Pada suatu hari, En. Izzad ajak isterinya ke Downtown Cheras selepas dinner. Apalah nasib, terlupa pulak yang jualan cuma akan bermula jam 10 malam, mereka tersampai awal. Tidak berputus asa, En. Izzad mengubah haluan ke Danau Kota. En. Izzad berhasrat mencari pouch bag untuk kegunaan kerja, sementelah tali pouch bag yang dibelinya dulu baru saja putus.
Sesampainya di bazar malam Danau Kota, En. Izzad pun mencari ruang untuk meletak kereta. Isteri di sebelah dah terlelap tidur. Dengan lemah-lembut dia kejutkan isterinya bangun. "Larat tak? Kalau tak larat kita balik saja". Baik sungguh hati En. Izzad. Tapi si isteri lagi baikk.. Dalam mamai-mamai, isterinya tetap keluar kereta untuk menemankan lakinya shopping. Mithali habis lah kira.
Baru jalan 10 langkah, si isteri tersasar haluan ke kanan sebab terpanggil dek kilauan kerongsang. Oh.. En. Izzad redha saja tolong pilihkan walaupun pilihan En. Izzad selalu di-reject secara berhemah. Isterinya memang cerewet & indicisive. Tambahan pula, si isteri sedikit culture shock melihat harga kerongsang yang jauh lebih murah berbanding harga kerongsang di gedung membeli-belah, tempat kebiasaan si isteri membeli barang. Jakun sungguh..
Pilih punya pilih, dapatlah dia 6 biji kerongsang yang berharga cuma RM10.
Bukan kepalang suka hatinya, sampai terlupa terus akan dirinya yang mengantuk. Sungguh ajaib perasaan gembira yang terhasil daripada perlakuan membeli-belah, bukan?
En. Izzad juga telah berjaya mendapatkan pouch bag mengikut kehendak hatinya. Lama juga dia membelek-belek di setiap booth yang menjual beg. Akhirnya dapat sebiji, dengan harga cuma RM15 (yang kita belum tahu jangka hayatnya sampai bila).
(Gambar pouch bag tiada, "tak kuasa nak ambik" kata si isteri)
Begitulah kisah jalan-jalan malam di Bazar Malam Danau Kota. Silalah pergi, macam-macam ada.. Kata isteri En. Izzad yang kejakunan.
Wednesday, December 15, 2010
Tuesday, December 14, 2010
My take on nasi arab
Dua kali ke Saba dalam seminggu, masih tak puas. Sampai buat sendiri di rumah. Tapii, yang peliknya bila orang tanya "sedap ke makanan kat Saba tu?" Manjang jawapan "tak lah sedap sangat". Betul, memang biasa saja rasa dia. Mungkinkah pakai pelaris?
Oh oh.
Friday, December 10, 2010
Pindah ke fakulti baru
Hampir 80% manusia sudah berpindah ke fakulti baru. Tinggal segelintir yang tak tahan panas saja yang tinggal di fakulti lama. Ye lah, apa motip nak pindah kalau air-cond tak sejuk u'olls? Sudahlah bilik tak bertingkap. Dinding-dinding-dinding-dinding berpintu. Hadoi. Kipas siling pun nan ado.
Saya, Che Dah & ketua jabatan kami masih di fakulti lama. Kami bertiga berhimpit2 dalam bilik tingkat atas ni. Sekarang sibuk siapkan kertas cadangan untuk satu program baru. Mesyuarat jemaah petang ni jam 3, di fakulti baru. Yang sedihnya, bilik jemaah belum siap sepenuhnya. Jadi kami semua akan bermesyuarat di bilik tutorial. Bayangkan. Oh, harap-harap ada kuih sedap. ;D
Buat Mok, Kak Yani, Ah Lau dan semua rakan sekerja yang masih di luar negara, cek nak habaq hampa semua untung noo, tak payang angkut perabot. Dengki i.
Meh la ikut Che Dah & cek pi melawat bilik kami di fakulti baru. Jom!
Ok sudah. Nanti kalau ada gambar-gambar menarik saya tampal lagi.
Cepat balik oii kawan-kawan.

![]() |
| Pandangan dari car park berhampiran post-mortem room. Pandangan depan? Pi tengok sendiri ;p |
![]() |
| Susur naik ke bangunan fakulti. Excercise sket u'olls |
![]() |
| Koridor berhampiran makmal-makmal & bilik kami berdua |
![]() |
| Hahaha. Nanges tak? Terus upgrade professor ;p |
![]() |
| Buat masa ni, ini sajalah yang ada. Kerusi takdakkk |
![]() |
| Agak-agak kalau tak sempat mandi pagi, ke fakulti je teruss |
Ok sudah. Nanti kalau ada gambar-gambar menarik saya tampal lagi.
Cepat balik oii kawan-kawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)