Monday, June 29, 2009

Nasi lemak + music festival + Transformers

Tengah hari tadi Mok ajak lunch di rumah dia. Dia masak nasi lemak & sambal udang lagi. Gaya pulak buat choc cake & vadei. Diri ini bawak bika ambon (mixture-nya beli di Toko). Sesapa yang pernah ke Medan/Jakarta mesti kenal & suka makan bika ambon kan3x? Hehe.. Menjadi tau bika ambon jenama Pondan tu. Betuii.. Tak tipu.. Memang nama dia PONDAN.

Hasilnya.. Memang macam bika ambon, cuma kurang kick sebab i lupa nak beli daun limau purut. Aroma daun limau purut xde, tapi masih sedap..

Makanan penuh semeja

Dah kenyang makan2, g jalan2 di Juliana Park depan rumah Mok - ada Music Festival apetah, sempatlah tengok belly dancing & salsa dance lesson, sebelum hujan turun dengan lebatnya, memaksa kitorang balik ke rumah Mok semula & minum Nescafe latte sambil main UNO.

Di Juliana Park - Mok, Che Dah, Lau, Ila & Wan. Gaya dah blah gi lab

Game ni, pengalahnya adalah tuan rumah, Mokrish. Hehehe..

Lepas game UNO, kami ke Pathe Rembrant Utrecht plak, layan Transformers. Best jugak, not bad. Masih mendebarkan macam dulu, & kelakar jugak. Tapi story line kali ni kurang mantap sket lah, lebih kurang sama saja dengan yang the 1st one dulu. Papepun, summary-nya, Megan Fox memang hot!! ;D

Sunday, June 28, 2009

Hidupku gumbiraaaa

Selepas ada uit, memang sakan la.. Hehehe.. Harini dah ke Centraal replenish barang2 dapur segala, tapi yg penting dah sempat merembat 2 pasang wedges di Manfield. Sale youu... Pastuh gi try jeans di WE, dan sukacita dimaklumkan, saiz suarku turun lagi 3. Hehehe.. Happy!! ; ) Sebelum ni dah turun 3 dah, so total penurunan saiz jeans adalah sebanyak 6. Saiz sebelum & selepas adalah rahasia. Owh, mustilah jeans itu dibeli, tapi belum boleh bawak balik. I nak potong 7.5cm off di hujung kakinya. Paham2 la i ni kan tinggi. Nak potong jeans kena tambah extra 6 euro & tinggalkan seminggu. Apake lembap sungguh la depa nih.. Kat Malaysia, 15 minit je siap ok.. Ada lagi niat nak membeli, tapi cepat2 daku melangkah kaki ke Lombok membeli daging, ayam & sayur2, sampai nak putus tangan mengangkutnya. Bila shopping bag dah berat sangat, diri terpaksa melangkah pulang. Save duit aku...

Saja mau tunjuk. Cantik tak?? ;D

Petangnya pulak, Kak Shahirah ajak dinner rumah dia. Jam 6 ktorang dah sampai. Menu, mak aii.. Memang marvellous!! Sorang2 dia kerjakan masakan yang pelbagai, dah la tengah mengandung 7 bulan. Cool je dia.. ;D Thanx Kak Shahirah.. Semoga murah rezeki Kak Shahirah sekeluarga. Aminn...

Kurma ayam, daging hitam, ikan bakar, pajeri nenas, sambal belacan, budu, ikan masin, telur gulung, papadom

Part makan, happy sokmo.. ;D


Inilah Kak Syahirah - katanya, balik Malaysia dia nak bukak catering, jomlah kita semua pakat support, dia masak besttttt.....

Lompat tikam pun ada - hijau tu tepung beras + air daun pandan, pink tu pulut, kuning itu sagu, yang putih tu santan, yang hitam adalah air gula merah

Bubuh serba sikit, tuang santan pekat & air gula merah
Nikmatnyaaa............ ;D

Saturday, June 27, 2009

Entry makanan

Hari ini, sekali lagi Mr Fiance bertanya, "Apa cerita baru dalam blog? Ada cerita makanan x? Resipi baru?" Heheheh.. Sorry la sayang, i dah lama tak masak yang best2. Tambah2 pulak bila barang2 dapur semuanya tinggal yang mak ayah belikan hari tu. I tak pi shopping bahan2 masakan lagi la.. Oooo... Nak tengok gambar makanan ye? Ok lah, tengok ni dulu ye sayanggg....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Makanan pengubat stress. Best woooo............ ;D

Update:

Dinner malam ni (maafkan pinggan bersepah - dah try nak kemas2, tapi sepah gak hasilnya). Pakai apa saja yg ada dalam fridge. Nak grand2 tak dapek.. Kari ayam, sambal belacan, kicap & timun je ye. Hihihi..

Berita baik, berita baik

Duit scholar 3 bulan direct (Julai, Ogos, September) telah pun masuk. Alhamdulillahhhhhh....

Tapi dia masuk betul2 sejam selepas daku putus harapan menunggu kemasukkannya dah telah meleret kad kredit Malaysia untuk bayar sewa rumah 2 bulan yang berjumlah 1,110 euro. Tapi kan, syukur jugak... Lebih baik daripada dia tak masuk2 langsung.. Alhamdulillah..

La ni tengah bersilat nak transfer duit dari akaun Rabobank bodo ni ke akaun CIMB. Dah la internet banking pun bahasa dia. Nak ber-internet banking pun cek kena pakai bantuan google translate. Buduss... IBAN untuk CIMB ape pulak? Warghhhhh..... Akan ku usahakan jugak sampai berjaya. Yahhhhhhhhhhhhh................

P/S: Ayah, jangan risau.. Ayu dah ada uit.. Hehe.. ;D

Friday, June 26, 2009

Jangan tanya

Jangan tanya lah nak sambung phd di Holland ke tidak. Semestinya TIDAK akan. Makin lama makin bulat tekad nak balik. Nak balik, nak balik. Sesapa yang terasa suka nak mai sini, jomlah kita switch suka sama suka ey. Hehehe.. Datang melancong & datang menetap bertahun2 adalah dua perkara berbeza. Nak balikkkk........ Biarlah panas melekit camna pun Malaysia tu, tetap nak balik. Dah lama dah tak bawak kereta gi mall, pi karaoke, pi makan2 yang sedap2 sana sini. Ni mood gila nak balik sudah datang. Hehehe..

Satu lagi cerita, duit scholar belum kunjung tiba ke akaunku. Akaun org lain dah masuk dah. Harini ja dah 99x agaknya login, tapi jumlah baki akaun masih sama. Bukan sama, berkurangan adala, sebab pi cucuk 20 euro nak beli ubat gigi Sensodyne & Always (Whisper). Cepatlah oiii... Cimbclicks pun asyik tak boleh nak assess, agaknya satu dunia dok sibuk transfer duit sbb gaji dah masuk kan.. Takpa2, tak urgent pun, just the usual monthly transfer je.

Next Tuesday, I'll be presenting for Journal Club. Gelabah bewak i kali ni, sebab nampak gayanya takdak sekor pon yang hantar e-mail bagitau dorang tak dapat hadir. I want them to be absent. Haha.. Kalau ramai2 datang nanti i boleh pengsan u know..

Tu je lah story serba sikit. Lagi 15 minit nak bukak posa. I tak posa pun sebab tengah pakai Always. Ada paham? Tapi Che Dah posa. Makanya nak dinner sama2 lah jap g. Hehe..

Have a happy Friday everyone!! ;D

Thursday, June 25, 2009

Saja nak habaq

Ada banyak cerita, tapi yang tak best2 semuanya malas nak taip, menambah sakit hati boleh lah. Yang best? Part berangan nak membeli itu ini je yang best. Tu pon jadi tak best bila akaun orang lain dah menggunung (duit scholar dah masuk), akaun i jugak yang berabuk. Apehal ni wesss... Cepat la cepat... Setiap 5 minit ni check akaun online. Dok banyak tu jugak. 33,20 euro. Sedih ke hape. Waaa... Cepat2.. Tak sabar dah ni.. ; )

Wednesday, June 24, 2009

Whenever I see these..

I'm reminded of them. My family. Still missing them dearly. Huwaaa... Sedeyyy...

Hot air balloon

Hari2 ayah, mak & Aiman akan meniarap atas katil sambil tengok hot air balloon dari tingkap bilik yang besar ni. Tiba2 malam ni nampak satu, terbang dekat pulak tu. Yup, malam. Jam 9 malam, cumanya kat sini pukul 10.30 baru gelap..

Jam Ben 10 Aiman & lukisan2 dia yang comel2 belaka

Aiman tertinggal jam tu, lukisan2 tu pulak memang sengaja dia nak tinggalkan kot.. Paling lawak bila dia lukis biri2 di kertas paling kiri, atas tu. Kata dia, "tengok ni ayah, muka kambing ni macam muka kakak". Harun punya budak..

London guard bear

Aiman suruh mak & ayah belikan masa dok tungguh kakak sampai di Stansted airport. Aiman kata dia nak bagi hadiah kat kakak. Tapi bila kakak tanya, dia jawab "memang la Aiman nak bagi hadiah kat kakak, tapi nanti bear ni Aiman nak bawak balik Teluk Kumbar". Hieshhh, tak paham akuu.... Tapi at last bear tinggal di Uithof, tak ikut balik Teluk Kumbar. Mungkinkah dia terlupa? Aiman2.. ; )

Sunday, June 21, 2009

Untuk Ayah Tersayang

Happy Father's Day!!

Susah nak cakap apa specialnya Ayah, tapi banyak kelebihannya.. ; ) Ayah selalu berusaha menggembirakan kami sekeluarga dan tak pernah berkira apa saja dengan anak-anak. Ayah lah ayah paling best di dunia!!! Terima kasih sebab banyak menyokong Ayu selama ni, dari segala segi. Tak terbalas jasa ayah sampai bila2..

Semoga ayah sentiasa sihat & dirahmati Allah S.W.T. sentiasa. Amin...

The last family trip in Holland

Harini parents & Aiman berangkat pulang. Semalam adalah peluang terakhir nak bawak dorang jalan2 Holland lagi. Habis je meeting dengan supervisor pada jam 12.30pm, ajak Marchy balik rumah lunch sama2. Saja ajak dia, sebab tu lah chance terakhir dia nak jumpa my parents. Lepas Marchy dah siap makan, dia pun kembali ke office. Diri ini half day je (atas nasihat Marchy jugak) - nak spend time dengan family tersayang pada saat2 akhir mereka di Holland. So, pada jam 1.30 pm kami bertolak ke Volendam, harbour tepi laut yang penuh dengan deretan kedai2 souvenir. Almaklum sajalah, mak mahu mencari buah tangan lagi untuk sahabat2 dia di Penang nuu.. Inilah gambar2 yang dapat dikongsikan di sini..

Posing depan rumah orang - cantik2 taman dorang..

Ayah pun kena. Hehe..

Setelah 20 minit berjalan, tiba sudah di harbour-nya

Kalau gambar sudut macamni, sahlah budak Aiman yang snap

Dalam panas2, hujan pulak dah.. Sebaik dah bersedia awal
Suka sangat gambar ni ;D

Nak beli yang mana satu nih...

Akhirnya ayah dapat cari pengganti Dutch fisherman's hat yang dibelinya pada 2002 dulu..

Jangan tertipu - tulip plastik tuu..

Benda2 tu bergerak & bermuzik. Terleka tengok..

Rindunyaa kat mak, ayah & Aiman..

A part of Volendam harbour

Nak balik dah ni..

Gambar penutup - Aiman & nenek angkat ;D

Rindunyaa saat2 family ada sini.. How I wish they're still here..

Saturday, June 20, 2009

Sunyi habisss...

Gambar terakhir mak, ayah & Aiman dalam bilik, sebelum bertolak ke Schiphol airport

Jam 11.45 am tadi dah hantar mak, ayah & Aiman di Utrecht Centraal untuk catch train ke Schiphol airport. Mula2 plan nak hantar sampai Schiphol, tapi mak cakap tak perlu, hantar sampai Centraal sudah la. Ok la, hantar sampai Centraal je lah. Tu pun terasa sangat sedih masa keretapi dah sampai & depa nak naik keretapi. Huhu.. Terkeluar jugak air mata. Sebaik laa mascara pakai kat lashes sebelah atas saja, kalo tak, haruuu..

Lepas tu terus ke rumah Kak Tasha, dia buat b'day party untuk anak lelaki dia yang masuk 3 tahun hari ni. Happy birthday Lucas!! ; ) Kat rumah Kak Tasha, makan bestt.. Sate ayam, sate daging, nasik minyak, daging masak hitam, etc. Desserts pun banyakkk...

Sekarang baru sampai rumah. Masuk2 sunyi. Tak kedengaran lagi suara budak kecik pot pet pot pet tak berhenti2. Atas dapur pulak ada lagi nasi goreng mak buat pagi tadi. Masuk bilik, nampak jam tangan Ben 10 Aiman (dia tertinggal la tu), lukisan dia di magnetic board & kacang2 yang ayah suka makan yang masih berbaki di atas study desk. Tiba2 rasa sayu, hujan lagi sekali. Sedih woo..... : (

Cerita lain, berat badan sudah naik 3 kg sejak family datang. Tidakkk... Takpe, bulan puasa nanti harap2nya turun balik, sebab puasa kali ni panjang masa dia, time summer-autumn la katakan. Kalau tak, naya i.. Hehe..

Thursday, June 18, 2009

Madurodam

I've been to Madurodam before, but yesterday I visited the place once again, this time with my beloved family. Madurodam is the place where one can visit the Netherlands' main attractions in less than a day - the miniature versions, of course. It is sure a great place to visit, lots of fun and excitement, with all the moving trains, ships, planes, and many more. ;D

At the entrance

The first view

With yellow Dutch clog

Resaksa menyerang tower of doom. Hehehe..

Suka hati main kereta tu

Halus & rumit

Capturing moving cable cars on video

Lucky us, we got 3 mars choc with just 10 euro cents
Agaknya 2 orang sebelum ni tak ambil choc tu sebab ingat menda tu replica je kot

Dengan mak tersayang di atas replika Swan Bridge of Rotterdam

Singgah di Den Haag Centraal on our way back

Early dinner di kedai Arab (lagi) - dah tu je yang halal..

Wednesday, June 17, 2009

Mencari Pancake House

Nun jauh ke dalam hutan, kami berjalan kaki mencari Dutch Pancake House. Memang cantik tempat tu.. 10 minit berjalan kaki dari rumah saya.

Pada awal perjalanan..

Nampak bebiri grazing beramai-ramai

Nyamann...

Lembu pun banyak. Hehe..

Tiba sudah di Pancake House. Kami pilih duduk di luar..

Di tepi canal yang ada itik2 berenang

Suasana pada jam 6 petang

Our order - pancake with cheese & champignons
(sebijik macam lempeng)

Itik pun nak pancake..

Ramainya datang, nak dinner lempeng ye.. ;D

Gambar ni cantik kan..

Yang datang dengan canoe pun ada..

Habis la report hari ini.. ; )