Friday, June 3, 2011

New year retreat

Alamak. Dah setengah tahun berlalu, baru ada mood nak cerita pasal ni. ;p

1 & 2 Januari yang lalu, saya & kawan-kawan telah bercuti di Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka. Percutian singkat sepanjang 2 hari tu rasanya cukup seronok & santai, lebih-lebih lagi bersama kawan-kawan yang bukan senang nak berkumpul sama.

Nah, gambar-gambarnya;

Homestay ni letaknya betul-betul dekat dengan pantai
Keluar pagar, nampak pemandangan ni
Pinjam anak orang jap, nak berangan ;p
Comel kannn??
Suasana di perkarangan homestay
Kepada kaki pancing macam bapak si kembar ni, datang sini memang syok
Yang bukan kaki pancing, boleh stroll along the beach & see God's creations
Obor-obor yang cantik
Bila dah malas nak gerak, perut dah kenyang, mata dah kuyu, boleh baring/meniarap atas pangkin
Lauk-pauk hidangan tengah hari yang dijamu Auntie Roslina
Ulam-ulaman petik saja di sekeliling. Fresh to the max!
Suasana di meja makan. Makan luar ditiup bayu laut, memang bertambah-tambah nasi
Dah makan banyak sangat, silalah dayung bot
Yang ni geng mandi laut
Dah petang sikit, ramai-ramai pergi periksa jala
Korek remis pun best jugak
Remis kat sini banyakkkkk, kuis sikit je dia keluar ramai-ramai
Hasil penat lelah menuai
Ni nak tunjuk ketam dalam besen
Ketam macamni tak dimakan, jadi dilepaskan semula
Hasil tuaian di jala
Pokok kelapa tepi pantai. Cantikkkk
Lepak2 baca surat khabar
Tengah panas tu, tapi semangat nak tuai ketam lagi
Kena pakai glove, nanti dia kepitt
Remis diayak. Banyak sikit dapatnya
Remis
Lepas ayak, tuang dalam besan berisi air laut
Remis yang terus dimasak oleh Auntie Roslina
Sedapppp
Lunch hari ke-2
Ketam hasil tuaian di jaring. Manisss

Kot-kot sesiapa berminat nak ke sana, bolehlah hubungi Uncle Rahman/Auntie Roslina, 012-2501262 atau 017-8801698. Atau klik SINI untuk ke Facebook page Homestay Kuala Sungai Baru. Wah, iklan free pulak. ;p

Akhir kata, memang enjoy sangat kitorang kat sana. Seronok! :D

9 comments:

Runiza said...

Nak tekan button 'like'!!! :)
Love the pics!!!

Ayu said...

Kak Niza, i like it too! Tgk gambar2 ni rasa nk g lagi. :D

NM02 said...

ya Allah... syoknyer!!!!!

Mulan said...

owwhhh.... seronoknya..!!! lenkali pi melaka kena duduk sini laa....

DeLancrettLurpak said...

Nangis aku tgk ulam2 fresh tu weiii!!

Liasari said...

ayu i pernah nampak this homestay kat satu blog ni. oh wow memang best tempatnya cantik kan? best klu pergi ramai-ramai...huhu nak jugak pergi.

Ayu said...

Niezza & Mulan - mmg syok. Ada kesempatan, gi lah ramai2. Best!!

DLL - aku penat tayang keindahan alam, keindahan ulam jugak yg ko nampak. Ciss. ;p

Kak Lia - mmg best tempatnya. Mcm2 aktiviti boleh buat. Kalau g berdua bertiga mmg xberapa best kot, kena g ramai2 baru meriah & menjadi segala aktiviti. :D

Norulhuda said...

salam. like your blog. simple but very informative! tak menjela2 macam mine. hehe..anyway, knew your blog thru anim's cerita dapat hadiah depan pintu

Ayu said...

Baju mengandung, terima kasih sudi singgah. : )