Saturday, March 17, 2012

Senanggg

Satu lauk sedap gila gila gilaa, cepat & senang dibuat. Bahan pun sikit aje.

Hasil berguru dengan Kak Yani, my senior & my colleague now. Dia memang orang Kelantan, so you can trust her recipe as being authentically Kelantanese. Kalau ada yang tak berapa kena, itu my own modification le tuh.. ;p

Daging goreng kunyit (cara Kelantan)

Bahan-bahan (2-4 orang):

  • 500 g daging lembu dihiris
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar kuning (dipotong bulat/ikut suka)
  • 1-2 biji cili hijau (dipotong serong)


Tumbuk halia, kunyit, bawang putih, garam & serbuk kunyit sampai lumat. Jadilah rupanya macam dalam gambar. Di rumah takde cili hijau, jadi kita ganti dengan cili padi pedas berdesing

Step pertama - panaskan pan, masukkan daging. Tak payah letak minyak at this point

Masakkan sampai air daging kering (macam gambar ni). Kerak2 yang terbentuk sekeliling daging tu adalah akibat guna api besar (tak sabar tunggu). Kalau sabar, guna medium flame sudah :)

As soon as air daging kering, masukkan minyak & bahan tumbuk tadi (mungkin tak perlu guna the whole amount, sila agak2 - baki boleh diguna sebagai marinate untuk goreng ayam, ikan). Gaulkan sebati. Bila dah sekata & daging pun dah cantik bergoreng, masukkan bawang & cili hijau. Lepas 2-3 minit, matikan api (taknak bawang layu sangat).

Ginilah rupa daging goreng kunyit. Marvelous! - ni tiru tukang masak French & British, lepas masak, puji kaw2 masakan sendiri ;P

6 comments:

zdiana said...

lauk ni mmg fav family zd.. lebih2 lagik kalau guna daging korban.. hehehe...

Farina said...

Sejak dr hang bg resipi kat aku itu hari, dah berpuluh-puluh kali aku masak sebab senang. Sedap dan empuk okay masak cara macam ni!

Ayu said...

Zd - haa daging korban mesti la lagi best! :)

Farina - aku pun asyik masak lauk ni atau resipi daging hitam kalau nak masak daging. Dua tu yang sedap & Ejad pun selalu request :)

zdiana said...

makan nasi pepanas sedap ngan lauk ni... makan dgn ini, esok kena gi carik daging utk masak daging ni... hehehe

shila ariff said...

daging goreng kunyit nih mmg famous masa raya haji kat kelate...huhuhu..meh le mai kelate..aku masakkan nanti..huhuhu..

Ayu said...

Zd - cari jgn tak cari. Selagi tak dapat, teringat2. :p

Shila - tq offer nak masakkan. InsyaAllah.. Bilalah aku nak sampai Kelate jumpa ko ye.. :)