Tuesday, December 29, 2009

Yang dah lepas..

Macam2 tarikh dah lepas nih. Semua tak sempat di-cover dalam blog nih, maklumlah mak busy merancang bajet 2010 nyah2 sekalian..
  • 1 Muharram - aktiviti muhasabah diri dalam rumah saja, tiada bermasyarakat
  • 22 December - anniversary Ayu & Ejad yang ke-4!! ; ) Wahhh, tak sangka dah 4 tahun. Kenapa rasa macam baru??
  • Xmas day - yang sebenarnya takde hape pon nak di-update sebab Xmas kat sini bosan nak matiiii....... Semua kedai tutup. No kedai = no fun. Dah la boxing day ke apa ka pon takdak. Rugi2..
  • Hari Asyura (10 Muharram) - haram tak buat apa2 pun.. Cuma tengok gambar bubur asyura di sana sini ;p
Oh ya, lupa nak cakap, i dah tengok Avatar. Separuh masa pertama rasa macam nak tertidur pun ada. Lepas tu, ok dah. Hutan hujan di Pandora ke apa nama tempat tu adalah sangat cantik dan magical. Syoknyaa kalau ada betul2.. Haa, lagi satu, spek mata 3D tu membuatkan hidung i sakit la. Pening pon ye jugak, sebab pakai glasses rabun, pastuh top up pulak 3D glasses tu. Pening2.. Tak selesa bila pening2 lalat & sakit di nose bridge nih. Bila bagitau Ejad, katanya, "haa, Ejad tau kenapa. Sebab hidung b penyet." Perlu kah kasi statement tulus ikhlas macam tuhh?? Hisyhhhh...........

Monday, December 21, 2009

Sesibuk semut angkut gula

Ada ka peribahasa tu?

Heheheh...

Sebenarnya nak bagitau, 2-3 hari ni (sejak semalam sampai la esok/lusa), i akan sangat busy dengan corticosterone assay. Jadi mintak maaf kalau tak sempat menjawab atau memberi maklum balas terhadap apa jua yang teguran/soalan (erk, macam la ada orang peduli).

Okeh, nak sambung keje.

Tata!

Saturday, December 19, 2009

Marilah mari

Mari belajar memasak. Kali ni akak nak kongsikan satu resipi yang sedap gila, senang, main humban semua pastu tutup periuk. Sukaa?? Jomlah kita tengok bahan2nya.

Daging ntah apa nama dia tapi masa kecik2 dulu mak selalu buat mak kata resipi ni Cikgu Malini yang bagi

Bahan2nya:

Daging dipotong 7mm tebal, dihiris perpendicular to ira urat daging (ada paham?)

Bawang merah, bawang putih, halia, serbuk ketumbar & daun kari
*Bawang merah, bawang putih & halia perlulah ditumbuk halus

Kicap pekat kegeraman kegemaran anda. Kalau kat Penang, kicap yang paling afdal adalah kicap pekat cap tiga ayam. Kat sini takdak kicap yang rasanya balance macamtu, jadi akak campur 2 jenis kicap ni. Satu manis sangat, satu lagi masin sangat. Jadi bila dah campur, balance la dia..

Kemudian, humbankan saja kesemuanya dalam satu bekas

Apalagi Biah, ko gaul la dengan tangan yang mulus tu sampai mesra

Setelah minyak dalam kuali panas, masukkan daging
Tutup periuk dan biarkan 6 minit sebelum membalikkan daging
Tutup semula periuk dan biar selama 5-6 minit lagi
Kalau kering sangat tambah la air sikit
Rasa2nya masak lah tu..

Tadaa!!! Beginilah hasilnya
Sila pastikan daging anda berwarna sejibik macam dalam gambar ni okeh. Kalau tak, gagal la tu.. Hehehehehe...

Selamat mencuba! ;D

p/s: Tak tipu, memang sedap gila. Teman sepejabat yang pernah rasa menatang ni pun terus mintak resipi & buat. Bau daging ni je boleh buat orang kecur liur. Dannn... Akak masak daging ni dah 4 kali dalam masa 2 minggu ni. Hah kau. ;p

Sunday, December 13, 2009

Something at my front door

A shoe? Yes, a green sneaker. Filled with colorful gummy bears & a poem. How sweet.. Although i can't have any gummy bear (they contain gelatin, non-halal gelatin), they're still very beautiful to look at. ;D

Sinterklaas left this at my front door on Dec 5th. Yeah right, i know very well, that's my front door neighbor's handwriting! ; )

To know more about the Sinterklaas day, please visit Wikipedia for more info. I wrote a post about it in my previous blog, and this time i'm just L.A.Z.Y to re-post that here.

Well, it's not over yet. Last night, my neighbor knocked on the door and rang the door bell (again). This time she brought some Xmas cookies that her future mum in law made, a glass of chilled ginger beer and a Xmas/new year card. According to her, the original South African ginger beer should be made by fermenting some raisins with yeast, then adding ginger concentrate to that mixture. But since she knows that I don't drink any alcoholic beverage, she used sparkling water instead of yeast mixture. Okay, what a relief! I almost jumped hearing "this is South African ginger beer.." ;p

Here they are. The card is very sweet, full of kind words. Typical sweet Germari.. ; ) The cookies taste very similar to biskut raya back home. Makmur? And the ginger beer is surprisingly nice. Sparkling water+ginger concentrate+sugar+raisins. Very refreshing!

Thank God for the blessing of having a wonderful, super nice, kindhearted neighbor. May God bless you Germari dearie.. : )

Saturday, December 12, 2009

6 hari

6 hari punya dinner. Kalau sudi, layankan je lah i yang tengah sangap di hujung minggu nih. Eh, weekdays kemain busy sampai tak cukup tanah, sekali bila weekend sangap pulak. Almaklumlah, i kan ke kena tinggal sorang2 kat rumah ni.. Berteman bunyi tv je la. Saje buat ayat2 sedih. Hehe...

Ahad lepas - kes teringin nak makan KFC

Isnin - teringin pizza pulak..

Selasa - nasi padprik

Rabu - nasi, daging masak kicap & sambal tumis terung+bendi+bilis
(ya Allah, sepahnya pinggan ituuuuu)

Khamis - sambal tumis udang & kubis goreng

Jumaat - nasi impit, kuah kacang & rendang ayam
(buang tebiat ke apa?)

Opps, ada 1 gambar lagi. Yang ni bukan dinner, tapi juadah minum petang hari Rabu & Khamis

Fusili goreng

Dah, tu je la.. Walaupun sunyi ke, busy ke, etc. Makan tetap makan. Jadi janganlah bimbang ok. InsyaAllah tak kurus.. Hahahha.. ;D

Thursday, December 10, 2009

Betul2 tak sempat

Sekarang ni semua menda tak sempat.

Hari ini dalam sejarah. Dalam pada dok mengeliat2 tunggu handset memekak menandakan masuknya jam 6, tetiba rasa tak tahan nak tunggu dah, langsung bangun belek handset. Teka apa?

7.51! Tapi kenapa kat luar gelap macam jam 5 pagi? Why, why????

Lambattttttttttttt!!!!!!!!!! Terus bangun, gosok gigi, capai top yang tebal & tak perlu di-layer, siap2, terus blah.

Blood sampling musti mula jam 8 pagi. MUSTI jugak! Kalau tidak nanti maka nilai corticosterone dalam plasma adalah tidak reliable disebabkan perbezaan sampling time. Tak paham sudah.

Tak sempat, ok.

Tak sempat nak ambik pizza dalam fridge (semalam buat) - bekal lunch hari ni.

Tak sempat nak pack laptop, charger & internet cable.

Tak sempat nak sembur perfume.

Dan yang paling best sekali.............

Tak sempat nak MANDI.

Adoilaaa............... Mengapalah suwey aku harini.............................

Tapiiiiiiiiiiiiii, habis je 1st batch of blood sampling, i sempat lari balik rumah. Mandi, angkut laptop & korek lunch dalam fridge.

Tolonglah esok jangan jadi lagiiiiiiiiiiiiiiii............

Tuesday, December 8, 2009

Pelik.

Pelik bila hari ini hari Isnin. Tapi kenapa? Kenapa hari ni terasa macam hari Selasa? Takyah jawab.

Lapar. Lapar gila babas, tapi........... Kenapa malas bebeno nak menyiapkan makanan?

Mengantuk tahap gaban. Tapi................. Gatal jugak nak harvest segala hasil ladang di Farmville.

Oh ya, yang bagusnya hari ni adalah apabila para supervisors excited dengan result penyelidikan i. Ha ha. Korang excited lebih ni kenapa, tu baru i goreng sket2 je. Kang tetiba bila dah plot graf, semua ke laut, mau la kena maki se-round dua.

Erghhh....... Keje banyakkkk.....................

Tido se-round lah dulu. Tata!

Sunday, December 6, 2009

Saturday updates

Awal2 pagi tadi dah keluar rumah, hantar Che Dah ke airport.

Ada giant Xmas tree di Schiphol, yeayyy!!!! Macam tak pernah jumpa Xmas tree je lagaknya

Kemudiannya, jalan2 di Amsterdam bersama Mok. Sebab utama ke Amsterdam adalah kerana dijemput makan tengah hari oleh Moni di rumahnya. Lama betul lepak2 rumah Moni, makan2, main kucing baru Moni & makan aiskrim.

Cashew nut chicken, stir fried courgette & sambal ala Chicken Rice Shop

Moni & her cute Adonis

Suhu kat luar 6'C, kat dalam rumah boleh pulak makan2 aiskrim kan.. Sewell..

Ohh.. Aiskrim strawberry cheesecake Albert Heijn adalah sangat sedap. Setanding dengan B&J. Nanti boleh beli lagi! ; )

Friday, December 4, 2009

Tak tidur2 lagi?

Dah tau pagi2 kena bangun pukul 6, tapi bila jam dah 12 tengah malam, tak reti2 nak pi tidoq. Pastu nanti bila alarm bunyi jam 6 pagi, terkulat2 nak bangun.

Sudahnya, jadual cuci rambut kadang2 tak terikut. Sebab bila cuci rambut, mesti end up lama2 dalam shower. Patutnya shampoo & condition every other day, tapi kadang2 dah terselang 2 hari pulak. Ahahahahah...

Owh, jangan suka2 nak mengumpat i.

I tetap wangi you know.. Mandiiiiiiiiiiiiiii.............. ;D

Thursday, December 3, 2009

Masih ada, hidup lagi..

Cuma tiada cerita dan berita.

Apa ya.. Suhu makin turun. Sejuk...

Pokok2 pon botak sudah...

Cerah lambat, gelap awal.

Gini lah keadaannya masa balik dari office jam 5.30 petang. Sangat rasa nak balik dinner, mandi & tidur terus. Padahal awal lagi..

Subuh jam 6.40 pagi, maghrib jam 4.30 petang - waktu paling seswaii nak ganti puasa kan kan kan??

Tapi adoooo........... Tak ganti2 jugak. Hehehhe... ;D Mana tak nya, seksaa....

Jam 11.30 tengah hari, perut berkeriuk2 macam tak makan 2 hari.

Ke sebab tak pasang niat puasa? Kalau dah niat tu gerenti boleh punya lah. Kan kan..

Che Dah nak balik Malaysia dah Sabtu ni. Sorang2 lah i kat umah ni selama 3 minggu. Mampos la sangap sorang diri waktu dinner & weekends.

Dah, tu je lah kot. Nak buat list barang2 nak dipesan kat Che Dah untuk dibeli di Malaysia.

Bukan barang apa pun, buah tangan untuk insan2 di jabatan ni & para penyelia. Nak kasi barang buatan Malaysia. Baru syok sket..

I
kan nak balik Malaysia dah lagi 3 bulan? Ewahhhh...... Tak sabar!! ;D

Tuesday, December 1, 2009

Tell me why?

Articles dah bersepah atas meja nih, pen di tangan, note pad penuh diconteng, tapi introduction paragraph ni tak siap2 pembetulannya..

Dah 2 minggu dah ni...

Bila buat kerja depan laptop, asyik2 terbabas.

Ke Facebook..

Ke Purse Forum..

Ke **u** **i****

Apa ke seksa sangat nak mengarang ni, materials semua dah ada. Tinggal nak susun ayat je mangkuksss...............

Rasa2nya, kalau supervisor duduk sebelah pegang rotan, barulah tak terbabas kot.

Kot lah. ;p