Saturday, May 15, 2010

A food guide - Red Wok Bangi

Semalam, kami berdua (Ayu & Ejad, 2 ekor beruang comel cuddly gubu) telah ke Red Wok, Bangi. Dah beberapa kali lalu-lalang depan restoren tersebut dan membaca reviews berkenaannya, akhirnya tergerak hati nak ke sana.


Di sini kami seranaikan senaraikan langkah demi langkah, untuk membantu anda yang mungkin buat pertama kalinya mahu ke Red Wok.

1. Letakkan kereta di tempat disediakan (dalam perkarangan restoran).

2. Apabila anda menghampiri lantai restoren, anda akan disambut oleh pelayan yang tersenyum. Sila nyatakan pilihan anda, samada;
  • Ala-carte (harga mengikut makanan dipesan)
  • Steamboat buffet (RM 22/dewasa)
  • Sizzling steamboat buffet (RM 28/dewasa)
3. Anda akan dibawa ke meja yang tertentu, mengikut pilihan yang telah anda buat. Restoren dibahagi kepada dua bahagian, satu untuk para pelanggan yang memesan hidangan ala-carte, satu lagi untuk pelanggan2 menikmati steamboat buffet.

4. Sekiranya anda pilih untuk makan secara ala-carte, menu akan diberi dan pesanan akan diambil. Sila tunggu makanan & minuman sampai, dan anda boleh nikmati sambil sembang2.

[Langkah 5-10 adalah untuk mereka yang memilih steamboat/sizzling steamboat buffet]

5. Sekiranya anda memilih steamboat buffet/sizzling steamboat buffet, anda perlulah memilih samada anda mahukan sup ayam/tomyam/herba. Hanya satu pilihan jawapan diterima.

6. Sila bangun menuju ke kaunter buffet untuk memilih daging, ayam, ikan, makanan laut, bebola2, sosej, tauhu, cendawan & sayur2 untuk di-steamboatkan. Pilihan bahan2 adalah tersangat banyak sehingga rambang mata dibuatnya.

7. Jika anda mahu, terdapat juga nasi goreng, mi goreng, kentang goreng, kepingan ikan goreng, dsbnya di kaunter buffet. Air (jus oren), buah2an dan pilihan 6 jenis aiskrim juga disediakan.

8. Sekembalinya anda ke meja, bolehlah memasukkan bahan2 untuk dimasak ke dalam pot dan/atau ke atas grill. Sila sapukan marjerin yang diberi di atas grill terlebih dahulu untuk mengelakkan bahan2 tersebut melekat di grill semasa proses memasak.


9. Rebus dan grill bahan sampai masak, dan bolehlah nikmatinya dengan 2 jenis pencicah yang disediakan (kedua2nya berasaskan cili, pedas tapi sedap).


10. Sup boleh ditambah sekiranya berkurang. Panggil saja pelayan. Sekiranya anda mahu menukar jenis sup sewaktu refill, tiada masalah. *Pada mulanya kami pilih sup tomyam, tetapi ia menjadi terlalu pedas apabila makanan dicicah dengan dua jenis sos tadi. Jadi, sewaktu refill, kami minta sup ayam pulak. Baru ngam! ;>

11. Sesudah makan, anda boleh membawa bil yang terselit di nombor meja anda ke kaunter pembayaran. Bayar dan bolehlah bergerak pulang.

Perhatian:
Setiap 100g makanan yang dibazirkan (tak habis dimakan) akan didenda RM 10. Jadi, ambil makanan berpada2 yaa..

Untuk maklumat berkenaan lokasi restoren, menu dan maklumbalas pelanggan, sila lawati Red Wok Restaurant, Bangi. Sekian.

p/s: Kami sukaa.. Rasanya akan ke sana lagi. Nak bawak mak, ayah & adik2 la nanti. : )

3 comments:

Farina said...

Serius kena bayar kalau tak abis? Dia timbang ke makanan yang tak abis tuh?

zdiana said...

nice.. terus gi carik kedai ni.. hehehe.. suasana kedai pun nice..

Ayu said...

Farina - aku tak tau, sbb aku tak buat begitu. yang pasti, notis ada. mungkin gertak2 je. ; )

Diana - best kan.. ;D