Wednesday, September 1, 2010

Tengok tak Ketuk-ketuk Ramadhan?

Ramadhan dah nak berakhir baru sedar ada Ketuk-ketuk Ramadhan di TV1, jam 12.30 tengah hari. Setiap hari kot. Rasanya lah. Dulu di Utrecht masa bulan puasa rajin browse You Tube, jumpalah episod-episod Ketuk-ketuk Ramadhan ni. Rasa happy sangat sebab rancangan ni kelakar (bergantung pada artis. Kalau artis skema/poyo, habislah) & spontan. Resipi pelik-pelik rahsia turun temurun keluarga pun keluar kadang-kadang. Dapatlah idea nak masak untuk berbuka.

Jumaat lepas, tertengok episod bersama Linda Rafar. Dia masak Ayam Kepak Terutuk Rafar. Gitu nama dia. Bila tengok kombinasi bahan-bahan yang dia guna, terasa macam sedapnyaa masakan ni. Lain sikit daripada mana-mana masakan yang kita kenal. Terus petang tu jugak cuba. Tapi guna daging. Hasilnya? Mak sukaaaa!! Tu yang Isnin lepas ulang tayang pakai ayam pulak. Hee.. ;D

Oklah, nak tampal gambar-gambar juadah berbuka hari Isnin, 20 Ramadhan 1431H.


Kurma & anggur merah untuk berbuka. Kurma ihsan dari mak ayah, anggur ihsan dari Haji Ihsan. ;D

Ginilah rupa lauk-pauk atas meja
Lobak merah, kentang, fucuk & telur bersantan (apake nama rasmi menda alah ni?)

Ayam Terutuk resipi Linda Rafar. Marvellous rasa dia.

Timun, salad & sambal belacan


Petang ni nak masak apalah pulak ya?


*Update*
Resipi Ayam Terutuk Rafar
(berdasarkan ingatan tuan punya badan saja)
  • 4-5 ketul ayam (lumur garam & kunyit) digoreng garing
  • 2 senduk minyak masak (minyak kena banyak)
  • 1 biji bawang besar (belah 4)
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 senduk cili kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 senduk gula Melaka
  • 1/2 senduk kicap manis
  • 3 sudu besar kerisik
  • Segenggam bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada benggala merah & hijau dipotong memanjang
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang besar, diikuti bawang putih & cili kisar.
  2. Bila dah garing, masukkan kesemua bahan yang lain (kecuali ayam & lada benggala). Kacau sebati hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan lada benggala. Masak sebentar sahaja kemudian boleh tutup api.

5 comments:

Aliesha Kirana said...

WAH MAVELOUSS... SHARE LA RESEPI..HIHIHIH... YG SAYUR TU.. SAYUR LEMAK XLEH KE? HEEHEHEH~

Mokrish said...

sambal belacan itu ku rindu huhuhu...

animed said...

Terus google resepi ayam terutuk linda rafar nih..tergoda ngan gambar ayam terutuk ayu

Ayu said...

Ella, Kak Ayu dah taip dah resipi di entry ni. Kena try ok. Rasanya memang lain daripada yang lain & sedap! ;>

Pakcik Mok, cek pun dah lama tak menumbuk sambal. Sejak 2-3 hari ni datang angin sambal belacan, hampir tiap2 hari ada atas meja. Sodap gila, esp bila ada ikan gelama masin goreng sekali. Meleleh wa cakap lu.. ;p

Anim, ni Ayu dah taip ni. Google boleh jumpa ke resipinya? Dia bukan ayam kerutuk yang bersantan2 tu tau. Yang ni lain benar resipinya..

Aliesha Kirana said...

thanks kak ayu! ehehee~