Hujung minggu kali ini bermula awal, Jumaat lagi dah cuti, pagi2 lagi dah siap sedia ke Amsterdam, sebab nak memenuhi hajat sedara & kawan2. Ada yang pesan barang, ada pulak yang sudah lama kasi hint nak souvenir. Takut lepas ni dah sibuk semula, jadi sementara ada pause kejap, baiklah diusahakan cepat2. Harap2nya sedara mara & kawan2 hargailah apa yang akan dapat tu ye, sebab perjalanan bukanlah dekat, dan tentunya, semuanya costly (saya bukan bercakap tentang harga barang sahaja, tetapi harga perjalanan juga). Dannnn... Pada sesiapa yang ditakdirkan tak dapat walau sebijik pun souvenir nanti, diharap janganlah berkecil hati. Saya telah cuba sedaya upaya membeli lebih dari senarai kawan2 dan adik beradik, just to be on the safe side. Tapi faham2 sajalah manusia2 tebal muka ni banyak di atas muka bumi ni, jadi kalau bahagian anda telah disambar oleh manusia2 tersebut, saya minta maaf.
Oleh itu, pesanan penaja: Bila kita bersua di Malaysia nanti, tak perlulah sesiapa meminta souvenir daripada saya. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, bukan rezeki namanya.. Selamatkanlah diri anda dan diri saya dari rasa serba salah. Okeh?
Maafkan saya, sejak akhir2 ni bila bercakap pasal souvenir ni memang mudah buat saya rasa marah. Kita dah nak pulang ni, tak bolehkah disambut dengan kegembiraan dan kesyukuran tanpa ada mengharapkan sesuatu? Saya ada ramai kawan, adik beradik, makcik pakcik, sepupu sepapat tak termasuk lagi (saya percaya anda pun begitu juga). Jadi, silalah letakkan diri anda di tempat saya dan fikir2lah.
Renung2kan dan selamat beramal! ; )
8 comments:
ohh ayu...ai faham....jgn risau pasal ole2 itu..yg penting hang selamat pulang ke tanah air tercinta..n selamat berkenduri tak lama lg..amin...
hehehe..memang selalu mcm tu..anyway, selamat kembali ke tanah air..
Anim pun pernah rasa cam ayu rasa. Tgh bergelut nak siapkan thesis..boleh pulak org2 kat malaysia order mcm2. Ambil pesanan ja la. Kalau rasa ada jual kat centrum pi la tgk2 jugak. Tp kalau rasa brg2 yang tak tercapai nak pergi cari..sori la. Sebab mengenangkan family terdekat, gagahkan la jugak pi volendam..beli souvenir. Anim beli utk family terdekat. Jauh2 tu..minta maaf la. Saya dtg belajar pun orang yang sponsor. Pastu kalau beli byk2..nak sumbat kargo lagi. Brg kita pun dah byk. Kami tak beli byk2 pun..simpan duit. Tambah ayu nak kawen..so maybe org akan paham..jgn risau ayu. Kalau depa nak ngumpat pun sat ja..bukannya kita tau pun..
Shila & Faza, untuk korang mmg dah ada.. Korang kan sahabat2 terdekat aku, aku mmg ingat sangat2 korang la yang selalu kasi semangat sepanjang aku ada kat sini. Terima kasih banyak2.. ; )
Anim, betul lah tu Nim. Kadang2 jadi geram sangat tau. Tambah2 tgh period ni lagi la cepat nak geram sana sini. Hehe.. Tu la, Ayu dah beli utk family & sahabat2 terdekat pun, beg dah hampir penuh. Camne nih? Hehe.. Belum lagi sumbat harta benda sendiri yang masih belum dikemas dlm blk tu.. Apa2 pun, insyaAllah semuanya ok.. Tq Anim! ; )
mengamalkan konsep souvenir hanya untuk mak bapak dan adik beradik, one each dari dulu lagi.
dah kalau tengah pause tu, bila lagi nak datang maastricht? hujung minggu ni mai, pi plan dengan che dah dan mok
az wan
Bagus gitu Wan, sonang diri sendiri takyah susah2. Kita selalu ingat kat orang, tapi ada ke orang nak hargai sangat susah payah kita pi membeli tu? Redah snow, sejuk beku segala? Habis2 dikatanya "eleh.. bagi ni aje??". Hahahah.. Padan mukaaa... Hah, jap2 i g discuss dengan Che Dah & Mok, pape ktorang call. Tunggu.... ; )
ayu,mcm ne kalau org yang tak baca blog hang ni tanya hehehehehe just wondering.....kalau aku hanya hajat fridge magnet from there hehehehe tu pn kalau sempat grab kalau tak takpe...tengah mengumpul benda tuh kat peti ais aku...sape2 g mana2 aku pasti kirim tu je hahahahaha gelak kuat sgt nanti baby terikut2 lak
alamak.. ini macam ejad pun minta sorry kalu ada. terlepas cakap nk souvenir.. sowi ha.. no mintak2... tehehehe...
Post a Comment