Wednesday, March 10, 2010

Kalau ada yang tertanya2 tentang aktiviti selepas pulang ke Selangor Jumaat lepas, ni haa nak story. Tapi nak menaip banyak2 akak tak larat, al-maklumlah dok menumpang di bilik lama ketua jabatan. Dia kata from time to time dia mungkin akan datang untuk ambik barang. Al-mamfus la kalau dia nampak kita merewang mengemaskini blog.

5 Mac 2010 - sampai2 je Serdang, teringin nak makan di kedai akak skirt tu ha. Ginilah gambar makanan yang sempat diambil. Bagai Singapura dilanggar todak.

Yahhh.. Kami sudah kembali! Merewang sana sini cari makanan untuk disantap

6 Mac 2010 - Kursus pra-perkahwinan di pusat komuniti presint 16, Putrajaya

Selepas kursus tamat jam 6.30 petang, apalagi, singgah la di Alamanda. Dekat...

Dinner at Lemongrass. Puas hati dapat makan nasi kuning rendang ayam & pau sikit laksa asam Ejad. Sedapp!

8 Mac 2010 - pi teman Che Dah tengok rumah yang nak disewanya, lepas tu singgah di Kenny Rogers Jusco Equine Park

Dengan Haji Ihsan yang dah lama tak jumpa. Maintain ko nox.. ; )

Set baru 1/4 chicken, with spicy oriental sauce ke apa tah. Tak payah la order. Buang duit je. Menyesal akak. Nasib baik Che Dah yang bayar. ;p

9 Mac 2010 - Murtabak daging special di Murtabak Mengkasar, Setapak. Ejad sungguh2 promo tempat ni, kedai kawan dia. Restoren ni dah masuk rancangan Jalan2 Cari Makan (tapi belum disiarkan)

Ginilah besarnya murtabak tu, boleh kongsi 2-3 orang. RM 8.00 sekeping. Murtabak ni sangat popular di Pekan, Pahang. Resipi bapak mentua pemilik restoren

Habis sudah cerita makan2. Sekarang hampir jam 12 tengah hari. Tengah tunggu masa untuk keluar lunch. Progress kerja (phd, mohon lantikan ke pensyarah bersyarat, etc. sedang diusahakan) rasanya malas nak cerita. Buat menyampah saja. Nanti2 bila mood nak memaki hamun datang, akan diceritakan apa yang berlaku siang tadi.

Have a wonderful day! ; )

11 comments:

shila ariff said...

hohoho...asam laksa di lemongrass sememangnya sedap...aku baru last month pi mkn kat mines (10 feb)..hari ni genap sebulan nox...huhuu....

Ayu said...

Huiyoo, hebat ko Sheila! Siap ingat tarikh pi makan laksa tu.. ;D

Mokrish said...

babe...hang dgn Ijad gi umah cheq ek ari tu...bonda kata hang Ayu gitu pkai tudung hahaha...rindunye kat bonda cheq huhuhu

animed said...

Ayu..anim nk tanya nih. Kat mana ayu mkn sate kt penang tu. Kat sunshine ka kedai tu? Hj samuri dh x best la..dah pangkah dah dr favourite list. Hujung bulan ni blk penang..igt nk mkn sate tu..sebab tgk ada sate black pepper. Ni edi tanya..kedai Tajuddin Hussain tu senang ka cari..dia ckp gulai2 tu sgt la mengiurkan. Isteri dia ni x pass lg masak gulai..tu yg blk penang ni nak mkn kari penang puas2.
Tq ayu..

Ayu said...

Pakcik Mok - ye, lama tau dok sembang dgn bonda pakcik. Sian tgk dia sorang2. Tapi adik pakcik ada la kat rumah time tu.. ; )

Anim - Ayu tak berapa ingat la kedudukan kedai sate tu, tapi dia mmg dekat2 dgn Sunshine, bangunan dia agak baru (maklumlah, pakai driver & xtgk jalan masa tu). Hehe.. Tajuddin Hussain tu dekat Campbell Street, itupun Ayu tak reti nak habaq betui2 sebab mak yang drive ke sana. Ayu kalau tak drive, mmg menganga je keje. Hehe.. Sorry Anim.. Harap dapatla Anim & Eddy jumpa kedai2 tu. ; )

Farina said...

Ayu, sementara ko boring2 duk tunggu lunch ke or tunggu punch out ke, email kat aku perkembangan hang ok. Kenapa bilik tutor lama tak leh guna? Ape benda pensyarah bersyarat tuh? Naik pangkat ke nox, yang penting gaji naik ke? Hahaha, jeles aku part Kenny Rogers tuh ok. Terbayang2 kulit ayam die yang sedap tuh.
Sile update aku okess.. aku ketandusan gossip :)

Anonymous said...

hehe kiut je ayu pakai tudung tu..teringat masa kita skolah dulu ayu pakai tudung masa form 2 tu, bulat comey je hik

Anonymous said...

Ayu: Kedai Tajudin Husin tu kat Queen Street bukan Campble Street.Dari simpang balai bomba lebuh pantai. jalan terus sampai jumpa Restoran Kapitan then belok kanan,pas tu, belok kiri ,Jalan terus n belok kiri balik. Restoran tu side kiri jalan, dan sebaris dengan Daud Restoran N Sultania Restoran-Cg maznah

hasnahnoh said...

haaa.... ni baru betoi penerangan tentang tajudin hussin.... bab2 ni kena tanya terus dgn jurucakap a.k.a duta dia, he he he........

lara mikhael said...

Hoho..rupanya murtabak mengkasar juga available kat KL yek. Ingatkan ada kat Pekan sajork. Dulu masa kerja kat Pekan, memang kedai murtabak mengkasar sebelah sekolah sains shah pekan tu la dok angkut kengkawan/sedara-mara mai utk menjamu selera.

Ayu said...

Farina - kita update kat fb msg ye nyah.. ;)

Mieza - cek mmg sentiasa bulat2 je, hehehe..

Cikgu Maznah - Wah, terima kasih tlg bagi arahan yg tepat. Super power! ;D

Mak - Tuu dia, kena la duta dia tlg jawab, sbb yg pi mkn ni pandai makan ja, jalan pon tak tgk. Hehe..

Chempaka - Best la kan murtabak tu. Boleh pi cari lagi.. ;>