Thursday, September 30, 2010

I want to

I want to write,

I want to share,

I want to inspire,

But nothing came up.

Whatever you do, don't forget to smile & be happy. Treasure every moment in your life.

;>


p/s: Hi Pakcik Mok, hi Azwan! *wave*

Monday, September 27, 2010

Nikmat dunia

Breakfast - bihun goreng & sambal paru

Lunch - Thai noodle soup


Lalu aku pun berkata, "indahnya duniaku" ; )

Friday, September 24, 2010

Random Pics

Time to clear up my phone's image gallery ; )

Ini Aiman sewaktu dia masih montel. Lepas bulan puasa ni, dia dah kurus ;>

Tengah main Game Boy di bilik serbaguna (tak ter-define fungsi bilik ni)

Nasi Ayam Hainan di PappaRich. Ada keraguan pasal isu halal di PappaRich, jadi lebih baik jangan makan. Lagipun nasi ayam ni memang TAK SEDAP

Chicken Chop apetah, pun di PappaRich. TAK SEDAP jua. ABC dia je yang sedap pada malam tersebut

This is what I call stupidity. Piling up ice shaving & ice cream in a small bowl - "hey, my cream top just rolled down the Everest!!". Oh ini di kedai mamak ya, bukan PappaRich

Putting matters into my own hands

Supper during Ramadhan - Naan & tandoori chicken at al-Azwath
(the reason for not shedding even a single gram of BW)

Intan & Emir came to visit during their short holiday. Now both are back in Scotland. Auntie misses you dear Emir!

Ugh. These two. Sekor makan soft cookie, sekor lagi asyik dengar musik. Atas katil.

See? Now please sleep. And Aiman, please pick up cookie crumble all over the sheet.
=_='




Okay, great. Bahasa caca-marba.

Thursday, September 23, 2010

Hasil setelah berjam-jam merumit



Baju raya sedikit bling. Hik. ;D

Wednesday, September 22, 2010

Aiman & Facebook

Aiman: Kak, tadi Aiman main game Facebook, bestttttt... (sambil senyum senget)

Kakak: Hah? Main game Facebook? Facebook (profile) sapa yang Cik guna?

Aiman: Takdak sapa-sapa lah. Aiman main game Facebook......... (dengan penekanan pada perkataan game).

Kakak: ?? (Oh, ada rupanya online game nama game Facebook)

3 ke 4 jam lepas tu, si kakak pulak mengadap laptop. Buka home page Facebook. Sekali kakak nampak:


Aimannnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 20, 2010

Masih Raya

Tahun ini, kami beraya di Serdang dulu. 2 hari sebelum raya, kami mula bermalam di rumah mentua. Tolong apa yang patut. Walaupun akak tak berapa menolong sangat sebab tengah sakit perut masa tu. Ampun makk.. ;p

Dengan mak ayah di Serdang

Dan, pada raya pertama tu jugak, jam 10.45 pagi, kami bertolak pulang ke Pulau Pinang. Mentua di Serdang pun bertolak pulang ke Johor petang raya tu jugak. Nasib baiklah lebuh raya tak sesak sepanjang perjalanan KL-Penang. Dalam tempoh kurang 4 jam, kami tiba di Penang.

Dengan keluarga di Penang. Purple jugak. Hihi.. Terpaksalah i korek almari, jumpa baju raya 4 tahun lepas. Abang Ejad? Dia redha saja dengan baju raya tak berbasuh yang diulang pakai. ;p

Ni pulak masa gi beraya dengan kenalan mak ayah mentua di Balik Pulau. Pakai baju kebaya mak, Bandung mari. Mak belum sempat pakai kebaya tu, alih-alih dah sendat. Mak pun kasi pada anaknya, pun sendatt.. Hahaha.. Akan tetapi, anaknya pakai jugak memandangkan tidak banyak baju rayanya. Jadilah cerita butang ketip di baju tu asyik terbuka bila tangan diangkat, bila kereta langgar bonggol, dsbnya. Haihhh.. Musti kurus kurus kurussss.

Nak letak banyak lagi gambar tapi tiba-tiba kerja banyak. Nanti-nantilah kita story ye?



Syawal masih di sini. Apalagi, rayalah!! ;D

Wednesday, September 8, 2010

8 September 2010

Today, 26 became 27. Tuanyaaaaa....... ;p

Anyway, hari ini hati berbunga-bunga riang membaca ucapan di Facebook wall & messages. Terima kasih kepada sekelian kaum kerabat & kawan-kawan. ;D

Harini hari terakhir saya di pejabat sebelum bercuti raya. Suasana di sini lengang, sunyi. Parking space berlambak-lambak yang kosong. Koridor gelap. Dan saya terus masuk ke pejabat dan masukkan CD 16 Lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri ke DVD drive.

Peh. Tak seronoknya.

Bertemankan secawan Nescafe, lagu-lagu raya dan Facebook Wall, saya akan habiskan sulaman manik di baju.

Jangan boss mai buat spot check sudah. Cek pengsannnn..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri

mohon maaf zahir & batin untuk semua yang membaca. Selamat beraya sakan!! ;D

Monday, September 6, 2010

3 months

Jangan nak speku. Mak ketuk kepala korang sekor-sekor nanti.

Tarikh 5 September 2010 menandakan yang kami berdua sudah 3 bulan bernikah. Mak ai, cepat benar masa berlalu. Teringat-ingat lagi hari nikah, hari sanding & honeymoon tajaan ayah tersayang. ;D

Apa-apapun, kami bersyukur akhirnya bersama setelah hampir 5 tahun mengenal hati budi masing-masing. Sempena tarikh tersebut, si suami telah belanja isterinya makan di luar. Hahahah. Itu saja lah. Nak apa lagi? ;p

Kami ke San Francisco Pizza, The Mines.

Tempahan & bayaran dibuat 1.5 jam sebelum berbuka. Hampir-hampir hilang sabar sebab 3 kali kami ditukarkan ke meja lain. Macam nak lempang saja muka manager wanita tersebut. Saya berkata pada Ejad, "ya Tuhan punyalah berkira meja & kerusi. Padahal tak penuh pun restoran ni. Kalau masa berbuka nanti restoran ni tak penuh, siaplah dia". Apa yang terjadi akhirnya? Memang restoren tu penuh sangat-sangat pada waktu berbuka. ;p

Our appetizer - Nachos. Chili's nachos tastes better.

Baked Fish - spaghetti with ginger, garlic, pesto, chili, mushroom & baked Panga fillets. Sedap tapi kena tambah garam sendiri sebab dia tawar sikit.

Ejad's Mushroom Chicken. Nothing to shout about. Baik makan di Chop n Steak saja. Hihi..

Si suami yang tersengih sakan setelah diajuk bininya sebab suka buat muka samseng waktu bergambar. ;p


p/s: Thank you sayang! Lebb u bewy much! <--- Bahasa Jerman.

25 Ramadhan 1431H

Pada 25 Ramadhan, kami dijemput oleh kawan Ejad untuk berbuka puasa di restorannya, Murtabak Mengkasar.

Kami sampai lewat. Sempatlah berbuka dalam kereta minum air yang dibeli di stesen minyak & makan kuih yang dibeli di pasar Ramadhan dulu. Kenyang dibuatnya. Kenyang-kenyang pun, bila murtabak ayam special terhidang depan mata, siapa lah yang akan menolak kan? ;p


Murtabak ayam special dengan bawang jeruk & kuah dal resipi rahsia. Mahap la dah hampir separuh masuk perut baru nak snap gambar. Satu keping murtabak ni boleh dimakan 2-3 orang. Kalau pelahap, sorang pun boleh kot. ;p
Nah gambar dekat untuk menunjukkan lapisan-lapisan murtabak tersebut. Rasanya, sedappp.... ;D
Bila tokey kedai tanya "nak tambah tak?" Saya geleng-geleng tanda tak mau dah, tapi Ejad pulak nak lagi. "Nak tambah separuh boleh tak?". Hihi.. So dapatlah separuh. Comel kan? Yang ni pun terkial-kial nak habiskan sebab tebal benar murtabaknya.
Akhir kata, kami berdua mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada tokey kedai. Kalau ada nak buat kenduri lagi, jangan lupa jemput kami. Semoga restoran bertambah maju & ramai pelanggan. ;D
p/s: Murtabak Mengkasar boleh dijumpai di alamat 12A, Jalan Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, 53300 Setapak, KL.

Aiyoyooo

Tolonglah tolong.

Jangan la buat kad raya atau video raya ada muka sendiri lepaih tu tag cek di situ. Ehem. Di Facebook maksud cek. Bukan apa, hangpa tag 50 orang kat situ. Lepas tu sekoq-sekoq nak "like" la, nak komen la. Padahnya cek asyik mendapat notifications yang merimaskan jiwa.

Cek tau hang nak mintak mahap zahir batin, tapi kalau hang buat macamni ibarat bertambah dosa hang kat cek tau. Hihihi..

Friday, September 3, 2010

Macamana nih

Dah janji dengan Ejad nak masak nasi lemak ayam penyet.

Kisahnya, bini nak nasi ayam penyet, laki pulak nak nasik lemak. Akhirnya settle di tengah-tengah. Nasi lemak ayam penyet. Tambah kerja si bini. Kalau nasi ayam penyet tu, nasi dia cuma nasi putih. Haha. Padan muka ko pemalas.

Masalahnya, tadi dah beli jarum, benang, manik & kristal. Kalau dah beli tu, faham-faham sajalah. Tangan sudah gatal mau menjahit. Kalau sudah mula menjahit, tak makan pun tidak mengapa. Ini sebahagian projek meng-glam-kan baju raya yang setakat can do saja. Kesian tak? ;p

Haih. Malas malas malassssssssss nak masak. Nak suruh pi pasar Ramadhan tanpa laki di sisi? Mak tak suka, tak feel gitu. Konon nak bukak puasa dengan keluarga mentua harini, tapi tak kesampaian. Anak kesayangan mak ayah akan pulang lewat malam ni. Jadi lebih afdal bininya tunggu di rumah.

Oklah tu. Nak sambung bermalas-malasan.

Selamat berbuka puasa! ;D


*Update*

Ejad sampai rumah jam 8.40 malam. Bininya berbuka seorang diri. Sadis okeh.
Air bandung cincau - malas tapi buat jugak sebab cincau masih berbaki.

Nasi ayam penyet. Nasi putih saja bukan nasi lemak sebab kesuntukan masa. ;p

Thursday, September 2, 2010

Sudahkah anda

....mengisi duit raya dalam sampul??

Sampul tak cukuppppppppppp..... Nak beli tapi nak tunggu dulu kot-kot boleh dapat sampul percuma dari mana-mana gedung yang pemurah.

Ok, jangan komen "nak duit raya!". Makcik sekeh sekor-sekor karang.

p/s: Dari banyak-banyak gedung/bank yang kasi sampul, Ariani lah yang paling kedekut. Belanja banyak-banyak, dia kasi cuma 1 paket sampul raya. Kandungannya? 7 keping sampul yang tak boleh melekat dengan sendirinya. Maksudnya? Letak gam sendirilah bai. Sangat menghampakan.

Wednesday, September 1, 2010

Tengok tak Ketuk-ketuk Ramadhan?

Ramadhan dah nak berakhir baru sedar ada Ketuk-ketuk Ramadhan di TV1, jam 12.30 tengah hari. Setiap hari kot. Rasanya lah. Dulu di Utrecht masa bulan puasa rajin browse You Tube, jumpalah episod-episod Ketuk-ketuk Ramadhan ni. Rasa happy sangat sebab rancangan ni kelakar (bergantung pada artis. Kalau artis skema/poyo, habislah) & spontan. Resipi pelik-pelik rahsia turun temurun keluarga pun keluar kadang-kadang. Dapatlah idea nak masak untuk berbuka.

Jumaat lepas, tertengok episod bersama Linda Rafar. Dia masak Ayam Kepak Terutuk Rafar. Gitu nama dia. Bila tengok kombinasi bahan-bahan yang dia guna, terasa macam sedapnyaa masakan ni. Lain sikit daripada mana-mana masakan yang kita kenal. Terus petang tu jugak cuba. Tapi guna daging. Hasilnya? Mak sukaaaa!! Tu yang Isnin lepas ulang tayang pakai ayam pulak. Hee.. ;D

Oklah, nak tampal gambar-gambar juadah berbuka hari Isnin, 20 Ramadhan 1431H.


Kurma & anggur merah untuk berbuka. Kurma ihsan dari mak ayah, anggur ihsan dari Haji Ihsan. ;D

Ginilah rupa lauk-pauk atas meja
Lobak merah, kentang, fucuk & telur bersantan (apake nama rasmi menda alah ni?)

Ayam Terutuk resipi Linda Rafar. Marvellous rasa dia.

Timun, salad & sambal belacan


Petang ni nak masak apalah pulak ya?


*Update*
Resipi Ayam Terutuk Rafar
(berdasarkan ingatan tuan punya badan saja)
  • 4-5 ketul ayam (lumur garam & kunyit) digoreng garing
  • 2 senduk minyak masak (minyak kena banyak)
  • 1 biji bawang besar (belah 4)
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 senduk cili kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 senduk gula Melaka
  • 1/2 senduk kicap manis
  • 3 sudu besar kerisik
  • Segenggam bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada benggala merah & hijau dipotong memanjang
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang besar, diikuti bawang putih & cili kisar.
  2. Bila dah garing, masukkan kesemua bahan yang lain (kecuali ayam & lada benggala). Kacau sebati hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan lada benggala. Masak sebentar sahaja kemudian boleh tutup api.