Wednesday, January 6, 2010

Less than 2 months to go!!!

Yahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! Berusahalahhh!!! Hahaha..

Dalam hati, tak sabarnyaa nak balik, tapi pada masa yang sama memang tertekan nak siapkan segalanya. Masalahnya, semangat nak buat kerja belum full speed lagi, sebab sebelum ni dah banyak cuti. Dari Xmas sambung ke new year, ditambah pula dengan cuaca yang makin sejuk, makin gloomy, makin gelap. Lagi malap semangat nak menjadi insan produktif.

Tapiiiiiiiii........ Tarikh untuk final presentation (maksudnya graduation la tuh) sudah diberi. 23 Februari 2010. Fuhhh! Cuaknya dalam hati. Boleh ke tidak? Ahhhhhhh, harus BOLEHkan jugak!! Nak balikkkkkk.......... Yeyeay, nak balik!! ;D

Sekarang, misi terkini adalah menelefon Pn. Rozi di Pejabat Pendaftar UPM untuk book flight ticket. Tentative date untuk berangkat pulang adalah 28 Februari 2010. Jadinya, ahli keluarga yang nak menyambut dengan bunga dan kompang di KLIA, pastikan mengambil cuti pada 1 Mac 2010, sebab hari tu hari Isnin.. Hehehe.. ;p Misi yang kedua adalah menelefon Cik Wana KPT untuk mengingatkan tentang elaun akhir pengajian. Harusss... Kang dia lupa, sampai balik Malaysia la baru dapat. Musti pantas bab2 duit ni okess..

Ada perkara yang menggeramkan berlaku harini. Dah taip panjang lebar sekali terpadam pulak. Maknanya takdir Tuhan mengatakan cerita2 maki hamun tidak sesuai untuk dikongsi bersama khalayak umum. Hahaha.. Ok, sudah.

Cerita lain? Well.. Semalam ada sesuatu yang best! Kad anniversary ke-4 dari Ejad telah sampai! Kesian dia.. Selalu tanyakan dah sampai ke belum? Maklumlah dah lama dipos, tapi terlambat sampai disebabkan musim2 perayaan ni. Posmen pon holiday okay.. Hehe..

Kad pink yang sweet (as always) & hadiah kali ini. Sangat berguna okeh, bateri handphone!! ; ) Sebelum ni asyik mengadu bateri handphone sudah gila, sebab kena charge setiap 12 jam. Sekali ada orang hadiahkan. Terima kasih! tak dapat handphone baru, bateri baru pon jadilah ;p

Apa lagi yang best ye? Oh, esok mungkin ada sesuatu yang dinanti akan tiba. I'm excited!! ;D Ini adalah reward kepada diri sendiri. Reward kerana bekerja keras selama tempoh pengajian? Oh tidakkk.... Tak sesuai, tak sesuai.. Hahahahaha.. Untuk apa ye.. Ntah la. Suka hati la. Reward kepada diri sendiri, perlukah ada sebab musababnya?

Ok lah, saja teringat nak update berita terkini. Nak sambung menelah behaviour recording tikus2 ku yang sudah arwah semuanya tu.. Maaf ye nak.. For the sake of animal, science & society..

Chow! ; )

8 comments:

hasnahnoh said...

teruskan kerja2 tu, jangan sekali2 berani nak tangguh2!!!! jangan dok asyik terbabas melayan fb ka apa ka, tau la ingat nak take 5, sekali sampai 1 - 2 jam daaa.......pepun selamat membereskan semuanya kerana semuanya di sini sedang membilang hari saja, dok tunggu ayu nak balik, yey yey....... ayu nak balik dah!!!!

Ami said...

gambatteee,good luck ayu!!bab2 elaun nie mmg harus pantas,i hari tue selang hari dok call office sponsor hehehe.

shila ariff said...

aku tersenyum lrbar bila baca ayat ...tikus2 ku yg sudah arwah semuanya...poyo punya ayat!!!...

p/s: aku doakan ko berjaya!!!! n cepat2 balik malaysia...

Anonymous said...

yeayy..akhirnya masters nak abeh dah..seksa kan nak abeh tu blm phd lagi tu hehehe..

kalo nak kompang dtg klia jemput, baik suruh ejad tu pakai baju pengantin sesiap hehehe

intan suriati said...

yeay yeay ayu nak balik....heheheh mesti ko excited gler kan...counting days,less than 2 months kot...all the best to u,pulun btul2,balik mesia jgn nak buat2 mengidam nak pi netherlands plak heheh aku doa kan ko...chayokkk!!!!!

Ayu said...

Mak, baiklah. Ayu akan cuba sedaya upaya untuk tak terbabas. Hihihi.. Tak sabar nak blk niiii... Sudah2 la duduk negara ni, asyik naik bas, naik keretapi & jalan kaki ja.. Bohsan! ;p

Ami, tq!! Ni masih x brjaya nak get hold of org yg brtggungjwb tu. Esok cuba lagi! ; )

Shila, biasalah, kdg2 keluar la kepoyoan tu.. Hehehe.. Thanx di atas doanya! ; )

Mieza, btul tu, seksaaa... Phd?? Jangan sebutt... Nak buat2 lupa jap bala yang nak menimpa tu.. Hehe..

Intan, betul3x, aku tgh excited ni nyahhh!! Tima kasih tlg doakan, insyaAllah aku xde ngidam2 nak dtg Holland ni lagi. Kalau ngidam pon, nk dtg dgn yg trsayang. Dtg jln2. Hihihihi...

Mijadd said...

ape reward nye??? ejad nk tau.. hahaahahaahaha...

Ayu said...

Kepo je die.. Hehe.. Alaa.. Smalam kan dah citee. Haaa.. B lupe la tu.. ; )