Jangan nak speku. Mak ketuk kepala korang sekor-sekor nanti.
Tarikh 5 September 2010 menandakan yang kami berdua sudah 3 bulan bernikah. Mak ai, cepat benar masa berlalu. Teringat-ingat lagi hari nikah, hari sanding & honeymoon tajaan ayah tersayang. ;D
Apa-apapun, kami bersyukur akhirnya bersama setelah hampir 5 tahun mengenal hati budi masing-masing. Sempena tarikh tersebut, si suami telah belanja isterinya makan di luar. Hahahah. Itu saja lah. Nak apa lagi? ;p
Kami ke San Francisco Pizza, The Mines.
Tempahan & bayaran dibuat 1.5 jam sebelum berbuka. Hampir-hampir hilang sabar sebab 3 kali kami ditukarkan ke meja lain. Macam nak lempang saja muka manager wanita tersebut. Saya berkata pada Ejad, "ya Tuhan punyalah berkira meja & kerusi. Padahal tak penuh pun restoran ni. Kalau masa berbuka nanti restoran ni tak penuh, siaplah dia". Apa yang terjadi akhirnya? Memang restoren tu penuh sangat-sangat pada waktu berbuka. ;p
Our appetizer - Nachos. Chili's nachos tastes better.
Baked Fish - spaghetti with ginger, garlic, pesto, chili, mushroom & baked Panga fillets. Sedap tapi kena tambah garam sendiri sebab dia tawar sikit.
Ejad's Mushroom Chicken. Nothing to shout about. Baik makan di Chop n Steak saja. Hihi..
Si suami yang tersengih sakan setelah diajuk bininya sebab suka buat muka samseng waktu bergambar. ;p
p/s: Thank you sayang! Lebb u bewy much! <--- Bahasa Jerman.
3 comments:
mcm biasa, blog ko suka buat aku rs lapar...
Ayu..balik penang raya keberapa? Igt nak beraya rumah ayu kat penang. Boleh ka?Since blk holland tak pernah lg jumpa..padahal ada ja kt UPM tu. Nanti email no ayu ya.. animed07@yahoo.com. Selamat Hari raya aidilfitri..balik kg baik2..
Ain, skang dh boleh makan... Raya raya raya!! ;>
Anim, Ayu tunggu e-mel/call dari Anim, xde pun.. Ayu pun dh blk Serdang ni.. ;(
Post a Comment