Monday, March 15, 2010

Progress

Nikah kawen:
* dah ambik sijil kursus pra-perkahwinan Sabtu lepas
* semalam, dah beli bunga2 telur, kain2, etc.
* tadi, dah siap HIV test. 2 minit je, siap. Dan percuma rupanya..
(bagus2, banyak kemajuannya)

Kerja:
* masih tutor cabuk bertaraf sementara
* dok pulak menumpang di bilik ketua jabatan
* masih tiada keputusan muktamad pasal tempat nak buat phd
(kesimpulannya, HAMPEH)

Kehidupan seharian:
* belum mula berjogging lagi (ntah2 takkan buat sampai bila2), alasannya? tiada kasut, seluar & t-shirt sesuai
* makan kerap, hi-cal food pulak tu, sebab asyik diraikan/meraikan kawan2
* berazam untuk kekalkan tabiat banyak makan buah2an & sayur2an, tapi bila tengok rege buah di Malaysia ni rasa nak pengsan
* sebenarnya bukan rege buah saja, rege semua barang boleh membawa kepada rasa sakit kepala. Nak beli Nutella satu jar kecik pun, letak balik lepas tengok rege dia (ke i tak biasa dengan nombor2 harga di malaysia yang berdigit2 nih?)
* mandi berkali2 sehari
* air di Serdang ni bau & rasa macam air longkang (agaknyalah). Kalau air kosong, i minum air mineral. Kalau di -teh ais-kan, takpe.

Ok, berjaya jugak i menggunakan masa yang ada sementara menunggu tamat waktu kerja. Hahahhahah.. ;D

7 comments:

shila ariff said...

hahaha...kalo pasal nak jogging tu..bkn ko sorg je yg tak berjaya2..hah!!..aku ni pun..kasut sukan, t-shirt, seluar semua dah ada..TAPI..tak ter'jogging' gak..wakakaka...

lala said...

hahah... status kerja kita same jek.... + tiada kenaikan gaji lepas 3 tahun menjadi tutor... sob3...

Anonymous said...

ayu nak sambung wat phd gak ke..mak eh gigihnya kamu ye..

Ayu said...

Shila - Hahhahah, betul la tuh noxx.. Macam2 la lagi alasan boleh direka2, asalkan tak perlu bersenam. ; ) Kalau xtvt makan2, konfem tak tolak punya..

Lala - Sabau je la kita ye..

Mieza- Bukan Ayu yg rajin, itu requirement. Kalau tak, tak confirm jawatan. Dan kekal sbg tutor, bukan pensyarah. Gaji pulak tak naik gred. Sadis.. :(

Farina said...

Ayu,

Memang betul lah tuh. Balik Mesia rasa barang sume mahal. Hahaha.. Kalau aku tak ingat makanan2 Malaysia, confrim aku duk sini terus :)

Mokrish said...

babe...hang sure rindu menabur duit kat kedai pakcik yahudi kite tu si albert heijn hehehe...

Ayu said...

Farina - Betullah tu.. Org lain mungkin tak rasa sgt kan, apa la p'puan ni gedik2 ckp brg mahal. Tapi aku masih ingat lagi, harga barang2 setahun setengah yg lalu adalah jauh lebih rendah berbanding harini. Geram je. Hehe..

Pakcik Mok - Mmg rindu sgt2 sopping mopping kat AH tu. Barang setrolley pun baru brapa je. Adalah kot 40 euro. Sini mau la 350 hengget atau lebih. Cisss!!