Tuesday, December 18, 2012

Rinduu

Mak & Ayah.

Harini masa duduk sorang2 di rumah, dalam gelap & sunyi malam (husband kerja sampai midnight la pulak) - terbaca satu cerita di Facebook tentang pengorbanan seorang pakcik menghantar anaknya naik motorsikal dari Gombak ke IPG Melaka. Keluar rumah jam 3 pagi, tempuh perjalanan jauh benar (tambahan pulak sebab pakcik ni salah jalan) semata-mata nak hantar anak

Hati rasa sangat sedih & terbayangkan ayah sendiri. Tiba2 air mata jatuh macam air terjun. Sedih rasa hati mengenangkan pengorbanan Ayah & Mak. Rasa sayu sebab selama hidup 29 tahun ni, tak banyak masa terluang dengan Ayah & Mak, sejak habis SPM lagi.

Jasa Ayah & Mak pulak, kalau dihitung2, memang tak terbalas. Dari segi kasih sayang, keringat, masa, wang ringgit.. Sebak kalau difikir2. Terus angkat tangan dan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah kedua ibu bapaku, peliharalah mereka di dunia dan akhirat. Kau sayangilah mereka seperti mana mereka selalu menyayangi aku. Sihatkanlah mereka selalu, jauhilah mereka dari penyakit dan malapetaka. Amiin ya rabbal 'alamin.."

Sejak akhir2 ni memang cepat sedih kalau teringat mak & ayah, husband pun macamtu jugak. Kami masing2 baru sedar yang kami berdua dah nak cecah usia 30 pada tahun depan, mak & ayah kami lagiilah banyak usianya. Kami berdua rasa sedih sebab masih belum mampu nak berbakti pada mak ayah masing2 dalam usia matang macam ni. Tambahan pulak bila duduk jauh. Cuma bertanya khabar & mengambil berat lah yang mampu dibuat. Selain doa kami yang tak putus2. Saguhati bulanan memang bagi, walaupun jumlahnya tak seberapa, niatnya semoga mak & ayah merasa dihargai..

Kalau cakap pasal ni, bukan saya saja yang boleh hujan di tengah malam, husband pun sama. Ini betul, bukan main2. Kami sangat tak sabar nak balik Malaysia. Paling awal pun bulan April 2015 lah rasanya baru boleh balik for good. InsyaAllah tahun depan (ada niat) nak balik Malaysia untuk melawat mak ayah & adik beradik.

Moga2 Allah permudahkan perjalanan hidup di kota London. Biar semuanya lancar & cemerlang, boleh balik Malaysia dengan hati yang lapang.

P/S: Suasana di London yang bergelap sejak jam 4 petang hingga 8 pagi ni rasanya dah mempengaruhi jiwa. Siang harinya pun mendung dan gelap. Rasa kosong dan sunyi duduk sini. Tak sabar tunggu musim bunga! Moga sinaran mentari membawa lebih keceriaan :)

7 comments:

kucingorengemok said...

gangguan emosi sempena winter kah? hehe. tapi ye lah, mana terbalas jasa mak-abah kan...

Liasari said...

sebak jua. ya benar, bila kita kerap berjauhan hati akan sentiasa teringat-ingat. barangkali krn ayu sdri sambung menyambung belajar lagilah kerap berjauhan. kak lia yg cuma mula berjauhan dgn keluarga sejak bekerja & berkahwin ni pun sesekali terasa... padahal kami x lah jauh sgt. inikan pula ayu.
seperkara lg... bila kita ada anak kita akan lebih terasa pengorbanan ibu ayah kita... umpamanya kesedaran tu datang menerpa tiba2... perasaannya lain sgt, air mata mmg mudah tumpah lah...
Alhamdulillah syukur kalau diberi rasa yg sedemikian ;-)

makcikkantin said...

ni mesti gabra pasai donia cepat gelap....winter-syndrome kot...sabaq sabaq....

Irfa said...

pun sama..rasa banyak lagi benda nak buat utk mak dan ayah

hasnahnoh said...

relax2...kena ceria2....kami di sini pun jenoh dok menghitung hari nak p kat sana ... so...jangan kita putus2 berdoa agar apa yg kita rancangkan akan diperkenankan olehNya, aamiin...

Mariam Ariffin said...

duduk oversea mmg mudah sensitif..sangat memahami T_T

Ayu said...

KOG - lebih kurang macamtu lah KOG.. Nak balikkkkk

Kak Lia - sejak ada hamba Allah yang dok menari dalam perut ni memang makin sayu rasa hati. Huwaaaaa

Makcik - Ha'ah mmg winter syndrome dah ni Makcik.. Tambah2 bila sakit & mak ayah jauh, lagiilah pilu rasa hati :(

Irfa - kan? Kita doalah banyak2 moga2 Allah SWT kabulkan niat kita. Amiiin

Mak - Huwaaaa sedihhhhh. Ok sama2lah kita berdoa. InsyaAllah..

Mariam - kan Yam? Kadang2 rasa macam nak gila pun ada, especially bila dok sorang2. Bahaya nih, kena cari manusia :P