Tuesday, March 20, 2012

Serangga

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah universiti tempatan..

Sedang berlangsung ujian berkaitan serangga. Ujian kali ini sungguh susah.. Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh pensyarah. 


Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa, memutuskan untuk keluar dewan ujian. Dia menghempas daun pintu dengan kuat. "Dummmm!!!!" 

Melihat keadaan itu, pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata, "hey! suka hati mak bapak awak je hempas pintu tu ye? Siapa nama awak??" Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata, "Ni kaki saya... Profesor... Cuba Profesor teka.. Siapa nama saya?"

8 comments:

DeLancrettLurpak said...

kannn? On YOUR FACE gituuu, hahahahha

~│CatWoman│~ said...

jeng jeng... sape la prof tu.. hahaha

KV said...

hahahaha

animed said...

Crita betul ka ayu? hahaha..tergelak anim baca. Apa habaq org London? dok baca blog ayu. tapi tak tertulis2 komen. Dok tertangguh2 nak jumpa Ayu kat sini..tau2 Ayu dah fly. Nampak gayanya lagi 3 tahun la baru kita jumpa..insya Allah.

intan suriati said...

hahahahahhaahah dua2 pun kejam,pensyarah kejam,mahasiswa pun kejam..serangga adalah mangsa keadaan dlm kes ni hahahahha

Ayu said...

DLL - Padan kan.. :)

Kak Zu - Entah la Kak Zu, kisah rekaan semata2 tapi mungkin juga ada kena-mengena dgn yg masih hidup ataupun yg sudah mati. ;p

KV - mula2 baca ni pun tergelak2. Hehehe

Anim - tak tau la Anim, betul ke tidak.. Jumpa di Facebook. Alhamdulillah kami sihat kat sini. Harap Anim & family pun begitu jugak. InsyaAllah kita jumpa di bumi M'sia nanti ye.. :)

Intan - hahhaha kannn. Tak pasal2 serangga kena potong kaki :D

DaZzlingLilLy said...

kihkih..lawak pun ada..mmg susah la kan nak teka kalo bagi kaki jer..

Ayu said...

Lilly - kan.. Hehehhehe.. Anyway it's just a story I guess. :)