Wednesday, May 26, 2010

Cuti

Saya sedang bercuti di kampung halaman sehingga selesai majlis kenduri kedua2 belah pihak.

Akan tetapi, e-mel berkaitan hal2 kerja dan proses melanjutkan pelajaran masuk bertalu2. Hey, tak faham2kah??? Leave me alone, at least for these two weeks. Susah sangatkah?

Oh, rindu Ejad & kawan2 di Selangor.

Tarik nafasss.. Lepasss..... ;D

Saturday, May 15, 2010

A food guide - Red Wok Bangi

Semalam, kami berdua (Ayu & Ejad, 2 ekor beruang comel cuddly gubu) telah ke Red Wok, Bangi. Dah beberapa kali lalu-lalang depan restoren tersebut dan membaca reviews berkenaannya, akhirnya tergerak hati nak ke sana.


Di sini kami seranaikan senaraikan langkah demi langkah, untuk membantu anda yang mungkin buat pertama kalinya mahu ke Red Wok.

1. Letakkan kereta di tempat disediakan (dalam perkarangan restoran).

2. Apabila anda menghampiri lantai restoren, anda akan disambut oleh pelayan yang tersenyum. Sila nyatakan pilihan anda, samada;
  • Ala-carte (harga mengikut makanan dipesan)
  • Steamboat buffet (RM 22/dewasa)
  • Sizzling steamboat buffet (RM 28/dewasa)
3. Anda akan dibawa ke meja yang tertentu, mengikut pilihan yang telah anda buat. Restoren dibahagi kepada dua bahagian, satu untuk para pelanggan yang memesan hidangan ala-carte, satu lagi untuk pelanggan2 menikmati steamboat buffet.

4. Sekiranya anda pilih untuk makan secara ala-carte, menu akan diberi dan pesanan akan diambil. Sila tunggu makanan & minuman sampai, dan anda boleh nikmati sambil sembang2.

[Langkah 5-10 adalah untuk mereka yang memilih steamboat/sizzling steamboat buffet]

5. Sekiranya anda memilih steamboat buffet/sizzling steamboat buffet, anda perlulah memilih samada anda mahukan sup ayam/tomyam/herba. Hanya satu pilihan jawapan diterima.

6. Sila bangun menuju ke kaunter buffet untuk memilih daging, ayam, ikan, makanan laut, bebola2, sosej, tauhu, cendawan & sayur2 untuk di-steamboatkan. Pilihan bahan2 adalah tersangat banyak sehingga rambang mata dibuatnya.

7. Jika anda mahu, terdapat juga nasi goreng, mi goreng, kentang goreng, kepingan ikan goreng, dsbnya di kaunter buffet. Air (jus oren), buah2an dan pilihan 6 jenis aiskrim juga disediakan.

8. Sekembalinya anda ke meja, bolehlah memasukkan bahan2 untuk dimasak ke dalam pot dan/atau ke atas grill. Sila sapukan marjerin yang diberi di atas grill terlebih dahulu untuk mengelakkan bahan2 tersebut melekat di grill semasa proses memasak.


9. Rebus dan grill bahan sampai masak, dan bolehlah nikmatinya dengan 2 jenis pencicah yang disediakan (kedua2nya berasaskan cili, pedas tapi sedap).


10. Sup boleh ditambah sekiranya berkurang. Panggil saja pelayan. Sekiranya anda mahu menukar jenis sup sewaktu refill, tiada masalah. *Pada mulanya kami pilih sup tomyam, tetapi ia menjadi terlalu pedas apabila makanan dicicah dengan dua jenis sos tadi. Jadi, sewaktu refill, kami minta sup ayam pulak. Baru ngam! ;>

11. Sesudah makan, anda boleh membawa bil yang terselit di nombor meja anda ke kaunter pembayaran. Bayar dan bolehlah bergerak pulang.

Perhatian:
Setiap 100g makanan yang dibazirkan (tak habis dimakan) akan didenda RM 10. Jadi, ambil makanan berpada2 yaa..

Untuk maklumat berkenaan lokasi restoren, menu dan maklumbalas pelanggan, sila lawati Red Wok Restaurant, Bangi. Sekian.

p/s: Kami sukaa.. Rasanya akan ke sana lagi. Nak bawak mak, ayah & adik2 la nanti. : )

Tuesday, May 11, 2010

Penang

Penang is my home.

Sampaikan tak terhayati keindahan dan kenikmatan hidup di pulau nih. Kalau namanya rumah di sini, kurang la sikit nak indulge dalam aktiviti2 pelancongan di tempat sendiri. Teringin pulak nak pi mandi laut, main jetski, buat parasailing & makan laksa di Tanjung Bungah. ; )

Hujung minggu lepas ada kesempatan berpiknik dengan sahabat2 di tepi pantai berdekatan jeti ke Pulau Jerjak. Nyamannya.. Angin sepoi2 bahasa, deruan ombak & kemudiannya hujan turun renyai2. Ahh.. Amann..

Kalau buat apa sekali pun, asalkan dibekalkan makanan berkoyan2, itu sudah syurga buatku. Wahahahah! ;D

Friday, May 7, 2010

Mari menyelongkar

Gambar2 di bawah diambil berikutan ter-tag-nya saya oleh Shila. Hehe.. Ampun Shilaa... Dah dekat nak sebulan kena tag baru aku nak buat. ;p

Tag ni adalah satu cara halus untuk masing2 mengkepo nak tengok apa yang ada dalam handbag orang lain. Agaknya lah. Hehe.. Ye la, takkan saja2 kita nak cakap, "eh, humban jap apa yang ada dalam handbag ko tuh, aku nak telek satu persatu". Kan3x.. ;D

Inilah handbag Che Kiah hari ini. Ia besarrr... Ia gagah. Jangan kutuk2 beg I okeh. Dari beg BESAR ni lah keluar macam2 keajaiban untuk membantu manusia sekeliling ;p

In situ view

Inside pocket-nya

Okeh, mari kita lihat apa yang ada.
  • Cosmetic pouch
  • Mini cosmetic pouch
  • Glue stick
  • Wedding invitation cards
  • Ribbon rolls
  • Wallet
* Glue stick & ribbon rolls adalah berkait rapat dengan invitation cards. Hari ini saya ada tugas2 khas iaitu membeli setem & mengepos kad2. : )
Cosmetic pouch contents
Things in the pocket: malas nak list boleh? ;p
Sekian. Nak tag kawan2 tapi rasanya macam ramai dah buat. Kalau dah buat, ignore sajalah ye. Tapi niat di hati ni nak tag semua yang ada dalam blog list di sebelah kanan ni. ;p Selamat menyelongkar! ; )

Thursday, May 6, 2010

Kirim salam

While listing things to be done today, checking my office mail & sorting out invitation cards, I managed to browse through a few Fan Page/Groups on Facebook. These days, you can get all types of Group. There's one for Mia Sara (the child actor in Adamaya), one for Prof. Tengku (my faculty's favorite lecturer) and the last one I just visited - a group for a young soul who passed away recently.

Obviously, he was a great friends to many people, who decided to create a Facebook group for him so that he could be remembered by all who loves and misses him. I spent some time reading posts on the wall. One of them reads,

"Izzat, lu buat rilek je. aku dah pegi tahlil rumah ko smlm. parents lu rilek je. dorang okay. aku dah banyak sedekah al fatihah. AL-FATIHAH. ko kim slm kat din beramboi tau. kalo lu terserempak la. just hang on my bro. tuhan sayangkan ko : )"

Made me smile (reading the Din Beramboi part).

Al-Fatihah to Izzat Anuar. May Allah S.W.T. bless your soul. Amiin..

Wednesday, May 5, 2010

Waiting for 5pm. Nak log out & cabut balik. Hari yang sangat tak produktif dan membosankan.

Nak je tulis macamtu di Facebook status tapi baru perasan ex-KJ ada dalam friends list. Begitu juga beberapa kerat pensyarah2 fakulti ni. Nak mampossss.............

Haiyoh. Accept friend request pon susah, kalau tak accept, lagilah cari pasal.

p/s: Cepatlahhh oii dapat tempat untuk buat phD. ; )

Tuesday, May 4, 2010

Baru ni kan, I balik Penang, gi makan kenduri. Kenduri tahlil sebenarnya. Tapi kann.. Nak cerita nih. Menu dia punyalah sedap menusuk kalbu. Dah lama tak makan lauk2 macamtu. Ye la, mana nak cari? Mak takkan jamu lauk2 macamtu di rumah. Lauk2 yang dihidang adalah daging kicap, kari ayam, gulai nangka, jelatah timun nenas, ikan sepat masin, sambal belacan, ulam pucuk ubi, kangkung rebus & paku rawan rebus. Fuuhh, sedapnya mak ai. Tak terkata. Bau belacan melekat di tangan selama 24 jam. Hehehe..

Yang berikat macam lembing pendek tu la paku rawan

Semalam pulak I dapat makan manggis di rumah. Norma (pegawai pertanian) yang bawak balik. Not my favourite, tapi bila dah lama tak makan ni sedap la pulak. Btw, korang makan manggis telan dgn biji2nya sekali kah? I tak berapa boleh nak telan, tapi ada sorang kawan tu boleh je gigit2, kunyah & telan biji manggis. Katanya macam biji cempedak, lemak berkrim. Lain kali boleh try okeh. ; )

* Gambar adalah hasil carian Google