Sebabnya... Masa di rumah kat Penang, kami selalu makan di luar, atau makanan di luar balik ke rumah. Hehe..
Sekarang? Di rumah sewa Serdang pulak? Kenapa ko tak masak, pompuan?? Oooohai. Cakap pun tak guna. Tengok keadaan dapur, sinki & peti sejuk je, mati selera nak makan. Apatah lagi nak masak. Tapi saya tetap tak kurus2, sebab akhirnya pi makan di luar. ;D
Anyway, back to the story of rumah sewa di Serdang ni (saya minta sesiapa sahaja yang mengenali rakan2 serumah saya, tolonglah jangan dedahkan story nih, apatah lagi alamat blog ni, tolonglah jangan kasiii......). Saya sebenarnya geli geleman nak pijak lantai dapur tu pun. Pernah sekali ada lipas tergolek dog (rasanya ada hamba Allah yang spray lipas tu dengan racun serangga) - tau apa? 4 hari lah lipas tu dok tergolek di situ tanpa ada sesiapa pun yang kisah. Rakan2 serumah saya boleh terus memasak siang malam, tak heran sikit pun okeh. Alah.. Lipas je kan. Kalau dinosaur tu lain cerita lah. Akhirnya? Saya yang tak memasak ni lah jugak yang sapukan lipas tu ke dalam penyodok, kemudian tuangkan ke dalam tong sampah. Oh, SENANG je rupanyaaa..
Hal lain, pasal tong sampah di dapur yang boleh ditimbun2 sampai jadi gunung raya. Ada 5 orang di rumah termasuk saya. Ada 3 yang aktif memasak. Tapi tak siapa pun yang kisah nak buangkan sampah. Yang selalu buangkan adalah seorang ni. Tapi baru2 ni, dia pun naik fed-up. Saya TAK MAHU kisah sebab saya tak buang sampah ke dalam tong sampah tersebut. Saya ada tong sampah sendiri okeh.
Al-kisahnya, semalam bila saya ke dapur untuk ambil gelas, saya perasan ada ulat2 (fly larvae) sedang melata keluar dari plastik sampah. Arghhhhhhhhhhh!! Kecemasan!! Saya terus tanyakan pada seorang rakan serumah yang tengah sedap menonton di ruang tamu "Kat sini, selalunya korang buang sampah di tong sampah besar yang mana ye?" Jawabnya: "tak payah ke tong sampah besar, buang saja di tong hitam besar di luar rumah kita ni" Saya tanya lagi "memang ada orang kutip ke? Takut busuk kat situ je nanti.." Katanya lagi: "don't worry, memang ada orang kutip tiap2 hari." Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................... SENANG je rupanyaaa.. Ingatkan susah.. Maka hamba Allah yang ni jugaklah yang bungkuskan sampah tersebut dan hantar ke luar.
Itu belum termasuk hal2 penyemak fikiran seperti dapur berlengas, periuk belanga berkerak yang berendam, kepala pili di sinki yang hitam berlumut, cicak & semut yang sentiasa ada berdekatan tempat keringkan pinggan. Juga peti sejuk yang kalau kita ambik swab sample & streak di atas agar plate, sudah tentu paling2 kurang boleh dapat 20 colonies of bacteria pelbagai species. Geliiiiiiiiiiiiiiiii.....................................................
Haih. Itulah serba sedikit ceritanya. Ada lagi, tapi dah tak larat nak menaip. Kalau boleh, nak rekod suara je, senang. Hihihi...
Eh, entry tak bergambar macam tak berseri kan? Don't worry, gambar lipas tak sanggup di-upload nyah..
Monterey Chicken @ Chili's, MidValley
Molten Chocolate Cake @ Chili's, MidValley
Fried noodle @ Station 1 Cafe, Equine Park
Ayam golek @ Ayam Golek 5 Bintang, Pantai Dalam
Ok lah, have a nice weekend everyone! ; )
Molten Chocolate Cake @ Chili's, MidValley
Fried noodle @ Station 1 Cafe, Equine Park
Ayam golek @ Ayam Golek 5 Bintang, Pantai Dalam
9 comments:
u know, i went thru dat ordeal during my uni days dulu gak..dahla haku ni head of the house kene jaga 10 anak ayam kat umah tu..pastu ada gak perangai yg camtu la biar ulat2 menimbun pe sume cukup. one day, gue dah tak tahan, gue boh satu notis besar kat depan pintu umah, can't remember wat i wrote though..ada sorang housemate terasa gile babas terus left dat house dat day itself hahah..mampuih p la..
errrkkk.. tak mampu nak komen.. camner leh lalu masak lagi tu??
hahaha...itu perangai masa bujang..dah kawen nnti mcmana le plak...
p/s: kalo bab ulat sampah tu mmg i teramat geli geleman...huhuhu...
Mieza, Diana & Sheila - Tu lah nye, pelik kan? I menyabar je.. Nak tahan sampai Mei, lepas tu nak chow dah. ; )
babe, hang sure srabutkan tgk keadaan rumah cam tu. Cheq yg duk umah dgn mat salleh ni lagi haru...diorang masak babi segala bgai smpai naik loya tekak aku ni ha. Harus rindu apartment lantai merah hangpa kat sini kan.
Pakcik, mmg serabut xtau nak kata apa dah. Sabaqq ja cek.. Hehe.. Pakcik tahan hidung noo.. Jgn dok sedut sgt bau2 masakan berkhinzir tu. Makruhhhh.. (ye ke?)
Ayu,
salah sorang housemate hang tau blog aku, aku harap die tak perasan lah link blog ko kat blog aku.
Anyway, aku yang dapat housemate bersih satu ketika dahulu pun sangat malas memasak di rumah apetah lagi hang. Tapi takpe, enjoy makanan mesia puas2, mane tau kena fly balik. hehehe
ops ayu one of your housemate terbaca blog ni
Anyway, this was like what before Sarab buat meeting tu kan. Anyhow, kalau u rasa ada benda yang u tak selesa or tak suka just cakap openly kat kitorg k. its better dari memendam perasaan, betul tak? the truth hurts but its the best way to make people realize.
Anyway thanks for letting us know, my policy is being honest, you might hurt that person feeling, but at least you convey your message and she/he will know what you think *wink*
ok jumpa u dirumah nanti, jangan terkejut pulak i baca ur blog XD
Farina - housemate ku sudahpun baca. Hahahha.. ;D
Mas - you're soo right! Honesty is the best policy. Tapi kan, i xpandai la nak buat ayat cantik2 nak bagitau. Takut menyinggung perasaan orang lain. Tapi xpe, kita pon dah buat meeting haritu, nampaknya keadaan dah berubah. Good2.. ; )
Post a Comment