Bila seorang adik kepada seorang sahabat mau melangsungkan perkahwinannya, maka ahli-ahli geng
6 Jahanam 1/2 Dozen bertempiaran pulang ke kampung halaman. Seorang jadi
multimedia man, 2 orang jadi penyambut tetamu/tukang bagi bunga telur, 2 lagi jadi juruacara majlis & suami kepada seorang juruacara tu (ni kira pakej laa) jadi AJK tugas-tugas khas. Haa kau. Mau tak meriah.
Majlis Nor Idzziana Baser & Muhamad Hanis dilangsungkan pada18 November 2010 (Hari Khamis) di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang, bermula dari 8 malam sampailah ke 10.30 malam lebih kurang. Tema warnanya? Hitam putih kehidupan. ;p
Ahli-ahli geng sudahpun berkumpul makan nasik tengah hari di rumah Tok pengantin. Abang pengantin perempuan adalah
event manager majlis kali ni. Dari makan nasik membawa ke perbincangan aturcara majlis, sesi mengarang pantun untuk skrip juruacara, sampailah ke raptai acara di lokasi sebenar majlis. Lepas raptai semua orang balik mandi, siap-siap & datang semula. Kononnya nak diadakan
full dress rehearsal. Hehehehe. Sungguh optimis abang pengantin. Padahalll, tak sempat pun nak buat semua tu. Berpeluh-peluh
dia malam tu. Hehe..
|
Sesi berbincang antara event manager - MCs. Yang lain-lain adalah tukang sebok & kutuk pantun yang cek karang. Dengki la tuh. |
|
Pasangan pengantin yang nampak macam umur 16 tahun ;p |
|
Makan beradap. Selalu tertanya-tanya apa lauk pengantin kali ni? Boleh rasa sikit? ;p |
|
Adik pengantin menyumbangkan bakatnya ; ) |
|
Juruacara tengah kasi ucapan penutup. Tapi memang tak sopan manusia di belakang & di kanan gambar tu kan, majlis tak habih lagi depa sebok bergambar. Ish ish ish.. |
|
Yang sebelah kanan semuanya waras. Yang tengah berdua tu angau, yang kiri semua mereng okehh. Mereng. |
|
Kawan sekelas sejak sekolah rendah weh. Mana nak dapat lagi yang ngam gaya gini. ; ) |
Akhir kata, semoga kami berenam (la ni dah bertujuh kot) kekal sahabat selama-lamanya. Dan pasangan pengantin hidup bahagia, aman damai hingga ke akhir hayat. ;>
9 comments:
Wah yang ke 7 tu sapa "punya"???*teruja nak tau sampai angkat2 kening!*
Apple - yang ke-7 tu my husband. ;p
cheq memang xbleh tahan gelak tgk ijad interframe gambar hahaha...
Sabaq je la pakcik.. Sepanjang majlis mcmtulah gayanya. ;p
hai...anak sedara busu tu,bila la nak berubah...tgh syok2 mengikuti agenda perkahwinan ni,pastu dok gelak tgk gambar ijad mcm tu...hahahaha....
Busuuu... Memang semacam sket la anak sedara Busu yang sorang nih. Hihihihiihiihiihi.... ;D
Joeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Obeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
Zurianiiiiiiiiiiiiiii!
Hehehe..
Reena kenal depa semua tu? Cek skolah mana dulu? ;p
Joe sama sekolah rendah.
Obe kenal lepas sekolah (Through kawan).
Ju sama sekolah menengah (Al mashoor).
Heheh.
Post a Comment