Sunday, April 11, 2010

Situasi berbeza

Oh, makin lama makin kurang post berbahasa Inggeris. Ah, nasib la nox, mak makan belacan hidung penyet. ;p

Harini nak cerita pasal designer handbags. Al-kisahnya, sejak balik Malaysia dan jejak MidValley, saya telah mengalami kejutan budaya. Mana tak nya, toleh kiri, kanan, depan, belakang, 75% manusia mengelek designer handbags. Yang paling banyak populasinya tentulah anak beranak Vuitton & Gucci. Wahhhhh, kaya dan mampu benar warga Kuala Lumpur ni ye. Di Penang tak begitu. (Apake logik membuat perbandingan antara Penang & KL??). Paling popular yang terlihat? Neverfull MM in monogram (nasiblah bukan damier pattern). Ohhh.. Sampaikan kalau saya juga mempunyai satu Neverfull tersebut, rasa nak simpan dalam almari saja. True, it is an icon/classic of the house, tapi kalau dah bersepah sangat, baik mak bawak Sisley je.

Bila bagitau Ejad pasal ni, dia tanya, "tapi original ke?". Eh, itu tak tau la nak jawab. Kebanyakannya nampak original, tapi ada la jugak yang nampak.. Urghhhh, sungguh tak dapat diterangkan. UGLY. Terutamanya sling bags yang ada gold plates besar2 tertulis "Louis Vuitton" tu. Macamanalah tergamak nak kelek sana sini?

Semalam kami ke Down Town, Cheras. Betul ke gitu namanya? Ke Donton? Hehe.. Sungguh la peghak saya ni. Tempatnya macam pasar malam besar. Macam2 ada. Levi's, Crocs, LV, Gucci, etc. Rasa sungguh panas hati lalu di depan kedai2 jual Crocs. Oii, tolonglah manusia2 oi, have some integrity. Kalau pun boleh produce kasut sebijik macamtu, buatlah design lain sikit & please don't bother nak bubuh nama crocs di kasut tu. Dan yang membeli tu pun.. Samalah jugak. Panas hati saya yang mempunyai sepasang Crocs original dengan jibbitz orginal jugak. (Eh, ye ke? Now I'm starting to doubt the facts. Mungkinkah Ejad beli di Donton dan hadiahkan saya Crocs & jibbitz tipu2?? ;p) Begitu jugak dengan sebijik LV Keepall 45 ke 50 yang rupanya dalam kelam malam (ditambah mata rabun), nampak sungguhlah original. Hahahaha.. Ohh.. Hebat!

Oh, berbalik pada tajuk post yang nampak sungguh merapu langsung ke laut, tak kena mengena dengan isi kandungan karangan. Sebenarnya tadi nak bagitau, bahawa di Netherlands, nak nampak satu manusia membawa designer bag pun, punyalah susah. Kecuali di PC Hooftsraat saja (satu jalan yang dilimpahi designer boutiques, letaknya di Amsterdam). Tapi di Malaysia ni, berbeza benar. Maka berbanggalah rakyat Malaysia. Haha. ;D

6 comments:

shila ariff said...

boleh dikatakan susah nak bezakan original or imitation designer handbags skrg ni...pulak tu berlambak kat pasar2 mlm..huhuhu...

Ami said...

sgt amat betul sekali ayu!org msia nie kayo2 semua,hujung rambut sampai kaki pakai designer's huhu takott

Mokrish said...

hahaha...babe, tu la nye kat malaysia banyak cetak rompak. Sini susah kan nak carik. Orang belanda kemut sikit benda designer ni. Cheq tau hang punye ori ok, nak je cheq ketuk sesape ckp x ori mcm seorg tetamu yg dtg umah korg dulu hahaha...

Ayu said...

Shila - betollah tu. Takyah pi jauh2, belakang rumah pun boleh rembat Gucci sebijik. ;p

Ami - true. Tapi kita jangan la pulak terasa tekanan untuk fit in. Beli & pakai apa yang disukai. ; )

Pakcik - tq noo tlg back up cek. Nxt tme kita sepak je sape2 yang tak beradab mcmtu. Hehe..

Mijadd said...

ori ha ejad bli kt butik kroks tade beli kt donton. tp kalu kdai krok tupun tipu ejad pun tatau ha..

ORI BUKAN OWI.. seperti kate2 apek kedai sparepart kete.. hehehehhe..

Ayu said...

Bebby! Of kos la ai no eby beli yg betul2 punya, tarak tippu2.. Hehe.. Tq yayangg!!! ; )