Hujung minggu baru ni, sempat ke Birmingham sekejap. Nak melawat sepupu DH di sana. Dah 5 bulan di bumi London ni, tak pernah pun melawat dorang. Sedangkan masa kami berdua jejak kaki di Heathrow, Kak Nadia (sepupu DH) & Abang Sopi susah payah datang jemput kami, bawak ke Edgware Road - bilik sewa yang diorang carikan. Bukan setakat tu, bila tau kami dah dapat rumah, datang lagi dorang satu family, nak pastikan barang-barang rumah dapat dibeli, tunjuk kedai, etc. Memang terharu, sebabnya Birmingham-London bukanlah dekat. Kesian dorang susah payah datang.
|
Sabtu 10 Mac, 7.44 pagi dah naik bas nak ke Euston station. Bas pun lengang lagi.. |
|
DH yang excited nak gi jalan-jalan. Ni la 1st time kami keluar dari London (for the 1st time, DH berjaya apply cuti Sabtu & Ahad) |
|
Besar station ni. Gambar dalam station tak sempat ambik. Tapi memang best la, bersepah kedai-kedai. Sempat la nipiskan wallet sebelum naik keretapi. ;p
Lepas tu yang sadisnya, tak terambil gambar-gambar. Sebab pertama, kami sibuk tolong organize & melibatkan diri dengan perjumpaan pelajar Malaysia di Birmingham - buat di rumah Kak Nadia, menu nasi kerabu. Ceramah tajuk akauntan rumah tangga. Very informative. Nanti kita cerita di entry2 seterusnya k (bilalah tu) ;p Sebab kedua, Birmingham tak cantik punn.. Mati mood nak bergambar. Heheheheh. Kijam tak statement.. Pemandangan sepanjang naik train pun tak best. Holland 10x lagi cantik, di mana2 jua, sepanjang perjalanan. |
|
Hari Ahad, 11 Mac. Sempat ke Cadbury World 2 jam sebelum bertolak balik ke London |
|
Nampak dari luar macam lengang je kan, kat dalam tu mak aii, ramainya beratur nak beli admission ticket. Murah je, 2 pound/person harga tiketnya |
|
Sebab masa pun dah suntuk, kami tak jadi lah nak beratur beli tiket. Cukuplah dengan masuk ke kedai souvenir |
|
DH dah garu-garu kepala "apa nak beli eh?" |
|
Tak beli |
|
Tak beli |
|
Kalau beli, sapa nak makan? |
|
Kalau dapat beli sepasang letak dlm dulang hantaran, kan menarik tu.. Tapi kekdahnye makan kasut la u'olls |
|
Dalam pada tak beli tak beli tu, terbeli jugak bila nampak Cadbury bar dengan kacang & turkish delight. Aah, jenis-jenis coklat ginilah baru I suka. Kalau milk choc kosong je, tak merembes tau. Harga coklat kat sini memang gilaaaa punya murah |
|
Sempat minum-minum di cafe dia sebelum berangkat |
|
Anak-anak Kak Nadia comel sangat, tapi kenapalah tak terlekat gambar dorang dalam kamera ni.. Kitorang banyak bergambar sama dengan kamera Abang Sopi, tu yang tak kisah nak keluarkan kamera sendiri tu |
|
Dalam London Midland train dari Birmingham New Street ke London Euston |
Sampai London jam 5.40 petang. Begitulah al-kisah cuti-cuti Birmingham. Gambar pun takde sangat. Hehe.. ;P
8 comments:
Wah bestnya! baru p kilang cokelat cadbury kat shah alam lebih seratus dah sopping. Dah kat sana murah ntah la abis bape pulak... haha... i love cokolat! :P
eh ehhh.. kalo cekelats kasut tu I la yg boleh habiskan.. nak nangis tengok sbb tak dapat.. hahahaaaa..
hahahaha!
Mmg Birmingham itu burukss! Tapi adakah anda tahu ada LV Outlet dkt Birm? Kehkehkeh
bestnyer gi oberseas... sempat gi oxford thn 2009 for summer training @ oxford uni... sempat jalan london skjp... tp rasnaya Malaysia lagi best sbb kita biasa dgn persekitaran tu kan? btw, kalau nak cari ole2 dari Mlaaysia, visit my blog ya... Inani Craft! ;)http://pengantinbudget2.blogspot.com/
"Birmingham tak cantik punn.." ehem, tak jumpa bebetul spot cantiknya - Az wan
Kak Tini - kalau Kak Tini yang mai, penuhla jari-jemari angkut hasil borongan. Hehe..
Mulan - eh ye ke.. Hehhehe.. Ada rezeki kita kasi kasut (coklat) dari London lah ye.. :p
DLL - ye ke sesungguhnya aku xtahu noxx... Hehhehehe. Kalau tahu pun takde beza lawatan ke Birm tu, bajet beg takde... Huwaaa
Amy - betullah tu, Malaysia tetaplah negara paling best! :) Ok, kalau nk cari apa2 nanti kita cari di blog Amy ye..
Azwan - ye ke.. Please let me know mana spot cantik tu, nxt time boleh pergi :)
Dari Birmingham New Street station, jalan ke arah 'The Mailbox', lalu dalam Mailbox, naik escalator ke atas, pass through BBC, kemudian keluar balik menuju ke 'The Cube', belok kanan masuk ke jalan seiring dengan canal. Jalan terus sampai ke Broad Street (one of the best spot through out the canal and then naik atas dekat Birmingham Symphony Hall, jalan sekitar Brindley Place dulu sebelum masuk ke dalam Symphony Hall.
Kemudian keluar dan menuju ke arah City Centre balik menuju ke library dan akhirnya akan end up di Victoria Square. Dari situ, dah boleh start fasa dua, shopping di sepanjang-panjang High Street.
Az wan
Wah, lengkap description! Tqvm Azwan! Bila2 nk p sana lagi I'll print out ur comment & will take lot of pics!! :)
Post a Comment