Alamak. Dah setengah tahun berlalu, baru ada
mood nak cerita pasal ni. ;p
1 & 2 Januari yang lalu, saya & kawan-kawan telah bercuti di
Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka. Percutian singkat sepanjang 2 hari tu rasanya cukup seronok & santai, lebih-lebih lagi bersama kawan-kawan yang bukan senang nak berkumpul sama.
Nah, gambar-gambarnya;
 |
Homestay ni letaknya betul-betul dekat dengan pantai |
 |
Keluar pagar, nampak pemandangan ni |
 |
Pinjam anak orang jap, nak berangan ;p |
 |
Comel kannn?? |
 |
Suasana di perkarangan homestay |
 |
Kepada kaki pancing macam bapak si kembar ni, datang sini memang syok |
 |
Yang bukan kaki pancing, boleh stroll along the beach & see God's creations |
 |
Obor-obor yang cantik |
 |
Bila dah malas nak gerak, perut dah kenyang, mata dah kuyu, boleh baring/meniarap atas pangkin |
 |
Lauk-pauk hidangan tengah hari yang dijamu Auntie Roslina |
 |
Ulam-ulaman petik saja di sekeliling. Fresh to the max! |
 |
Suasana di meja makan. Makan luar ditiup bayu laut, memang bertambah-tambah nasi |
 |
Dah makan banyak sangat, silalah dayung bot |
 |
Yang ni geng mandi laut |
 |
Dah petang sikit, ramai-ramai pergi periksa jala |
 |
Korek remis pun best jugak |
 |
Remis kat sini banyakkkkk, kuis sikit je dia keluar ramai-ramai |
 |
Hasil penat lelah menuai |
 |
Ni nak tunjuk ketam dalam besen |
 |
Ketam macamni tak dimakan, jadi dilepaskan semula |
 |
Hasil tuaian di jala |
 |
Pokok kelapa tepi pantai. Cantikkkk |
 |
Lepak2 baca surat khabar |
 |
Tengah panas tu, tapi semangat nak tuai ketam lagi |
 |
Kena pakai glove, nanti dia kepitt |
 |
Remis diayak. Banyak sikit dapatnya |
 |
Remis |
 |
Lepas ayak, tuang dalam besan berisi air laut |
 |
Remis yang terus dimasak oleh Auntie Roslina |
 |
Sedapppp |
 |
Lunch hari ke-2 |
 |
Ketam hasil tuaian di jaring. Manisss |
Kot-kot sesiapa berminat nak ke sana, bolehlah hubungi Uncle Rahman/Auntie Roslina,
012-2501262 atau 017-8801698. Atau klik SINI untuk ke Facebook page Homestay Kuala Sungai Baru. Wah, iklan free pulak. ;p
Akhir kata, memang enjoy sangat kitorang kat sana. Seronok! :D
9 comments:
Nak tekan button 'like'!!! :)
Love the pics!!!
Kak Niza, i like it too! Tgk gambar2 ni rasa nk g lagi. :D
ya Allah... syoknyer!!!!!
owwhhh.... seronoknya..!!! lenkali pi melaka kena duduk sini laa....
Nangis aku tgk ulam2 fresh tu weiii!!
ayu i pernah nampak this homestay kat satu blog ni. oh wow memang best tempatnya cantik kan? best klu pergi ramai-ramai...huhu nak jugak pergi.
Niezza & Mulan - mmg syok. Ada kesempatan, gi lah ramai2. Best!!
DLL - aku penat tayang keindahan alam, keindahan ulam jugak yg ko nampak. Ciss. ;p
Kak Lia - mmg best tempatnya. Mcm2 aktiviti boleh buat. Kalau g berdua bertiga mmg xberapa best kot, kena g ramai2 baru meriah & menjadi segala aktiviti. :D
salam. like your blog. simple but very informative! tak menjela2 macam mine. hehe..anyway, knew your blog thru anim's cerita dapat hadiah depan pintu
Baju mengandung, terima kasih sudi singgah. : )
Post a Comment