Thursday, December 2, 2010

Ada apa di MAHA?

Ada pameran pemenang pertandingan terrarium antara sekolah-sekolah:



Ada pameran orkid:


Ada jualan daging kambing Boer (diskaun 30%), jualan hasil laut, pokok-pokok, produk makanan, baju, tudung, segala macam barang yang boleh dibeli lah pendek kata. Pameran & sesi demonstrasi pun banyak, pelbagai jenis.

Tapi ingattt... Kalau tak bersedia fizikal & mental, jangan pergi. Cari nahas.

Parking jauh, jalan pun jauh. Cuaca panas terik waktu ketibaan. Dan akhirnya sewaktu sedang berjalan ke kereta, lebih kurang 1/2 km lagi nak sampai, hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka. Serdang sekarang selalu hujan pukul 2 pm ke atas. Sediakan payung awal-awal.

Gambar-gambar di atas memang setakat boleh saja sebab diambil menggunakan telefon tangan. Harap maklum.

2 comments:

~│CatWoman│~ said...

uishhhh tak aci betolll... hakak ni kepingin nau nak pegi sana.. tapi cam x dapek je... T_T

Ayu said...

Hakakkk... Kalau dh datang ke MAHA, sebenarnya takdelah apa2 yang extravagant sangat. Jangan menyesal, tahun2 depan insyaAllah ada lagi. ;D Oh ya, MAHA katanya akan dilanjutkan 2 hari lagi. Tapi belum confirm. ;p