Friday, February 12, 2010

Mulut Jahat

Saya lah tu. Yang mulut jahat & selalu pot pet pot pet ngumpat orang, especially bila orang2 tersebut buat perangai yang menjengkelkan di mata saya.

Tapiii.......... Yang selalu buat saya sebak dan terpana bila orang2 yang saya umpatkan tu, berbuat baik dengan saya. Contohya, kasi hadiah, etc. Semalam, kakak dalam pejabat (my junior) kasi farewell gift yang sungguh comel siap dengan kad ucapan. Kenapalah kau buat beginiii........... Aku ni selalu lah mengumpat peel engkau yang pelik2 tu.. Sekarang aku rasa berdosa, bersalah dan kejam.......... Aduhai........

Rasa nak mengalir air mata bila tengok hadiah & kad tu.

Perkara yang sama berulang lagi pada malam hari. Sepotong ayat yang boleh buat makanan tersekat di kerongkong. "Akak terharu, you all memang ikhlas.." Padahal di belakang akak, you all ni tak ikhlas pun.. You all terasa akak............. :(

Rasanya itulah cara Tuhan mengajar kita. Mulut jaga, hati biar bersih. Buat apa sekalipun, mesti ikhlaskan. Walaupun kita susah, rimas dan terganggu semasa menghulurkan bantuan. Sebabnya, kalau kita tak ikhlas, habuk pun tak dapat. Sekurang2nya kalau hati ikhlas, dapatlah saham akhirat.

Sekian tazkirah hari ini. Renung2kan dan selamat beramal! ; )

2 comments:

intan suriati said...

laaa aku pun baru nak muhasabah diri dgn ayat2 ko,tup tup ko akhiri dgn tagline 'renung2kan,selamat beramal'...terus tergelak.tak jadi nak bermuhasabah hahahha

Ayu said...

Nape ko gelak2 Intan.. Aku serius nih.. Hehe..