Saturday, February 27, 2010

Leaving on a jet plane

Sudah tiba masanya untuk tidur.. Sebelum pagi esok pagi dah bergegas ke lapangan terbang Schiphol. Sungguh tak sangka masa untuk kembali ke tanah air telah tiba! Sungguh mengujakan! ;D

Baru selesai mengemas beg, dan beratnya adalah 27kg. Terlebih 2 kg. Tolonglah dapat pegawai yang murah hati di kaunter daftar masuk esok..

Banyak cerita2 menarik untuk dikongsi, terutama tentang majlis graduasi 3 hari lepas. Akan tetapi, saya adalah terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Nanti apabila keadaan sudah reda kita sambung lagi ye.

Selamat malam Netherlands, selamat pagi Malaysia!

Jumpa di Malaysia ya.. ;>

Tuesday, February 23, 2010

Tetamu hari Ahad

En. Rosman sekeluarga (yang terlepas farewell lunch 2 minggu lepas), telah berkunjung ke teratak kami semalam. Katanya dia tak perasankan Facebook message yang menjemput ke farewell lunch tu, kalau tak, tentu dia akan hadir. Makanya, kami pun sekali lagi memunggah kabinet dapur, fridge & freezer untuk mencari idea jamuan tengah hari untuk En. Rosman sekeluarga. Nasib baik stok bahan mentah masih banyak. Maka terhasillah ikan bakar, air asam, sambal tumis udang, sup daging, sayur campur & agar2 lumut untuk dijamah bersama2. Hihi..

Eh, pakcik Mok pun ada? Hehe.. Katanya dia berat nak join, sebab dah keluarkan ayam untuk dinyahbeku. Ahhh.. Simpan je la ayam tu pakcik.. Meh sembang dengan En. Rosman ni lagi best..

Ilham (anaknya, sebaya dengan Aiman), Kak Fina (isteri) & En. Rosman - happy je tengok menu atas meja. Katanya, depa memang suka makan ikan & sambal2 ni. Elok lah tu. Jemput makan..

Nak jugak la 2 tuan rumah ni bergambar sama. Hehe..

Terima kasih untuk En. Rosman sekeluarga sebab sudi ajak kami beraya bersama pada Ramadhan/Syawal lepas. Depa ni memang peramah & murah hati. En. Rosman siap bawak cenderahati dari Tourism Malaysia, untuk diberi pada supervisors masing2. Ye la, dah nak balik ni, memang la souvenir nak ditabur tak cukup2. Terima kasih!! Harap nanti kita dapat jumpa di Malaysia pulak. ; )

Monday, February 22, 2010

Last Friday's story

Pada siangnya ada practice session bersama pelajar2 MSc yang lain. Kami berlatih present untuk graduation day. Setiap seorang diberi 12 minit untuk menyampaikan hasil penyelidikan. Kali ni I agak berjaya, menamatkan pembentangan dalam masa 12 min 18 saat. Kira bagus la tuh, sebab sebelum ni, 21 minit rekod masanya. ;p


Ni semuanya international students. Ada lagi 2-3 ekor yang tak join.

Malamnya? Che Dah & I went to Maneki for a dinner treat by Mok & Ah Lau. ;>

Siap ber-booking segala nak pi makan kat sini. Thanx to Pakcik & Ah Lau kerana susah2 plan semua ni.. ; )

Ah Lau & Che Dah

Mokrish & I

Seafood tempura & Edamame

Salmon & unagi (eel) sushi

Then, a boat full of sushi & sashimi arrived ;D

Erk, pakcik Mok mesti menyesal tengok apa yang terkandung dalam bot nih. Hahahahhah.... ;p

Ah Lau dapat sense yang pakcik Mok tak puas makan. Jadi, ditambah lagi grilled salmon, a bowl of Japanese fried rice & stir fried vege. Itupun waitress yang ambik order tu cakap "that's too much for you". Bila datang? Alahai, kecik je portion-nya akak oiii... Nak share 4 orang. Apedaaa.. Kalau kat Malaysia, lagi kita tambah order, lagi dia suka. Tak pernahnya nak halang2. Bodoh la dorang nih. Apa ko tak nampak ke yang kitorang seseko ni perot tong?

Sesudah keluar dari restoren tersebut. Sejuknya mencengkam kalbuu..

Jalan dari restoren tersebut, untuk mencari..

McDonald's!! Padapappapa.. I'm lovin' it! ; )

Tak kenyang2 lagi kah? Sebenarnya dah kenyang, saja nak lepak. Teringin aiskrim masa nih (walaupun di luar sejuk gila).

Antara yang dibeli - Chocolate sundae, McFlurry stroopwafel, cappucino, apple pie & muffin. Yang dua ketul berbalut tu adalah biskut yang selalu ada setiap kali kopi dijamu (at least di Belanda ni lah)

Newest addition at McDonald's - McFlurry stroopwafel. Surprisingly sedap! ; ) Rasanya menatang ni cuma ada di Belanda saja kot. Sebab stroopwafel tu adalah snek/manisan/kudapan Belanda. For more info about stroopwafel, please click here.

Habislah kisah hari Jumaat lepas. Memang happy tak terkata. Dapat makan yang best2, dibelanja pulak tu. Aiii.. Double nikmatnya. Terima kasih sekali lagi untuk Mok & Ah Lau. Segala doa yang terbaik untuk korang berdua. ; )

Sunday, February 21, 2010

Malas lagi

Ada cerita nak dikongsi, gambar nak ditayang, tapi malassssss.............

Tunggu mood datang.

Oh, di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Pakcik Mokrish & Ah Lau. Gambar2 coming soon! ;p

Tuesday, February 16, 2010

Farewell Lunch

Pada Valentine's Day tahun ini, saya & Che Dah telah memutuskan untuk menjamu sahabat-handai yang terdekat makan tengah hari (sempena keberangkatan pulang kami berdua ke Malaysia hujung bulan ni). Menunya? Nasi dagang, gulai ikan mackerel (tongkol tak jumpa cari), telur rebus, acar sayur & popia goreng. Itu saja. Lau pulak bawak vegetarian dumpling & Mok bawak his signature dessert - Oreo cheesecake. We had a good time makan2. Puas hati lah bersembang dengan kawan2. Terima kasih sebab sudi datang, semoga berjumpa lagi di Malaysia nanti! ; )

Juadah yang terhidang - sebelum tetamu tiba

Nak tunjuk set nasi dagang tu.. Resipinya diambil di sini

Antara tetamu terawal (kiri-kanan): Kak Ra, Lau, Che Dah (tuan rumah), Ain & Kak Yani

Ni aksi rasa-rasa popia & dumpling

Tengah mengunyah popia & dumpling jugak

Tuan rumah yang sama naik nak makan popia dengan para tetamu

Pakcik Mok kalau bercerita..

Tuan rumah II yang baru nak makan popia setelah selesai tugas sebagai camerawomen

Rupa nasi dagang dalam pinggan. Lupa pulak ke telur rebus tu. Hehe..

Popia goreng & vegetarian dumpling Lau yang sedap

Tetamu terakhir - Yanie dari Rotterdam. Yanie ni selalu jumpa kat kedutaan waktu raya, lepas tu terus berhubung melalui Facebook

Pakcik Mok's Oreo Cheesecake

Pose sebelum Pakcik Mok & Yanie berangkat pulang I

Pose sebelum Pakcik Mok & Yanie berangkat pulang II

Buat yang tak dapat datang (Azwan & En. Rosman sekeluarga), gambar2 ni untuk anda. Jamu mata. ; )

Dinner spread by Kak Ra

Kali ni (dah lupa hari apa), Kak Ra yang masak. Sup anak biri2 (lamb la tu). Ditambah sambal belacan & timun, ikan masin goreng & sambal ikan bilis kering (import dari Malaysia). Bila ada sambal belacan, makan memang bertambah2. Sekali sekala makan lamb ni, sedap jugak rupanya.. ; )


Ginilah gayanya setiap kali dinner. Periuk belanga semua naik atas meja. Kejadahnya nak berhidang2 bagai, bukan nak jamu mak mentua. ;p

Friday, February 12, 2010

Mulut Jahat

Saya lah tu. Yang mulut jahat & selalu pot pet pot pet ngumpat orang, especially bila orang2 tersebut buat perangai yang menjengkelkan di mata saya.

Tapiii.......... Yang selalu buat saya sebak dan terpana bila orang2 yang saya umpatkan tu, berbuat baik dengan saya. Contohya, kasi hadiah, etc. Semalam, kakak dalam pejabat (my junior) kasi farewell gift yang sungguh comel siap dengan kad ucapan. Kenapalah kau buat beginiii........... Aku ni selalu lah mengumpat peel engkau yang pelik2 tu.. Sekarang aku rasa berdosa, bersalah dan kejam.......... Aduhai........

Rasa nak mengalir air mata bila tengok hadiah & kad tu.

Perkara yang sama berulang lagi pada malam hari. Sepotong ayat yang boleh buat makanan tersekat di kerongkong. "Akak terharu, you all memang ikhlas.." Padahal di belakang akak, you all ni tak ikhlas pun.. You all terasa akak............. :(

Rasanya itulah cara Tuhan mengajar kita. Mulut jaga, hati biar bersih. Buat apa sekalipun, mesti ikhlaskan. Walaupun kita susah, rimas dan terganggu semasa menghulurkan bantuan. Sebabnya, kalau kita tak ikhlas, habuk pun tak dapat. Sekurang2nya kalau hati ikhlas, dapatlah saham akhirat.

Sekian tazkirah hari ini. Renung2kan dan selamat beramal! ; )

Tuesday, February 9, 2010

Khabar

Khabar yang terkini:

1. Sedang berhempas pulas siapkan slides untuk presentation Rabu ni. Ini presentation di jabatan sendiri, sebelum presentation akhir pada 23 Februari. Sebenarnya kalau betul2 memberi tumpuan, sekejap saja boleh siap. Masalahnya, pendorong utama belum sampai. Pendorong utama: KURANG 12 JAM SEBELUM TARIKH AKHIR.

2. Hari2 bermalas2an, memikirkan hari untuk pulang ke tanah air. Sekarang ni mood nak meneruskan kerja memang di tahap kritikal. Saya dah tak peduli dengan apa2 lagi. Lantaklah.

3. Berat badan masih di takuk lama. Naik tak, turun pun tak. Kalau boleh, nak la turun 8 kg lagi sebelum balik. Tapi cuma ada 19 hari saja lagi, sila buang angan2 Mat Jenin tu dalam tong sampah.

4. Sekarang ni senang serabut dengan macam2 karenah manusia sekeliling. Macamla manusia sekeliling tak serabut dengan karenah i kan.. Hihi..

Pendek kata, cepatlahhhhhhhhh 27 Februari tibaaaa....... Tak sanggup hidup dalam keadaan malas dan jiwa kosong macamni. Bosan!

Sunday, February 7, 2010

Pakcik Mok, eat your heart out!

Dear Pakcik Mok,

Hari ini kami wanita2 berempat telah ke Maastricht untuk melawat adinda kita, Azwan tanpamu. Jangan jelous. Silalah layan gambar2 dari our cameras dan MacBook Pro Azwan.

Setelah hampir 2 jam perjalanan dari Utrecht, kami pun tiba di Maastricht. Turun2 train je dah sibuk bergambar. Jakun sungguh

1st stop - flea market depan Maastricht Central Station

Tolong Kak Ra pilih keronsang antik

Lepas tu Azwan bawak lintas jambatan Saint Servatius (over Meuse river) untuk ke Inner City

The Vrijthof square with Saint Servatius Basilica

Ada pulak arca2 menarik, sempena Carnaval (akan berlangsung next weekend)

Rehat makan2. Salmon goreng, mussels goreng, telur ikan goreng, ikan goreng, waffle & kuih2 macam pak tongko berinti custard cream (kalau tak kenal pak tongko sila google)

Kedai2 sekitar Vrijthof square

Arca patung tu memegang obor berapi. Tak sempat pi selidik sejarahnya. Hehe..

Akhirnya sampai ke tempat tinggal Azwan, nun di atas bukit. Sungguh cantik tempat bernama Bemelen itu. Gambar rumahnya sayang tak sempat diambil. Macam rumah agam, lengkap dengan aroma kuda dan tahi kuda

Lau dengan guinea pig dalam penjagaan Azwan. Ini yang jantan, nama dia i lupa daa...

Bilik Azwan sangat kemas, teratur & smart. Furnish-kan sendiri pulak tu. Kellas ko. Tak habis2 dipuji dek Kak Ra sepanjang jalan pulang ; )

Tambah lagi markah apabila tuan punya bilik jamukan Dutch casserole nih. Ohhh... Sedapp!!!

5 minit sebelum berangkat pulang, sempat menggila dengan webcam

Lagi sekali. Untuk kenangan dan bukti kami telah sampai ke bilik tersebut. Hehe..

Lepas tu main snap 4 gambar berturutan pulak

Oh, sangat seronok!! Kalau ada masa lagi, mau kita main snap2 lagi untuk sejam berikutnya. Hehehhe..

Azwan, terima kasihhhhh!!!! Sebab sudi jadi pemandu pelancong, chef & host yang sangat memuaskan hati. Hehe.. 5 bintang!! ***** Maaf di atas kejadian suwey 2x itu, semoga cepat recover ye.. ; )

p/s: Azwan, kalau tak betul maklumat2 di atas tolong bagitau eh..

p/s lagi: Baru google pak tongko, dapat macam2 termasuk Jamal Pak Tongko. Hahahahhahah!!! ;D