Monday, January 11, 2010

Distracted

Sebenarnya diri ini berazam untuk menumpukan perhatian 100% pada data & statistical analysis, juga write-up, sebelum pulang pada hujung Feb nanti. Final version of thesis kena submit pada ketua jabatan pada akhir Januari, dia dah pesannn.... Okay, okay.. Faham. Mesti fokus & berkerja dengan tekun.

Tapi............. Macam2 la dugaan yang datang. Mula2, Kak Yani dok sibuk hantar website beli kotak. Kotak? Ye... Kotak untuk pos barang pulang. Kak Yani, kawe ni tak de beli barang banyak. Kawe ingat nak kebas kotak2 komputer di office tu je. Hehehe.. Ok la bab tu, boleh tepis2 lagi. Buat tak tahu. I sambung kerja.

Sekaliii.......... Kak Syahirah pulak jemput tumpang kontena dia. Husband dia pun akan habis phD hujung Februari, depa dah sewa kontena untuk bawak barang2 pulang ke Malaysia. Almaklum lah, orang berkeluarga. Memang banyak la barang nak diangkut pulang. Kata Kak Sya, "cepat la pack barang2, datang hantar kotak kat rumah akak sebelum 22 Januari". Sudah. Makanya semalam, sibuk la i memilih barang2 yang nak dibawa pulang. Tiba2 semangat nak balik tu mula lah menebal, melayan2 perasaan, konon macam nak balik lusa. Tergendala kerja2 segala. Adoi la kak, ni sume akak punya pasal. ;p

Nak tengok apa progress mengemas?

For the time being, cuma ada 2 kotak. Esok lusa, nak angkut lagi 2 kotak dari office. Hehe..

Ni lah harta2 kesayangan yang mula2 sekali dimuatkan dalam kotak. Sayang woooo.... Kenangan ni, one cook book from every country I've visited.

2 ni pun sayang jugak. The Undutchables tu lah buku pertama dibeli di Holland ni. Menyampaikan kisah perilaku orang2 Belanda yang pelik2 di mata orang luar. Very cynical. Hehe.. Time Out London tu pulak, ayah yang bagi. Ayah beli sebelum kami ke London, musim panas tahun lepas.

Selain daripada buku2 tadi, benda2 lain yang sudah di-pack dalam kotak adalah:
  • Buku2 pelajaran (heh, malas, tapi takut nyesal kalau tak bawa balik)
  • Summer sandals/heels
  • Baju2 raya
  • Summer tops
  • Grilling pan & spring-form pan
  • Baking gadgets
  • Barang2 hantaran untuk Ejad
  • Souvenirs dari Holland
Yang belum di-pack tapi akan disumbat dalam kotak jugak:

Ni pun kesayangan jugak. Masih buntu cemana cara nak hantar menatang2 ni balik. Kalau tinggalkan kotaknya, senang kerja. Tapi sayang la nak tinggal.. Kena pack baik2 dan berdoa agar kapal yang bawak kontena tu tak diserang lanun.

Dannn....... Menatang 2 ekor ni. Ikut hati, nak tinggalkan saja. IKEA Malaysia pun ada.. Tapi si Aiman dah pesan siap2, suruh bawak balik. Haritu dia tanya, "nanti kakak nak balik bawak balik katil dak?", jawab i "tak bawak balik la". Dia jawab lagi, "ok, kalau katil dengan bantai tak bawak balik takpa, tapi boya dengan badak, Aiman mau, kena bawak balik". Hmmph. Budak ni laaa....

Ada lagi files setiap modul yang rasanya nak juga dibawa pulang. Buatnya 1 hari nanti i yang kena ngajar modul2 tu, xde la menggagau cari bahan. Hehe..

Selain daripada tu, i memang bertekad nak buang saja (kalau tiada manusia yang sudi menerima sedekah) yang lain2nya:
  • baju2 tebal
  • majalah & novel2
  • quilts
  • quilt cover sets
  • jackets
  • pillows & cushions
  • underwear
Kiranya balik nanti nak berlenggang je dgn 1 hand bag, 1 luggage & 1 laptop bag. Cantik tak plan tu? Ehehehhehe...

Owh. Tambah lagi distracted bila insan2 di Malaysia sudah mula bertanyakan tentang persiapan nikah kahwin. Memang patut pun, sebab masa dah tinggal kurang 6 bulan. Lagi la rasa macam sangat dah.......... Nak kawen. Arghhhh!!!!

p/s: Dah e-mel ke pejabat pendaftar UPM, suruh book tiket balik pada 27 Februari 2010 (Sabtu) jam 12 tengah hari. Nanti jam 7 pagi 28 Februari (Ahad), insyaAllah sampai KLIA. ;D

5 comments:

Farina said...

Wah, awal sehari pulak balik. Mesti sebab tak nak susahkan orang yang nak mai amik kena amik cuti hari Isnin kan? Oh, aku punye jiwa rasa berkobar-kobar tgk hang pack barang, verangans sekejap bayangkan time aku balik nanti.over mak kan? hahahaha.

animed said...

Anim slalu jenguk blog ayu..kot la ada resepi baru hehehe. Wah lagi sebulan setengah dah nak balik..best ni.Jumpa kat UPM la kita nanti. Selamat habiskan writing. Mmg pun..time writing ni mmg byk dugaan. Tambah dah nak balik.lagi 6 bulan ya kenduri ayu. Kena save the date nih. Hehehehe..ayu tak jemput pun lg..tp kami dah semangat nak pi nih

Ayu said...

Farina, betul tu.. Che Dah la yang suggest balik je hari Sabtu tu. Aku ala2 takut nak blk awal sbb takut tetibe ada menda nak disetelkan. Tapi kalau dah Sabtu, setel apanya lagi. Balik la. Hehe.. Ko nk blk nanti sah la angkut kontena. Banyak rete mende ko kumpul kat sane tu. Jeles okeh. ;D

Anim, mood nak beresepi2 takde la skang nih. Masak asal cepat je, sbb semua menda dah tak menyempat2, mood pon malasss je manjang. Dok pikir nak balik. Hahaha.. Tima kasih wishkan, insyaAllah jumpa di UPM. Kenduri tu mesti jemput punyaa.. (psssttt... sila save tarikh 6/6/10 dlm agenda)Kalau Ayu lupa ke, Anim ingatkan ok.. ; )

Anonymous said...

haa bocor dah rahsia..hehe ayu kawin bulan 6 ni ek..tarikh best tu..

pas balik msia sebok berurusan hal kawin plak ek..hehe jadi bridezilla plak pas ni..menarik, menarik :)

Ayu said...

Yup, Pn. Mieza pun dijemput skali. Time tu agak2 baby dah keluar ke blum haa.. Hehe.. Tunggu lah pulak entry2 bridezilla, bermula dari bulan Mac onwards. Haruuu... ;p