Kisahnya, bini nak nasi ayam penyet, laki pulak nak nasik lemak. Akhirnya settle di tengah-tengah. Nasi lemak ayam penyet. Tambah kerja si bini. Kalau nasi ayam penyet tu, nasi dia cuma nasi putih. Haha. Padan muka ko pemalas.
Masalahnya, tadi dah beli jarum, benang, manik & kristal. Kalau dah beli tu, faham-faham sajalah. Tangan sudah gatal mau menjahit. Kalau sudah mula menjahit, tak makan pun tidak mengapa. Ini sebahagian projek meng-glam-kan baju raya yang setakat can do saja. Kesian tak? ;p
Haih. Malas malas malassssssssss nak masak. Nak suruh pi pasar Ramadhan tanpa laki di sisi? Mak tak suka, tak feel gitu. Konon nak bukak puasa dengan keluarga mentua harini, tapi tak kesampaian. Anak kesayangan mak ayah akan pulang lewat malam ni. Jadi lebih afdal bininya tunggu di rumah.
Oklah tu. Nak sambung bermalas-malasan.
Selamat berbuka puasa! ;D
*Update*
Ejad sampai rumah jam 8.40 malam. Bininya berbuka seorang diri. Sadis okeh.
Air bandung cincau - malas tapi buat jugak sebab cincau masih berbaki.
Nasi ayam penyet. Nasi putih saja bukan nasi lemak sebab kesuntukan masa. ;p
2 comments:
kak...asyik makanan je. tergugat air liur saya tgh puasa ni.hahaha
Fareed, mana pulak asyik makanan je. Kan akak cerita pasal menjahit ni? Heheheh..
Post a Comment