Persiapan raya kami setakat ini;
|
Siapkan poskad raya untuk keluarga dan kawan-kawan terdekat. Dah selamat dipos minggu lepas. Semuanya bergantung pada Pos Malaysia. Harapnya sampailah sebelum raya |
|
Ini bukanlah sebahagian persiapan, tapi menimbulkan mood nak raya bila terima harta karun sekotak besar dari kakak ipar tersayang. Boleh bukak gerai jual kerepek ni :P |
|
Suami punya persiapan - gunting rambut kasi kemas & segak di pagi raya. Hehe |
|
Buat almond choc chip cookies lagi satu adunan untuk dibawa beraya di Edinburgh |
Baju raya tiada (ok part ni macam sedih sikit), duit raya pun tak tukar, sampul duit raya lagiilah takdak. Hehehe..
Esok jam 11 pagi kami akan ke Edinburgh beraya dengan kawan-kawan di sana. Excited nak ke Scotland & nak berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Feeling-feeling balik kampung pun ada :P
Di kesempatan ini, saya nak susun jari sepuluh minta ampun, minta maaf andai ada yang menyinggung perasaan dan sebagainya. Selamat berhari raya & semoga gembira dan selamat sentiasa :)
10 comments:
Have a fantabulous raya Ayu!!! Have fun in Scotland! ;)
Ayu, kem salam Chedah yang dirindui dan juga zaza!! Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin. Halalkan makan minum selama ini nyah.. =)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Ayu. What a great way to celebrate raya - visiting friends itulah yg sebaik2nya mengeratkan silaturrahim.
Xde duit raya pun xpe, xde baju raya pun xpe... it's all depends on how we celebrate them.
Have fun & enjoy.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Ayu!
Oooopppsss....lambat inform laaa pulak..kad raya dari london dah sampai 4 hari lalu....tk...
Maktok pun dah terima kad raya ayu....
Salam aidilfitri ayu, stok kerepek tu kalu setakat 3 4 org makan mau tahun depan baru habis..
Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal & Maaf Zahir Batin..
seronok jgk kalau gather ramai2 masa raya kan.. walopon jauh di perantaun..
selamat hari raya ye... dah nak habis dah punn tapi semangat raya still ada tu yang best.
Kak Niza, Nazihah, Kak Lia, Hajar, Mak, Makcik, Mulan, & Kak Yan - terima kasih.. Maaf Syawal dah habis baru berkesempatan balas komen. Terima kasih tak terhingga :) Sayang semua!
Post a Comment