Monday, July 30, 2012

Menu Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua! :) Maaf dah 1/3 Ramadhan berlalu baru berkesempatan nak ucapkan di sini.

Ramadhan kami suami isteri di London alhamdulillah baik-baik sahaja. Walaupun puasa 19 jam (waktu makan cuma 5 jam sehari), lapar dan dahaga tidaklah terlalu menyeksa. Masih mampu, alhamdulillah.

Sejak akhir-akhir ni banyak dikongsikan fatwa ulama' berkenaan kelonggaran berpuasa bagi penduduk-penduduk negara yang terpaksa berpuasa panjang - katanya boleh memilih panjang masa berpuasa seperti penduduk Mekah/Madinah. Syaratnya, mula berpuasa ketika terbit fajar dan berbukalah katakan 12 jam selepas itu, walaupun matahari belum lagi tenggelam.

Bagi kami suami isteri, selagi mampu nak berpuasa sampai matahari tenggelam dan tak memudharatkan diri, maka puasalah. Mudah-mudahan ibadah diterima Allah SWT.

Bulan puasa ni yang seronok dan terfikir-fikir tentangnya adalah makanan! :P Menu esok hari, malam ni dah terbayang dah. Hehe.. Buruk perangai. Setakat hari ini semua juadah berbuka puasa dimasak sendiri. Maklum sajalah tiada pasar Ramadhan nak dituju.

Sahur pertama. Malam ni je pun yang semangat nak bersahur bagai, malam-malam seterusnya kenyang berbuka tu terbawak-bawak ke sahur
1 Ramadhan - nasi minyak, ayam bakar, sambal udang+kentang & bunga kubis goreng kunyit
2 Ramadhan - waffle with all the trimmings
3 Ramadhan - ada orang mengidam nasi goreng kampung la pulak
3 Ramadhan - baked (cracked) Oreo cheesecake
4 Ramadhan - nasi putih, lamb tikka masala, sayur campur & papadom
5 Ramadhan - bihun sup gaya soto
8 Ramadhan - Agar-agar gula merah. Gambar degil. Rotate punya rotate dia nak teleng jugak. Kuase i.
9 Ramadhan - Mi Siam. Maka gumbiralah hati si suami sebab ni pun permintaan dia (lagi)

Hari-hari yang tidak didokumentasikan gambar berbuka tu, semuanya menu nasi & lauk-pauk yang malas nak digayakan dalam pinggan sebab dah masuk waktu berbuka pun i masih berkuntau di dapur.

Ok lah nanti lagi 10 hari kita kongsi menu lagi eh? :P :P

12 comments:

DeLancrettLurpak said...

kalau 8jam je puasa, pukul 12pm dah buleh bukak posa, zohor pun tak masuk lagi, weeehooo!!

fatwa ulama mana nox? aku nak baca...

Ayu said...

DLL - perkataannya "katakan". Mungkin 8jam tu contoh yg tak munasabah :P Nah salah satu link untuk rujukan; http://mission-alnoor.org/Admin/asp/Mailed_details.asp?M_ID=821&fb_source=message

kucingorengemok said...

ini sah lagi meriah dari kita yang puasa kat malaysia, yang oi!

Runiza said...

sedapnyeeeeeeeeee!!!!!!! :P

Unknown said...

Oh ayu.. tidaaakkk! seriyes mengganggu iman tatkala pepagi ni huhuhuhuhu...

~│CatWoman│~ said...

ayu, awak bila balik mesia? tolong masakkan tuk mak buyung ni nasi beriani sama waffle tu... hehehe. ini seriyes. hahaha.

Farina said...

Aku punye perangai lagi buruk kot. Sebulan punye menu dah siap tulis dalam calendar chart. Bab nak pikir nak masak ape dah amik masa sejam, so malas nak buang masa ;p

Mulan said...

wohhoooo.... terbeliak i tengok semua food sini...

yes, i pon pernah dengar fatwa utk puasa masa summer tu..

makcikkantin said...

Waffles, cheesecake, agar agar......wow, rasa macam nak pi cari waffles maker la ni jugak.

Ayu said...

KOG, Kak Niza, Nazihah, Kak Zu, Farina, Mulan, Makcik - kekdahnya ginilah bila takde tempat nak dituju. Mau tak mau buatlah sendiri. Tak buat tak makan. Farina, tersusunnya hidup ko ye. Aku tak boleh buat mcmtu sebab nafsu aku ni lain hari lain maunya. Hehehe

lydia said...

NAsi Goreng Kampung tu mengancam lah Ayu!!!
Tapi kenapa mi siam tu basah ek? memang purposely masak masah2 ek?

Ayu said...

Lydia - nasi goreng kampung tu my husband's favourite memang kena buat mengancam2 le :P

Mi Siam mengikut definisi orang Singapore adalah bihun goreng dengan kuah bertaucu. Memang sepatutnya rupa dia macamtu lah. Ada jugak orang dari tempat lain yang panggil bihun goreng biasa tu mi Siam.

Ayu 1st time makan mi siam ni lepas kawen, nenek & mak sedara belah husband yang masak.

Kalau nak agak2 mcmana resipi mi siam boleh tengok sini http://www.myresipi.com/top/detail/3280