Oh, makin lama makin kurang
post berbahasa Inggeris. Ah, nasib la nox, mak makan belacan
hidung penyet. ;p
Harini nak cerita pasal
designer handbags. Al-kisahnya, sejak balik Malaysia dan jejak MidValley, saya telah mengalami kejutan budaya. Mana tak nya, toleh kiri, kanan, depan, belakang, 75% manusia mengelek
designer handbags. Yang paling banyak populasinya tentulah anak beranak Vuitton & Gucci. Wahhhhh, kaya dan mampu benar warga Kuala Lumpur ni ye. Di Penang tak begitu. (Apake logik membuat perbandingan antara Penang & KL??). Paling popular yang terlihat? Neverfull MM
in monogram (nasiblah bukan
damier pattern). Ohhh.. Sampaikan kalau saya juga mempunyai satu Neverfull tersebut, rasa nak simpan dalam almari saja.
True, it is an icon/classic of the house, tapi kalau dah bersepah sangat, baik mak bawak Sisley je.
Bila bagitau Ejad pasal ni, dia tanya, "tapi original ke?". Eh, itu tak tau la nak jawab. Kebanyakannya nampak original, tapi ada la jugak yang nampak.. Urghhhh, sungguh tak dapat diterangkan.
UGLY. Terutamanya sling bags yang ada gold plates besar2 tertulis "Louis Vuitton" tu. Macamanalah tergamak nak kelek sana sini?
Semalam kami ke Down Town, Cheras. Betul ke gitu namanya? Ke Donton? Hehe.. Sungguh la peghak saya ni. Tempatnya macam pasar malam besar. Macam2 ada. Levi's, Crocs, LV, Gucci,
etc. Rasa sungguh panas hati lalu di depan kedai2 jual Crocs. Oii, tolonglah manusia2 oi,
have some integrity. Kalau pun boleh
produce kasut sebijik macamtu, buatlah
design lain sikit &
please don't bother nak bubuh nama crocs di kasut tu. Dan yang membeli tu pun.. Samalah jugak. Panas hati saya yang mempunyai sepasang Crocs original dengan jibbitz orginal jugak. (Eh, ye ke?
Now I'm starting to doubt the facts. Mungkinkah Ejad beli di Donton dan hadiahkan saya Crocs & jibbitz tipu2?? ;p) Begitu jugak dengan sebijik LV Keepall 45 ke 50 yang rupanya dalam kelam malam (ditambah mata rabun), nampak sungguhlah original. Hahahaha.. Ohh.. Hebat!
Oh, berbalik pada tajuk
post yang nampak sungguh merapu langsung ke laut, tak kena mengena dengan isi kandungan karangan. Sebenarnya tadi nak bagitau, bahawa di Netherlands, nak nampak satu manusia membawa
designer bag pun, punyalah susah. Kecuali di PC Hooftsraat saja (satu jalan yang dilimpahi
designer boutiques, letaknya di Amsterdam). Tapi di Malaysia ni, berbeza benar. Maka berbanggalah rakyat Malaysia. Haha. ;D