Saturday, January 2, 2010

Erk, selamat tahun baru!!

Ko tertinggal kapal terbang rupanya Ayu... ;p Heheheheh...

Maaf la, semenjak dua menjak ni fikiran serabuttttttttttttt......

Mana tak serabut, kerja banyak, tapi tak jalan2. Apa yang jalan? Tak payah la cerita.

Sudahnya bila kerja tak jalan, tido malam tak lena sebab dok terpikir2 dateline yang makin dekat. Bukankah parah tu? Tapi jangan bimbang, walaupun tido tak lena, makan tetap kenyang & mandi pun masih basah.

Wahahah.. Apa yang kau merapik ni labuu........

Ok lah, semalam kan malam tahun baru? Dari tingkap bilik yang luas 2-3 depa ni, saya telah menikmati pemandangan percikan bunga api tak henti2 sepanjang horizon. Saya telah cuma snap gambar, tapi rupanya sangatlah tidak memuaskan (sila hadiahkan saya kamera baru).

Akhirnya, saya rekod video (yang juga tidak memuaskan). Tapi nak kasi bukti punya pasal, tengok lah ni.



Azam tahun baru? Jangan tanya. Walaupun i ni rajin buat list itu ini, tetapi list azam tahun baru tak pernah ada. Menatang2 macam tu 24/7 dalam hati & fikiran. Hee.. Rahsiaaaa....... ;p

Btw, esok nak ber-steamboat ala Johnny's dengan sahabat handai. Jangan marah. Hehe..

Oh ye, untuk my lovely Ejad, selamat ke Penang! Semoga tercapai hasrat nak makan mi udang & char koey teow!

Untuk mak, selamat siapkan tugasan yang bertimbun tu! Ayu doakan mak dapat selesaikan segalanya dengan sempurna. Amiin.. Eh, mak tolong doakan Ayu jugak k.. ; )

No comments: