Keluarlah menatang nih dari oven. Ribuan terima kasih untuk jiran depan pintu yang sedekahkan sebakul strawberry terlebih ranum. Tq!!!! ;D
Strawberry Crumble Bars
Caution: Ayu pakai loyang 25cm x 10cm, jadi mungkin sukatan ni perlu di-triplekan untuk loyang 4 segi saiz biasa. Sila ukur loyang anda. Hehe..
Untuk strawberry filling:
2.5 cawan strawberry (agak2) diblend dengan sedikit air. Bila semuanya hancur, masukkan dalam periuk, tambah gula 1 cawan (ikut suka nak manis lagi atau nak kurang), dan masak sampai pekat - rupa macam jam. Kalau nak lagi express, bolehlah tibai jam dah siap dalam botol tu. ;D
Untuk Doh:
- 110 gram butter (dilembutkan)
- 170 g tepung gandum
- 1/3 sudu teh baking powder
- 1/3 sudu teh garam
- 1 biji kuning telur
- 35 g gula pasir
- 12 g gula pasir extra (untuk buat crumble)
- Ayak tepung + baking powder + garam, ketepikan sebentar.
- Di dalam mangkuk lain, gaulkan telur dengan gula. Masukkan butter dan gaul.
- Tuangkan campuran telur + gula + butter ke dalam campuran tepung yang telah diayak.
- Campur semua bahan dengan garfu, adunan akan kelihatan "crumbly".
- Lapiskan loyang dengan aluminium foil (supaya mudah menanggalkan kuih dari loyang).
- Tepekkan 1/2 daripada doh ke dalam loyang, tekan supaya rata.
- Cucuk permukaan doh tadi dengan garfu, dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 15 minit.
- Sementara itu, bolehlah gaulkan gula extra tadi ke dalam baki doh yang tinggal (untuk bahagian atas). Ketepikan sebentar dalam peti sejuk.
- Setelah bahagian bawah keluar dari oven, sapukan strawberry filling di atasnya.
- Kemudian, taburkan baki doh (dalam bentuk crumble) ke atas strawberry filling. Tekan sikit2, jangan kuat sangat macam masa buat lapisan bawah tadi.
- Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 30 minit atau sehingga bahagian atas nampak keperangan.
- Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum mengeluarkan dari loyang & aluminium foil.
- Kemudian, bolehlah potong kepada bentuk segi empat ikut saiz yang disukai.
Selamat mencuba! ;D