Setelah post tadi ditaip dengan perasaan gumbira dan aura positif, post yang ni pulak ditaip dengan perasaan sedikit negatif. I went to the centraal tadi, konon2 nak tengok free markets sempena Queen's Day yang sepatutnya bermula pukul 6 ptg tadi, tapi hampa.. Satu stall pun takdak. Manusia memang ramai, tapi takde pun stalls. Stalls yang jual alcohol ada la.. Pakcik yang menyanyi lagu kuat2 pun ada. Manusia2 berpakaian orange di sana sini. Tapi mana free market? Mana? Mana? At last lepak2 minum cappucino dan sedikit ter-shopping. Tapi barang2 ni memang keperluan tau.. Macamanapun, sedikit terhampa sebab hajat tak kesampaian. At last, pengurangan baki akaun pulak yang terjadi. Aduss...
Ok la, jom la tengok ape harta karun yang dicekau tadi..
Alasan membeli: Perlu sebab kulit kepala sekarang sgt kering dan dandruff banyak sgt - penyebabnya adalah kekeringan udara di sini & setiap kali shampoo rambut, i bilas dengan air panas. Ye la, sini sejuk. Memang la kena mandi dengan air panas.. Walaupun ada yang kasi tips bila ber-shampoo, guna la air sejuk atas kepala. Adoila... Tak sanggup... Cuba la buat kalau tahan daulat. Uuuuu... Seksa you...
Alasan membeli: Mango whip body lotion sudah habis... Kali ini i mencari sesuatu yang lebih baik. Katanya body butter ni effectnya kekal 24 jam (kalau dalam masa 24 jam tu anda tak mandi langsung lah kot). Melembapkan kulit adalah sangat penting - kulit akan nampak bersisik kalau lepas mandi tak pakai moisturiser. Kalau basuh tangan kerap2 dan lupa pakai moisturiser pun, terimalah habuan kulit tangan kering & mengelupas.
Alasan membeli: Sangat perlu, sebab summer dah dekat, i nak pakai sandal, tapi tumit dan kulit sekitar jari2 kaki kekeringan. User testimonials di website L'occitane mengatakan krim ini sangat mujarab. I cuba dulu tau.. Nantikan reviewnya. Hehehe..
Oops, lupa. Nak tayang jugak lah free samples from L'Occitane. The sales assistant kasi Verbena body cream, pastu dia tanya, "do you want something else?" Apalagi, mintak la "something to reduce my eye bags & dark circles". Sekali dia hulur 4 paket shea butter eye balm. Tapi 2 paket i bagi kat Che Dah, upah meneman. Boleh gitu? Hehehe..
Ok lah, bila tengok barang2 ni rasa happy pulak. Persetankan free markets tu semua. Jomlah pergi mandi & sapu segala butter & krim ni. Hehe..
2 comments:
elok juga la ayu dah beli siap2 utk mak ayah aiman nanti, tak yah la kami bawa berat2 dari msia ni, he he he ............
Hahaha.. Don't worry, semua dh siap sedia. Bwk body & bekalan baju2 saja ok! ;)
Post a Comment