbuka makan nasi kuning Lemongrass. Masuk kul 10 pagi - eh, nak makan set ayam bakar Wong Solo lah. Bila lepas tengah hari - rasa nak makan soto masak sendiri lah pulak. Begitulah seterusnya sampailah azan maghrib berkumandang. Lagi satu, bila puasa kerja2 mengarang di pejabat pun tergendala. Mental block betul lah. Kenkonon bila takde glucose to the brain, lembap la sikit proses berfikir & menganalisa berlaku. Heh. Memandai buat hukum.

Tapi nak mengarang 2-3 paragraphs kat sini aku boleh pulak.

Manusia, manusia. ; )