On the way dari rumah ke bus station
Setelah membeli groceries. Bagai nak putus tangan mengangkutnya. ;p
Kenapa ko asyik pakai jaket yang sama je hah? Hahahahhahah.. Ini namanya kedekut. Since jaket2 yang lain telah menjadi besar (read: saya menjadi sedikit kecil) dan saya TIDAK MAHU membeli winter jacket yang lain disebabkan masa untuk pulang ke Malaysia sudah semakin hampir, maka saya pakai je jaket yang sama. Pedulik hape.Setelah membeli groceries. Bagai nak putus tangan mengangkutnya. ;p
Jangan nak komen "e'eh, nampak gemuk laa pulak ko skarang". Kang ada yang makan penampar. Silalah faham bahawa apabila suhu sudah turun ke angka2 negatif, maka manusia2 akan memakai baju yang tebal2 dan berlapis2 di bawah pakaian luar mereka. Harap maklum.
Akan tetapi, itu bukanlah bermaksud saya ini sudah kurus. Masih GEMUK mak aiii... Sedihh.... Berangan je nak turunkan lagi berat, tapi... Kalau dah sejuk2 ni asyik makan tido makan tido, lepas tu stress sana sini, nampaknya punahlah harapan nak kurus.
Sudah. Cerita hal keGEMUKan pulak.
2 comments:
hehehe..ayu kena renew semua baju la skrg ek? bestnyer..dulu faza selepas kurus *cket:P* pon excited mcm nih..tapi skrg nmpaknya faza kna punggah balik mana baju ms zaman gumuks itu..malas lagik pi jogging..padan muka sendiri..hwaaa!!!:(<*moral of the story--> sila hapuskan segera baju2 zaman gumuk agar kita lebih berhati2 sb takut kna kuar bajet beli saiz lain lagi..huhu..
anyway, ayu memang dah cun ar la ni..see u in the faculty..ceh,poyonye i..hehe
Faza, tidak la semua baju.. Sikit2 je, baju yang mmg dah sedia besar pon sebelum ni.. Hehe.. Kuatkan smgat joging tu, insyaAllah jumpa lah kita di fac Mac nanti eh. ;D Xsabar nak blk nih!
Post a Comment