Tuesday, January 15, 2013

Since 2002

Bila kawan-kawan sejak zaman berhingus sama-sama di UPM (Doctor of Veterinary Medicine 2002-2007) berjumpa di London, meriah kau! Perjumpaan orang Malaysia wajiblah bertemankan makanan dan aktiviti makan-makan. Sebenarnya kami berjumpa dua kali, gambar-gambar ni masa perjumpaan kedua di Tukdin Flavours of Malaysia (9/1/2013). Kali pertama penyertaan lebih meriah, di Satay House, Paddington (7/1/2013). Sayangnya masa perjumpaan pertama tu kita tak bawak kamera lah pulak, pencahayaan di Satay House pulak macam dalam gua. Sedih..

Che Dah & Faris Rayyan. Che Dah ni sama-sama buat masters dengan Ayu di Utrecht dulu. Masa degree pun kami roommates. She's one of my close friends. Kalau sesiapa yang dah lama baca blog ni, kenal lah Che Dah. Anaknya dah umur setahun lebih dan sangat cerdik
Sekarang Che Dah sambung program phd di University of Edinburgh, dia mula awal beberapa bulan dari Ayu. Tak ada rezeki nak ber-phd di university yang sama kali ni. Kalau tak, mesti lagi meriah :)
Fazlan (suami Che Dah) & Hj Ihsan. Hj Ihsan ni course mate DVM jugak. Dia baru mulakan program phd di Imperial College pada November tahun lepas. Bertambah koleksi kawan-kawan rapatku di kota London. Hik hik sukaaa
Starters malam tu - satay goreng & keropok udang. Makan sambil borak-borak, tunggu my husband datang join. Dia habis kerja jam 8.45 malam dan boleh jalan kaki (7 minit) je ke Tukdin
Kami semua sepakat nak makan nasi dengan lauk-pauk. Order punya order dah penuh semeja. Ikan siakap rasa khas, ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, sambal udang tomato, telur dadar & pasembur. Tu diaa masing-masing punya selera. My husband sampai just in time sebelum starters dibawak lari waitress. Hehe..
Sayangnya malam tu nasi putih untuk 5 orang dibagi dalam mangkuk kecik ni, portion memang tak cukup. Kena mintak tambah & waitress tanya "nak nasik tambah untuk berapa orang lagi?" I was quite surprised sebab selalunya kalau kami laki bini order nasik putih, nasik yang diletak dalam pinggan kami memang cukup. Tak sangka pulak bila dibagi dalam mangkuk ni portionnya kedekut. Walau apa pun, makanan di Tukdin sangat sedap. Satay House punya makanan tak sedap. Satay yang sepatutnya jadi specialty Satay House pun tak boleh lawan satay goreng Tukdin.
Gambar selepas makan. Meja pun dah dikemas bersih. Muka masing-masing macam orang sembelit sebab banyak sangat meratah lauk-pauk. Hehe
Nak balik dah. Masing-masing menuju ke stesen bas Lancaster Gate. Jalan laju sebab sejuk. 
Tak balik tangan kosong. Che Dah & suami hadiahkan macam-macam untuk baby. Kata dorang, takut tak dapat datang jenguk lepas bersalin nanti. Alahai terima kasih banyak-banyak, terharuu... :)

10 comments:

DeLancrettLurpak said...

setuju sgt ok! makanan dkt satay house tu alahaiiiii!!!

Tapi aku rasa mcm makanan dkt Tuk Din tu overprice la pulaks..

Unknown said...

Waaa jelesnya aku huhu.. nak jugak makan reramai. nak joinnn hehe.. seronoknye tgk korang semua kat sana.. huhu

ayen =D said...

bestnye, reunion dgn che dah!

Runiza said...

Baju m&m tu boleh makan tak? hehe..
Ish ish... habaq la boy ke girl... :P

lindaoff said...

Berseri2 mumi!^_-

Ayu said...

Aku pulak rasa harga makanan Tukdin ok lg, sbb in the end xde dorang top up 10-15% service macam Rasa Sayang & Satay House. Kiranya apa yg tertulis itu lah dia. Dan makanan dia semuanya sedap, tak rasa ralat membayar.

Ayu said...

Meh la join Nazihah, ko dtg summer nanti k :)

Ayu said...

Best la Ain, borak2 sambil melantak. Old time favourite activity! :D

Ayu said...

Kak Niza, kalau nk makan silakan. Kalau sangkut di tekak sendiri tanggung. Hehe.. Kata sonographer "looks like you're having a girl" & "looks like a girl to me". Jadi moh le tunggu betul ke tidak..

Ayu said...

Tqvm Apel! :) biasa je sebenarnya, kalau tgk depan2 takde berseri manapun..