Lagi skali mati kutu nak letak tajuk post.
Haaa, nak cerita. Hujung minggu baru ni, cek balik Penang lagi untuk setelkan proses memohon kebenaran nikah. Sampai ambik cuti hari Isnin (semalam) - ye la, pejabat agama mana la beroperasi di hujung minggu. Kena lah cuti. Setelah berkelam-kabut mencari ahli kariah masjid untuk tandatangan borang mohon nikah tu, akhirnya berjaya jugak. Tu pon dengan bantuan manager (ayah terchenta) & driver (budak Hisyam) berdedikasi. Tapi akhirnya driver gave-up. Katanya tak mau pi Balik Pulau (Pejabat Agama Daerah) lagi, nak balik rumah, berak. Cis bedebah. Tak pasal2 la haku beranikan diri bawak kereta manual naik "gon" depan rumah. Menderum-deram bunyi enjin, nasik baiklah lepas jugak naiknya.
Sampai ke Pejabat Agama Daerah di Balik Pulau, kena tunggu giliran nak interview pulak. Nih yang mak tak gemar nih. Interview2 apa pulak.... Dua orang budak perempuan sebelum i, masuk ke bilik temuduga tu dengan mak ayah & adik beradik sekali. Aik? Ini sudah pelik.. Tapi takpalah, i tunggu diam2. Dalam hati dok la mengingat2 rukun nikah, rukun iman, rukun Islam. Bila tiba giliran, i pon masuklah (sambil buat muka sekudus yang boleh). Sekali dapatlah 2 soalan - rukun nikah & niat mandi hadas (okeh, i takmo cerita panjang2). Lepas tu, setel. Bayar 5 hengget di kaunter & boleh ambil kebenaran nikah Isnin depan. Yabedabeduu!! Lepas satu bala.
Yang berjaya disetelkan jugak adalah kad kahwen. Ayah suruh i deal & tempah terus. Tapi nak pilih tu punyalah susah. Kad yang dihajatkan di hati takdak la pulak.. Terpaksa la settle dengan apa yang ada saja. Nak harapkan budak Hisyam nak tolong pilih, hmmmmph. Harammm.. Dia dok keluar masuk keluar masuk, pi beli aiskrim dan sebagainya. Tadi bila check photo gallery dalam handset, terjumpa pulak gambar ni:
Hah, inilah buktinyaaaa.... Orang dok kelam-kabut setelkan hal kad kawen, dia dok posing sana-sini snap gambar kontrol hensem. Oh adikkuuuuuuuuuuuuuu..............................
2 comments:
selamar menyiapkan diri ke alam perkahwinan...semoga semuanya berjalan ngn lancar...amin..
Tq Sheila! : ) Eish, bila lah aku nak jumpa ko nih. Dah lama sampai M'sia pon tak terjumpa2 ko lagi.
Post a Comment