Saturday, December 22, 2012

Mengidam...

...keropok ikan.

Tapi susahnya nak cari. Dekat Chinatown memang tak jumpa keropok ikan.

Paling hampir? Keropok udang di Tukdin. Sedap memang sedap tapi tetaplahh tak boleh lupa keropok ikan. Hihi..

Menikmati keropok udang
Penyelesaiannya? Teringat pada sorang kawan baik di Terengganu. Hantar Facebook message mintak tolong dia beli & poskan 6 bungkus keropok ikan.

12 hari kemudian...



Haa puas hati aku. Keropok ikan paling mahal setakat ni. Hehe.. RM 220 untuk 6 bungkus. Kalau hati dah mau, nasiblah labu.

p/s: Rasanya dah makan banyak sejak akhir2 ni, tapi harini timbang berat turun lagi 1kg. Weighing scale fening kah?

Wednesday, December 19, 2012

On baby

Siang tadi ada appointment dengan fetal specialist consultant. Last scan masa 20wk+ nampak saiz baby yang kecik (almost below average parameters untuk normal baby) jadi semua orang sudah ribut2lah. Risaulah risauu. Takut kalau2 cord vessels cuma ada 2 instead of 3 dan kebarangkalian fibroids restricting normal growth.

Harini, pada 23wk 4d hasil scan adalah menggembirakan. Walaupun masih tak jelas pandangan sebab fibroids, tapi consultant berjaya kenalpasti injap & ruang jantung, pembentukan muka yang normal dan yang paling penting cord vessels ada 3. Berat pun dah 542g, masuklah dalam normal range (walaupun low normal, kira aci la tuu).

Growth chart - ada peningkatan yang baik walaupun tak banyak :) Yang paling ketara biparietal diameter tu tak lagi terkeluar carta. Hehe..
Mata baby normal kata doktor. Dalam gambar ni baby terlentang. Macam muka burung hantu terbalik kan?
Tangan baby. Nampak ibu jari dan jari2 yang lain
Banyak lagi snapshot lain tapi memang susah nak terangkan biji butirnya. Pandangan masih restricted sebab fibroids besar2. Ni pun consultant tu dah usaha seboleh mungkin tonyoh perut dari sisi sana sini barulah boleh nampak. Sakit mak dibuatnya nak. Baby pun ada sekali tu tendang transducer kuat jugak, sampai consultant pun tergelak sebab dia pun boleh rasa.

Daddy? Daddy sanggup masuk kerja lambat sebab nak tengok baby. Sejak semalam dia dah bagitau supervisor dia lewat sebab ada hospital appointment. Daddynya tiap kali scan asyikla tanya sonographer "can we find out the gender?" Guess what? Kalini ada jawapan. Teng teng tengggg :D

Mommy dah excited pilih nama. Pilih punya pilih masih belum ada keputusan. Selagi tak keluar, selagi tu lah.. 100x dah tukar fikiran :P

Tuesday, December 18, 2012

Rinduu

Mak & Ayah.

Harini masa duduk sorang2 di rumah, dalam gelap & sunyi malam (husband kerja sampai midnight la pulak) - terbaca satu cerita di Facebook tentang pengorbanan seorang pakcik menghantar anaknya naik motorsikal dari Gombak ke IPG Melaka. Keluar rumah jam 3 pagi, tempuh perjalanan jauh benar (tambahan pulak sebab pakcik ni salah jalan) semata-mata nak hantar anak

Hati rasa sangat sedih & terbayangkan ayah sendiri. Tiba2 air mata jatuh macam air terjun. Sedih rasa hati mengenangkan pengorbanan Ayah & Mak. Rasa sayu sebab selama hidup 29 tahun ni, tak banyak masa terluang dengan Ayah & Mak, sejak habis SPM lagi.

Jasa Ayah & Mak pulak, kalau dihitung2, memang tak terbalas. Dari segi kasih sayang, keringat, masa, wang ringgit.. Sebak kalau difikir2. Terus angkat tangan dan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah kedua ibu bapaku, peliharalah mereka di dunia dan akhirat. Kau sayangilah mereka seperti mana mereka selalu menyayangi aku. Sihatkanlah mereka selalu, jauhilah mereka dari penyakit dan malapetaka. Amiin ya rabbal 'alamin.."

Sejak akhir2 ni memang cepat sedih kalau teringat mak & ayah, husband pun macamtu jugak. Kami masing2 baru sedar yang kami berdua dah nak cecah usia 30 pada tahun depan, mak & ayah kami lagiilah banyak usianya. Kami berdua rasa sedih sebab masih belum mampu nak berbakti pada mak ayah masing2 dalam usia matang macam ni. Tambahan pulak bila duduk jauh. Cuma bertanya khabar & mengambil berat lah yang mampu dibuat. Selain doa kami yang tak putus2. Saguhati bulanan memang bagi, walaupun jumlahnya tak seberapa, niatnya semoga mak & ayah merasa dihargai..

Kalau cakap pasal ni, bukan saya saja yang boleh hujan di tengah malam, husband pun sama. Ini betul, bukan main2. Kami sangat tak sabar nak balik Malaysia. Paling awal pun bulan April 2015 lah rasanya baru boleh balik for good. InsyaAllah tahun depan (ada niat) nak balik Malaysia untuk melawat mak ayah & adik beradik.

Moga2 Allah permudahkan perjalanan hidup di kota London. Biar semuanya lancar & cemerlang, boleh balik Malaysia dengan hati yang lapang.

P/S: Suasana di London yang bergelap sejak jam 4 petang hingga 8 pagi ni rasanya dah mempengaruhi jiwa. Siang harinya pun mendung dan gelap. Rasa kosong dan sunyi duduk sini. Tak sabar tunggu musim bunga! Moga sinaran mentari membawa lebih keceriaan :)

Friday, November 30, 2012

Too early for this?

At 20 wk 5 d, something arrived for you, dear baby. Your dad bought you a stroller already! Why the rush? Well, that's kinda tricky to explain. He's always excited about buying thing when he have the budget for it. Secondly, we're after a limited edition item in the whole stroller set and were worried we'd miss the item if we didn't act fast.

Daddy waited the whole day for this to be delivered but guess what? It arrived when he's out having his driving lesson :P
Trying to figure out how to attach the front wheels
All wheels on the ground, daddy looks ecstatic for some reason :P
With the seat attached front facing. One plus point, the seat and backrest can be extended when you grow, baby!
Sun canopy in place. It's in limited edition dark purple. The colour doesn't picture well here as the photo was taken under orange-y, dim lighting
And that's the baby coccoon for you lil baby :)
Finally, we had to try the rain cover on :P

We hope you'll love the stroller, baby! Now we can't wait to see you, hold you in our arms. You must see all the things daddy bought for you. He loves you very, very much already.. :)

Thursday, November 29, 2012

Update

Maaf kalau lama tak melawat rumah kawan2. Sejak akhir2 ni kurang kesempatan nak melawat singgah2. InsyaAllah lepas ni kalau ada kelapangan kita sampai :)

Saja nak update beberapa hal berkaitan pregnancy, apa lagi kan?

20 wks (5 months) - Jumaat lepas
Perut aja besar tapi baby kecik. Sedih tau. Fibroids yang besar2 buat perut besar & buatkan baby tertolak ke kiri uterus. Mungkin jugak mereka2 ni berebut khasiat sampaikan baby kecik dari average baby. Lagipun mak dia memang tak gain weight langsung sepanjang pregnancy. Turun 3kg dari pre-pregnancy weight & tak naik2 sampai harini. Tapi tidaklah alarming sangat, sebab mak dia overweight pun. In fact kalau ikut BMI, obese! Masa 1st trimester memang kena severe food aversion. Masuk 2nd trimester dah ok dah boleh makan segala cuma tak menggila makan macam dulu.

Menurut laporan anomaly scan semalam (on 20 wks 4 d),

Estimated fetal weight        281 g
Biparietal diameter              41 mm (below the normal range)
Head circumference          166 mm (low normal)
Abdominal circumference  138 mm (low normal)
Femur length                       30 mm (low normal)

Harap2 baby cuma kecik aja lah, boleh catch up tumbesaran lepas ni. Risau sangat kalau perkembangan otak dia terganggu ke apa ke kan. Setakat ni hanya boleh doa banyak2 moga2 Allah pelihara baby.

Good news is, amniotic fluid, brain hemispheres, ventricles mid brain & posterior fossa, gastrointestinal tract, kidneys and bladder all appear normal. No spina bifida or kyphoscoliosis, skin oedema or cystic hygroma.

Cuma sebab fibroids mengganggu view, sonographer suruh datang lagi 2 minggu untuk follow up scan. Harap sangat kalini boleh tengok struktur jantung, muka, cord & find out the gender. Amiiiiin..

Mommy dalam misi nak makan banyak mulai skarang. Berusahalahhh :D

Monday, November 12, 2012

My Lush experience

Was browsing around Selfridges-Bond Street-New Bond Street yesterday when I sniffed a pleasant mixture of scent from a store. The smell was actually coming from a LUSH store, with its door wide open.

I have read about Lush products, but never came across a store. I actually thought Lush originated from the US, but hey, I was wrong. It was born in the UK.

So I went in, specifically aiming to get a birthday present for a dear friend.

Oh my. It's exactly like a candy store. Dear husband looked so lost in there while I was almost dancing around smelling things - bubble bars, shower gel, bath ballistic, etc.

I went home with a gift for a dear friend - a box containing bath goodies which smells deliciously of rose. The smell is so intoxicating, I can't stop sniffing the box.



Of course I had to buy something for me to try. Was being a good girl so I grab only ONE bubble bar for myself, just for the sake of trying. It's the Christmas Eve bubble bar smelling of jasmine & ylang ylang. I don't  usually fancy jasmine but the combination is marvelous.


Dear husband works all day today (he's still not home now), so since I have plenty of time on my hands, I decided to run a bath - in the cold, gray afternoon.


The water turned green, soft, with a soothing smell of jasmine + ylang ylang. It's just that I was hoping for more bubbles. Moreee. Bubble issue aside, I really enjoyed my bath today :) Even the bathroom smells nice all day.

Now. Maybe that Rosie gift box won't be a birthday gift anymore :P

Tuesday, October 30, 2012

Dear baby

Jumaat lepas, tepat pada hari genapnya 16 minggu, your parents bought these. Just because they're at discounted price.


Haih la pantang tengok potongan harga, jadi sawan semacam. Lepas ni apa lah lagi.. Sikit2 lama2 jadi bukit. Pushchair & car seat aja yang tak mau beli awal2 sebab makan space & paling mahal. Yg lain akan perlahan2 diangkut pulang, insyaAllah :)

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Rasanya 3-4 tahun yang lalu, Aidiladha tidaklah disambut seperti Aidilfitri - dengan ketupat rendang dan seangkatannya. Paling2 pun ke masjid solat sunat Aidiladha & tengok korban lembu, kemudian daging dan segala bahagian lembu diagih2. Balik rumah barulah mak2 mula memasak sup tulang lah, gulai daging lah. 

Bezanya juga tahun ni, yang beriya menempah baju raya Aidiladha pun ramai. Tapi memang bertambah meriah & seronoklah sebab sekarang boleh makan ketupat rendang 2 kali setahun.


Menu sehari sebelum Aidiladha. Teringin punya pasal. Nasi tomato, ayam masak merah, dalca & acar buah
Selamat menyambut Aidiladha (dan sekarang ada jugak yang tambah ayat ni - maaf zahir batin) :) Heheee

Thursday, October 18, 2012

Edinburgh

Flashback entry ni. Beraya di Edinburgh Ogos lalu. Baru ada mood nak buat entry. Beraya dengan keluarga Fazlan & Nur Indah & si kecik Faris Rayyan. Atuk nenek & makcik pakcik Faris datang jauh dari JB nak beraya dengan Faris. Mak Ayu & Uncle Ejad pun tergedik2 datang menumpang kasih(an). Hehe..

Dalam pada beraya sempatlah pusing2 bandar Edinburgh. Ambik sight seeing tour, memang puas hati dapat tengok banyak attractions. Kami cuma turun untuk bergambar di Edinburgh Castle aje, selain daripada tu asyiklaa melegakan bontot, duduk atas bas.

Ada hati mau buat entry tapi caption gambar malas nak bubuh. Boleh?















Wednesday, October 10, 2012

Another celebration

Dear husband turned 29 on October 5th recently.

On his birthday we failed to arrange any kind of celebration. Blame that on the wife :P

Hari esoknya, 6 Oktober barulah keluar ke Oxford Street untuk jalan2 sambil cari hadiah untuk DH. He said tak payah susah2 beli hadiah, but I know, siapa tak suka birthday gift kan? Setahun sekali, to show our love & appreciation apa salahnya?

Akhirnya mendapat. A jacket at Ferrari store & sehelai Barcelona FC jersey :)


Pusing2 cari hadiah & pit stop minum kopi membuatkan separuh hari habis. Maka kami pun balik rumah. 


Esoknya keluar lagi. 7 Oktober 2012 - DH's birthday lunch at Tinseltown, Bayswater. I must say our food were so damn good, terbayang2 sedapnya sampai harini :D
He had chicken-zilla with fiery piri-piri sauce
I had rib-eye steak with the same piri-piri sauce too


2 hari lepas birthday lunch, barulah si bini nak belikan kad & kek. Sekarang manjang tak larat dan takde mood nak ke kedai seorang diri. Harini kebetulan DH kerja petang, jadi tengah harinya sempat la keluar sama. Beli kad & birthday kek depan birthday boy, paling best, birthday boy bayar dulu sebab bini dia ada tabiat tak suka bawak wallet kalau gi shopping2 dekat rumah :P Malas nak bawak handbag kekdahnya. Hehe..


Happy birthday sayang!

Birthday celebration kalini memang tunggang-langgang, tapi yang paling penting tuan yang diraikan happy. Semoga panjang usia, murah rezeki, dukurniakan kesihatan yang baik, bahagia bersama2 keluarga & sejahtera dunia & akhirat :)

Friday, October 5, 2012

Belum tahu

Gender anak memang belum tahu, tapi kami berdua tak tahan daulat. Disebabkan dah 20 juta kali keluar masuk Mothercare (kedai ni memang dilewati tiap2 kali nak ke Morrisons beli groceries), akhirnya harini tekad lah nak beli sesuatu untuk our unborn baby.

Bukan apa, nak kuatkan realiti yg ada baby dalam perut (since pergerakan dia belum dirasa, mungkin ada rasa geli2 macam kaki labah2 menggeletek kat dalam, tapi hati ini tak pasti) dan nak kasi kesedaran yang kami dah mula kena fikir pasal peruntukan untuk membeli barang2 anak pulak.

Sebenarnya dah banyak kali belek sleepsuit dan baju2 comel kat situ. Kalini pilih punya pilih, bapaknya berkenan dan beli;


Maknya pandang aje.. Eh daddy dia nih... Macam confirm aje baby boy. Kata bapaknya dua2 jantina boleh pakai. Iyolah tu, kaler biru & tiger2 ni kan lebih sesuai untuk budak lelaki. Tapi pada kami, tak jadi masalah. Baby tu boleh pakai apa warna atau corak sekalipun, buat apa nak pening2 kann. Sedangkan Aiman dulu pun kena pakai mittens & booties berbunga sebab kakak dia berhajat nak adik perempuan, sekali bila scan nampak pulak "bird". Redha lah budak tu jadi mat bunga. Hehe..

Jadi baby, redhalah dengan pilihan si bapak ni ye, walau apapun jantinamu.

On the way out si husband nampak pulak Tommee Tippee feeding set (ada steriliser, botol susu, etc), katanya dia nak beli itu pulak next. Wahh laki aku ni pandai pulak bab2 ni. Terkejut rasa, sebab memang ada niat nak beli menatang tu tapi tak pernah bagitau dia.

Mulai sekarang,kami plan nak start membeli sebab kalau tunggu nak beli semuanya sekaligus kang pengsan pulak nak membayar. Lagipun sementara maknya gagah lagi berjalan mohle kita membeli.

Serba-salah jugak sebenarnya nak mula membeli, sebab baru masuk 2nd trimester ni haa. Mudah2an selamatlah baby. Kalau sebaliknya (nauzubillah), barang2 boleh simpan untuk yang seterusnya atau bagi kat orang je lah.

Saturday, September 29, 2012

Kurnia

Little bub at 11 wk 4 d :) Nampak tak tangan kanan dia tengah melambai tu? 

Hari ni baru terasa nak kongsi berita dengan semua. Harap-harap semuanya akan terus selamat dan dipelihara Allah SWT hingga ke akhirnya.

Pregnancy kali ni memang totally unplanned, kalau boleh ada niat tak mau conceive semasa awal-awal ber-phD, tapi kami bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang paling happy? Dear husband, Mak, Ayah & adik-adik di Penang :)

Due date: 12 April 2013, di kala musim bunga yang boleh tahan sejuknya.

Moga sihat sempurna & menjadi anak soleh/solehah. Amiin.

Tuesday, September 25, 2012

Kisah 8 September 2012

8 September 2012 - my 29th birthday. Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Mak & Ayah.

2 hari sebelum birthday lagi dear husband dah surprisekan dengan sekeping kad ucapan dalam laci. Malangnya si bini tak bukak laci sepanjang hari, sehinggalah ditanya baru jenguk dalam laci. Laki cek memang macam tu, dia tak sabar. Hehehe.. Padahal bukanlah nak ke mana-mana pun sampai kena kasi kad awal 2 hari.


Pada hari kejadian, dear husband bawak ke Bicester Village, rupa2nya dia nak suruh kita pilih sendiri birthday gift. 


Baiklah, terima kasih. Ingat dah takmau tambah, sebab yang dalam gobok pun malas nak rotate. Tapi dah orang nak bagi kan.. :P

Pilih yang ni sebab memenuhi keperluan sebagai beg sekolah & beg serbaguna - saiz besar, material ringan, kalis air, harga tak mahal sangat.
A card from the girls in Hawkshead campus. Should I worry that people are starting to associate myself with mice?
Dari Noelia, minggu lepas baru dia kasi. Sebab sebelum tu dia sibuk bercuti di Asia Tenggara. See? She has chosen a birthday card with a MOUSE on the cover. Aduhai.
Thank you to all, yang hantar ucapan dan doakan yang baik-baik sempena hari lahir terakhir sebagai warga 20-an. Tahun depan naik pangkat.

Oh, tak habis lagi. Sabtu lepas suami hadiahkan menda alah di bawah pulak, katanya "it's still your birthday month". Ohh, terima kasih... :)


Terharu. Tsk tsk :')

Wednesday, September 5, 2012

Fasa malas

Maaf , blog tak ber-update dan komen tak berbalas. Tuan punya badan sangat menghargai semua komen kawan2 di sini. Sekarang masuk fasa malas, takmau bersiap, takmau pi sekolah, takmau masak, takmau buat apa2 pun. Haa begitu hebat sekali penangan malas kalini. Harapnya akan berjaya gain semula semangat yang hilang.

Untuk semua kawan2, dah bulan September dah!! Lagi 3 bulan sampaila ke hujung tahun.

Apa pencapaian peribody tahun ni? :)

Friday, August 17, 2012

Selamat menyambut Aidilfitri!

Persiapan raya kami setakat ini;

Siapkan poskad raya untuk keluarga dan kawan-kawan terdekat. Dah selamat dipos minggu lepas. Semuanya bergantung pada Pos Malaysia. Harapnya sampailah sebelum raya
Ini bukanlah sebahagian persiapan, tapi menimbulkan mood nak raya bila terima harta karun sekotak besar dari kakak ipar tersayang. Boleh bukak gerai jual kerepek ni :P
Suami punya persiapan - gunting rambut kasi kemas & segak di pagi raya. Hehe
Buat almond choc chip cookies lagi satu adunan untuk dibawa beraya di Edinburgh
Baju raya tiada (ok part ni macam sedih sikit), duit raya pun tak tukar, sampul duit raya lagiilah takdak. Hehehe..

Esok jam 11 pagi kami akan ke Edinburgh beraya dengan kawan-kawan di sana. Excited nak ke Scotland & nak berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Feeling-feeling balik kampung pun ada :P

Di kesempatan ini, saya nak susun jari sepuluh minta ampun, minta maaf andai ada yang menyinggung perasaan dan sebagainya. Selamat berhari raya & semoga gembira dan selamat sentiasa :)