Biasalah, musim ganti puasa. Bila dah nyawa2 ikan masa yang tinggal sebelum Ramadhan menjengah, baru la terhegeh-hegeh nak ganti.
Hari ni hari yang ke 6. Ada lagi sembilannnn!!! Huwaaa. Patutla raya tahun lepas makcik macam ikan buntal, 1/2 bulan tak puasa. ;p
Bila dah puasa ni, semangat nak masak untuk berbuka memang meluap-luap.
Dan sokmo teringin nak makan lauk-lauk kampung je.
Isnin baru ni buat lawa jantung pisang & ayam goreng kunyit cili padi.
Selasa masak nasi daging + air asam kerisik. Uu hai. Merembes air liur taip nih.
Harini tah apekebenda lah yang nak naik atas meja makan. Tengah pikir. Ada sejam++ lagi ni.
Selamat berbuka puasa! : )









