Thursday, June 23, 2011

Puasa

Biasalah, musim ganti puasa. Bila dah nyawa2 ikan masa yang tinggal sebelum Ramadhan menjengah, baru la terhegeh-hegeh nak ganti.

Hari ni hari yang ke 6. Ada lagi sembilannnn!!! Huwaaa. Patutla raya tahun lepas makcik macam ikan buntal, 1/2 bulan tak puasa. ;p

Bila dah puasa ni, semangat nak masak untuk berbuka memang meluap-luap.

Dan sokmo teringin nak makan lauk-lauk kampung je.

Isnin baru ni buat lawa jantung pisang & ayam goreng kunyit cili padi.

Selasa masak nasi daging + air asam kerisik. Uu hai. Merembes air liur taip nih.

Harini tah apekebenda lah yang nak naik atas meja makan. Tengah pikir. Ada sejam++ lagi ni.

Selamat berbuka puasa! : )

5 comments:

hasnahnoh said...

orang kalau puasa, camni: sebelum imsak, minum 1 mug oat, buka puasa: 2 ulas korma dgn segelas air mineral sahaja. amalkan sampai habis bilangan hari puasa ganti, sure boleh pakai baju raya tahun lepas punya......ni yg dok p hidang semeja sampai meleleh ayaq lioq ni sapa yg suruh?

Hana Faza-same person said...

hehehe..tu dia makcik hasnah dah warning tu Ayu..hehehe..faza pon tgh proses qada balik nih..keh keh.. tp btol la, bila posa, idea memasak tu mencurah2 :P hari len, haram tak tahu nak masak pe..hehehe..

animed said...

Nasi daging tengah minggu..tabik la kat hang ayu.

Ami said...

ayu,ami kene ganti penuh sebulan hahaha skang ade 14 hari lagi,tak tau nak bukak ape dah.sahur mkn nasi putih,telur mate dgn kicap je.

Ayu said...

Mak - itu nak bagi mampos org tu makk.. Lepas 2 hari, kena call ambulans mai ambik. Hehehehhe

Faza - biasalah tu Faza, time puasa ni dari kul 8 pagi dok pikir apa nak makan waktu berbuka. Ceh, tak patut sungguh.. ;p

Anim - kalini nasi daging express ja Anim, 30 min ja siap masak! Lempaq daging dlm rice cooker, masuk segala rempas ratus & biar masak sekali dgn nasik. Dasar pemalas. ;p

Ami - Oooh, Ami dasatnyeee. Rasa tak sanggup membayangkannya. Dugaan.. Heheh..