Tuesday, October 30, 2012

Dear baby

Jumaat lepas, tepat pada hari genapnya 16 minggu, your parents bought these. Just because they're at discounted price.


Haih la pantang tengok potongan harga, jadi sawan semacam. Lepas ni apa lah lagi.. Sikit2 lama2 jadi bukit. Pushchair & car seat aja yang tak mau beli awal2 sebab makan space & paling mahal. Yg lain akan perlahan2 diangkut pulang, insyaAllah :)

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Rasanya 3-4 tahun yang lalu, Aidiladha tidaklah disambut seperti Aidilfitri - dengan ketupat rendang dan seangkatannya. Paling2 pun ke masjid solat sunat Aidiladha & tengok korban lembu, kemudian daging dan segala bahagian lembu diagih2. Balik rumah barulah mak2 mula memasak sup tulang lah, gulai daging lah. 

Bezanya juga tahun ni, yang beriya menempah baju raya Aidiladha pun ramai. Tapi memang bertambah meriah & seronoklah sebab sekarang boleh makan ketupat rendang 2 kali setahun.


Menu sehari sebelum Aidiladha. Teringin punya pasal. Nasi tomato, ayam masak merah, dalca & acar buah
Selamat menyambut Aidiladha (dan sekarang ada jugak yang tambah ayat ni - maaf zahir batin) :) Heheee

Thursday, October 18, 2012

Edinburgh

Flashback entry ni. Beraya di Edinburgh Ogos lalu. Baru ada mood nak buat entry. Beraya dengan keluarga Fazlan & Nur Indah & si kecik Faris Rayyan. Atuk nenek & makcik pakcik Faris datang jauh dari JB nak beraya dengan Faris. Mak Ayu & Uncle Ejad pun tergedik2 datang menumpang kasih(an). Hehe..

Dalam pada beraya sempatlah pusing2 bandar Edinburgh. Ambik sight seeing tour, memang puas hati dapat tengok banyak attractions. Kami cuma turun untuk bergambar di Edinburgh Castle aje, selain daripada tu asyiklaa melegakan bontot, duduk atas bas.

Ada hati mau buat entry tapi caption gambar malas nak bubuh. Boleh?