Thursday, October 28, 2010

Finding comfort

After 3 hours of head & butt cracking at Prometric Test Center, I left feeling depressed. Awat makcik bodo sangatttt.. Makin tahun makin bodo ka?? Awat lagu niiii?

The scores for verbal & quantitative sections were displayed right after the GRE test. Both are worse than the scores 2 years back! Nooooooooo........

And so, off we went to find peace & solace.

Yes. Yes. Yesss.

A dose of unagi as the cure
Today, I am good. ; )

Tuesday, October 26, 2010

Tahu tak?

Otak boleh mengalami kekurangan daya ingatan atau keupayaan menyelesaikan masalah sekiranya kita tidak melatihnya selalu. Haaa takut tak? Takut tak?

"Losses in memory or motor skills result from inactivity and a lack of mental exercise and stimulation"

Pi beli buku nih piiii

Jadi, rajin-rajinlah buat aktiviti menyelesaikan masalah seperti word puzzle games, buat latihan matematik, dan sebagainya.

Kisah benar, saya merasakan otak saya kini lembap betul. Nak sebut nama orang pun kadang-kadang tak nak keluar, walaupun wajahnya jelas di ingatan. Nanti bila dah balik rumah, baru ingat. Apake teruk benarrrrr....

Sekarang tengah buat latihan matematik sebab esok pagi ada GRE test (result GRE dulu dah tak valid, sebab dah lebih 2 tahun). Doa-doakanlah kami (saya & Che Dah) berjaya skor kaw-kaw punya okeh. ;D

Saturday, October 16, 2010

Soal jawab

Hari Sabtu.

Saya di ruang tamu, mendengar TV3 sambil mengadap laptop.

Tentang pembentangan bajet semalam, ramai yang merungut tentang "bantuan" RM 500 yang akan dimasukkan ke akaun pegawai-pegawai kerajaan (gred 54 ke bawah) pada Disember nanti. Saya? Tak merungut apa pun, sebab awal-awal lagi saya sudah cakap pada Che Dah, "kalau ada pun bonus tentu dapat RM 500 saja. Rasanya negara kita tak banyak pendapatan tahun-tahun kebelakangan ni". Jadi? Bersyukurlah kita semua. Kalau tak dapat apa-apa tentu kita semua akan cakap, "alah, teruklah macam ni. At least bagi lah RM 500 ke". Tak reti-reti lagi? Bersyukurlah.

Sejak kebelakangan ini seringkali saya ditanyakan dengan 2 soalan ni:
1. Dah berisi ke?
2. Bila nak sambung belajar?

Jawapan saya:
(kalau boleh nak tampal di dahi & bawa ke sana-sini supaya orang tak tanya & saya tak payah nak jawab lagi)
1. Badan memang makin berisi tapi adipocytes semata-mata.
2. Bila surat tawaran keluar dan biasiswa ada. Terima kasih. ; )

Lepas tu mesti soalan jadi lebih panjang. Lanjutannya:
1. Merancang ke? Tak payah la plan plan, setiap anak ada rezekinya. Sementara tengah muda ni kan...
2. Nak sambung di universiti mana? Agak-agak bila nak pergi tu?

Jawapan extended:
1. Ya, merancang. Sebab sekarang belum tahu halatuju hidup, samada akan sambung belajar di US, UK, Canada atau Malaysia saja. Kalau hidup tetap di Malaysia, la ni jugak nak beranak. Kalau saya ke luar negara, siapa nak jaga? Child care cost di sana sangatlah mahal. Nak harap suami duduk di rumah 24/7 jaga anak?? Apa korang gila kah? Kalau suami yang belajar, bini yang duduk di rumah jaga anak takpa la jugak. Suami seorang pun dah cukup ambil masa dan perhatian kita, ni nak tambah seorang lagi. Saya nak siapkan PhD tau, bukan pi makan angin. (masa ni muka dah makin kelat)
2. Allah S.W.T. sajalah yang tahu. Ikutkan saya, nak saja sambung di Malaysia. Tak kacau kerjaya suami, boleh mulakan kehidupan dengan hati yang lapang. Nak ada anak, beli rumah, kereta, harta kekayaan yang lain-lain? Silakan. Masalahnya pengurusan fakulti saya mahu semua bakal pensyarahnya belajar di luar negara. Alasannya, cari ilmu dari tok guru lain supaya sumber ilmu berkembang, membuka minda (lebih terdedah pada situasi antarabangsa) dan supaya dapat create networking dengan penyelidik luar.

Rasanya ramai yang tak faham bahawa jawatan saya ini bertaraf sementara. Bukan jawatan tetap. Walaupun sudah bawa pulang MSc, saya masih lagi bergaji sama seperti dulu, taraf jawatan pun begitu. September lepas saya baru sambung kontrak, tempoh diberi 6 bulan cuma. Maknanya sampai Mac 2011. Saya berdoa & berharap sangat agar saya sudah dapat tempat belajar pada ketika itu. Kalau tidak, jenuhlah saya nak memohon lanjutan kontrak lagi. Kalau diberipun, 3 bulan cuma (April-Jun 2011). Perkara macam ni lah yang buat saya tertekan.

Pihak pengurusan fakulti pula, sejak saya balik Mac lalu sehinggalah sekarang, tak habis-habis menyalahkan tindakan saya pulang ke Malaysia & tidak menyambung PhD di Utrecht saja. Mereka langsung tidak mahu faham bahawa saya juga manusia, keadaan di Belanda tidak akan memudahkan saya sekiranya sudah berkahwin. Lagipun saya sudah merasa sangat-sangat tertipu dengan janji orang Belanda. Orang dah ambil duit kita macamtu saja, kita nak lagi pi hulur duit di muka dia? Tolonglah. Pandang muka dia pun saya benci.

Kadang-kadang (selalu) saya menyesal sebab pilih kerjaya ni. Tapi, hanya Tuhan saja yang tahu baik buruknya jalan hidup yang ini. Siapa tahu hikmahnya besar di kemudian hari? ; )

Redha.

Wednesday, October 13, 2010

Reality check

Semalam buat pemeriksaan kesihatan. Ketika itu sedang bertugas di booth fakulti (pesta konvo). Tapi kalau dah namanya 4 jam dok tercangak, siapa yang sebegitu bodoh nak duduk diam2 saja dalam booth yang panas berkuap tu.

Dah tentulah i jalan-jalan belek pokok cili, orkid, segala jenis tudung, selendang, kuda, kucing, & arnab. Oh ya, beli jambu sejuk seringgit sepaket, tabur asam sendiri. Nikmatt...

Lepas tu jalan lagi ke booth Fakulti Perubatan. Buat pemeriksaan kesihatan. Ke dah tulis tadi?

Haaaa. Lepas tahu berapa berat badan yang sebenar, terus mood petang tu jadi suram & kelam. Nak tahu? Berat badanku sudah menghampiri figure asalnya 2 tahun lepas!

Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!
Ni haku belum story pasal % lemak badan & BMI lagi nih

Nak turun 12kg ambil masa 18 bulan. Nak naik 8.8kg pulak, cepat sangat. 8 bulan cuma. Tak adil betul kan?

Azam mesti kuat. No more makan-makan after 6.30 pm. Esok mesti puasa. Kalau boleh puasa 2 bulan direct.

Tapiiii... Malam semalam Ejad bawak ke Mines, dan ter-masuk ke Popeyes. Lalu ter-makan jua. Tsk.

Mine. Ayam goreng 2 ketul, biscuit, coleslaw, mashed potato & ice lemon tea. Chicken was a bit dry. The taste is somewhat between OR & hot n spicy KFC. Biscuit has the texture of a scone. Perhaps it is a scone.

Ejad punya. Ikan 2 ketul, tartar sauce, biscuit, coleslaw, mashed potato, air Milo. The dory pieces came piping hot, succulent & nicely battered. Yum! ;>

Coleslaw sedap. Ada pickle bits. Sedapppppppppppp


Mashed potatoes pun sangat sedap. Gravy dia ada bits & pieces of unidentified substance. Daging ayam kah? Cheese kah? Rasa Cajun spices dalam gravy dia. Marvellous.
Kami berdua memang excited sebab sebelum ni tak pernah makan di situ. Sebab menu dia nampak sama saja dengan KFC, jadi kami pun tak terasa nak cuba. Jakun sungguh. Hihi.. Menunya ada banyak lagi. Desserts & segala jenis rice pun nampak mengancam u.. ;p

OMG. Apa point sebenar post nih?

PUASA PUASA PUASA PUASA PUASA

Tuesday, October 12, 2010

Suatu ketika di malam hari

Selepas rawatan di Yun Nam. Hihihihihihihi...

Haih. Mak lapar nihhh

Kaya & butter toast. Terbaik!

Yang kanan tu Red Bean Freeze. Sukaaaaaaaaa!!! ;D Creamy, yummy, segalanya nikmat

Spicy Hainanese Chicken Chop Rice. Sedap, tapi bukan pilihan kegemaran saya



Sekian laporan dari kami yang asyik-asyik ke Old Town.


Nantikan laporan dari kami ke Popeyes pulak. ;p

Monday, October 11, 2010

Makan besar

Bila mak ayah & adik-adik saya datang, meja makan selalunya penuh. Selalunya di restoran lah. Jarang sekali saya dapat peluang memasak untuk mak ayah sendiri. Tapi baru-baru ini saya rasa puas hati sebab dapat jamukan air tangan sendiri. Paginya saya buat roti naan & sambal sardin untuk sarapan. Malam pula kami makan besar, dengan hasil laut segar dari Jusco. ;p

Sayur campur, hasil masakan terakhir dari dapur. Yang hitam2 tu bukan lada hitam, itulah taik minyak hasil goreng ikan dalam kuali yang sama. ;p

Siakap dikukus dalam steamer hadiah kawin, dihidang dalam casserole hadiah kawin juga. ;D

Sambal tumis sotong, mak masak. Sedap oiii. ; )

Siakap masak lemak tempoyak. Tempoyak mak mentua kasi masa bulan puasa. Sayangnya adik-adik saya tak reti makan tempoyak.


Udang kunyit air tangan mak.
Senang cerita, semua lauk-pauk malam tu sedap-sedap belaka.
Okeh, sesiapa nak rasa silalah datang beraya di rumah. Apa, Syawal dah habis? Tak kisahlah nyah.. ; )

Friday, October 8, 2010

Yang Terbaik

Saya bukan peminat kuih makmur. Sumpah tak suka makan.

Zaman kecik-kecik dulu rumah makcik-makcik selalu ada kuih makmur dalam balang kuih raya. Depa ni suka pelawa kita makan kuih itu, makan kuih ini. "Rasalah kuih makmur tu, kami buat sendiri tau". Nak jaga hati punya pasal, saya pun sumbatlah sebiji ke dalam mulut. Setiap kali mesti menyesal sebab rasanya macam berhabuk2 dalam mulut. Kacang di tengah pun rasa tak sedap.

Tapiiiii, raya baru-baru ni saya telah berubah. Saya suka kuih makmur. Eh, biskut makmur maksud saya. Kami orang Penang suka kata kuih samprit, kuih makmur (kuih tu kami sebut kuey), walhal mereka adalah spesis biskut.

Nak tahu di mana saya jumpa kuih biskut makmur yang merubah persepsi saya tu? Di atas ketuhar mak mentua. ;p Lagi sehari nak raya, saya tak boleh puasa. Lalu saya selongkar dapur cari makanan, jumpa biskut makmur, terus ngap. Lapar punya pasal kan. Sekaliii... SEDAPP!!! Lepas tu saya asyik ulang ke dapur buka balang biskut, adalah agaknya 6 biji saya telan dalam masa 10 minit.

Biskut makmur yang satu ni, jenis yang cair dalam mulut. Halus mulus rasa dia. Bila gigit hingga ke tengah, terasa rangup inti kacangnya. Nikmat sangat tak pandai nak cerita.

Siapa yang buat biskut makmur terbaik tu? Tentulah mak mentua saya. Lepas puji biskutnya, mak kasi sebalang untuk dibawa pulang. ;>

Yang ni dah terhentak dalam balang, bentuknya terhakis sikit. ;p

Inti rangupppp sangat

Kena jimat-cermat. Banyak ni saja yang tinggal
Terima kasih mak! Mak (kandung) suruh berguru dengan mak (mentua). ;D

Thursday, October 7, 2010

Benda syok


Teh O & cokkodok panas di petang hari, sambil hujan lebat turun mencurah-curah & langsir berkibar-kibar ditiup angin. Fulamak. Nikmatnya! ; )

Tuesday, October 5, 2010

Tandas mandi

Mak: Aiman, tengok sat kakak dok mandi ka dok buang air besar (read: berak)?

Aiman: Ok.

Aiman: Mak, kakak dok dalam tandas mandi, bukan tandas jamban.





Alamakk....... Macam tak didedahkan pada ketamadunan manusia ja gayanya. ;p

Friday, October 1, 2010

Weird







These past few days, I could not take my mind of Utrecht. I actually miss my life back then.

Funny.


I miss my room in Cambridgelaan.

I miss everybody at Dier in Wetenschap en Maatschappij department.

I miss the coffee machine.

I miss the drama queen in me who freaked out everytime a presentation was scheduled.

I miss the occasional chat with Mokrish at the staircase.

I actually miss Saskia. <----- my research supervisor

I miss having a helper in the kitchen. ;p

I miss video-calling my family & fiance.

I miss shopping in designer boutiqes. ;p ;p balik Malaysia mak rasa mi-se-kin u'olls

I miss getting places by bus & train.

I miss the 4 seasons.

I miss seeing sheeps grazing in the meadows, ducks swimming in the canal & hares hopping around the bushes.

I truly miss the cold, windy Utrecht.




Nak dapat penampau agaknya aku nih.

Wedding colour theme


It's blue!