Tuesday, March 16, 2010

Budak2 tak pandai tipu

Selepas kursus pra-perkahwinan pada ahad 7 Mac lepas, saya singgah di rumah Kak Syahira/En. Azizi di Bangi untuk ambil kotak2 yang menumpang kontena dari Holland. Bila salam je dengan Kak Sya, sungguh2 dia senyum, gumbira. Katanya "Cantiknyaa Ayu pakai tudung. Comei. Pakai terus lah..". Jenuhlah pulak dok terangkan yang saya pakai sebabkan kursus kahwin tu, belum betul2 pakai lagi, tapi kata saya, "akak doa2kanlah, mana tahu saya berubah". Senyum lagi dan lagi. ; ) (sebenarnya dia tak tau, kalau saya tanggalkan tudung tu, buruklah rupa sebab rambut dalam tu dah penyet meleper akibat seharian bertudung) Dalam pada dok sembang2 tu, datanglah anak perempuan Kak Sya yang sulung. Yang keluar dari mulut dia: "Cik Ayu ke ni? Tak cantiklah Cik Ayu pakai tudung, kalau tak pakai lagi cantik. Kan ma kan??". Erk. Terkedu Kak Sya kat situ. Maka senyum2 senget je la kami masing2. Hahahahahhahah..
Harini pulak, sewaktu tengah ber-skype dengan family di Penang, si Aiman pulak kasi komen, "Kakak, gambar kakak yang pakai tudung dalam blog tu tak elok la. Tak cantik langsung. Pipi labuh macam nak jatuh saja. Baju pun tak cantik. Pakai baju mak & tudung mak, nampak macam mak". Amboi aih melampau sungguh kata2nya. Hahahahahhaha!!! Sungguh laser walaupun baru darjah 2. Adoila.

Nah, lagi satu gambar pipi labuh macam nak jatuh

Kesimpulannya: Budak2 tak pandai tipu okeh........ Sekian.

Pesanan khidmat masyarakat: Menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim. Marilah sama2 doakan semoga kita semua berjaya menunaikan suruhan Allah S.W.T. Amiin...

5 comments:

Farina said...

Hahaha.. Maybe ko pakai tudung ala tuh Ayu yang dorang kate tak cantik. Aku rase cantik jer ko pakai tudung. Ikhlas dari hati okeh, aku tak main tipu2 dengan ko. Straight to the point.

shila ariff said...

ye..budak2 mmg tak pandai tipu..sbb depa tak tau lg liku2 kehidupan hari ini..huhuhu..aku pun doakan segala yg baik utk ko...amin...

p/s: harap anak aku pun tak pandai tipu sampai besar le...huhuuu....

Anonymous said...

haha ye la tudung camtu kan slaluenya dikaitkan dgn mak2 betul dak..aku sendiri pun smp ke hari ni tak selesa pakai tudung tu walaupun ada 2-3 helai kat umah..rasa booolaattt semcm muka..huk tapee tak kesah la ayu, yg penting keikhlasan di hati..

p/s : when i first started wearing tudung pun even my atok, nenek pun wat muka pelik coz they say i look prettier without it, tp wa wat muka tebal sajee

Mokrish said...

hahahaha....lawak gile si aiman hahaha...ape-ape pun babe, cik mul dgn cik L dah smpai dgn slmt la ni.

Ayu said...

Farina, Sheila & Mieza - Betul3x.. Salah tudung jenis tu ye.. Nampak mcm makcik2. Hehehhe.. ;D

Pakcik Mok - Apa?? Pakcik ada online order cik M & cik L??? Musti cerita beb. ; )