Tuesday, July 13, 2010

Separuh hari di P.D.






  • Makan macam2. Lontong, mini quiche, makaroni goreng, sandwich, hotdog, nugget & sausage roll. Kenyang perut mata berat.
  • Air surut. Tapi mandi jugak. Di tengah2 hari. Panas terik, kulit terbakar.
  • Balik singgah di rumah mak sedara Ejad. Makan lagi bihun goreng, minum air sirap. Sendat lagi.
  • Kemudian pit-stop di rumah Seremban. Makan cucur ubi + sambal kicap, & sedikit rambutan.
  • Sampai rumah selepas maghrib. Sungguh penatt. Baju basah berpasir perlu dicuci.
  • Kesimpulannya, seronok tapi penat. Tapi seronok. Hehe..

Monday, July 12, 2010

Pengajaran hari ini

Soalan: Apabila seseorang qada puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadanya?

Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan HARAM membatalkan puasanya.

Dipetik dari laman web Jakim

Dah, sudah. Jangan sesiapa ajak aku yang lemah iman ni makan lagiiii..

p/s: Lagi baca lagi pening. Haram membatalkan puasa qada tu ke, atau haram membatalkan puasa yang menggantikan puasa qada tu. Faham x?

Thursday, July 8, 2010

Manusia, manusia.

Story ada banyak, tapi sebab dah berkumpul2, malas pulak nak menaip (tapi, taip la jugak sikit2).

Ohh.. Al-kisahnya, sudah lebih sebulan kami bernikah & sejak itulah, kami tak pernah pulang ke Penang lagi. Hajat di hati nak la pulang ke kampung halaman hujung minggu ni. Cuti pun dah dipohon. Tapi, khabarnya mak ayah akan datang ke Putrajaya pulak pada ketika itu. Sudahnya? Kelam-kabut la laki bini cancel & reapply cuti lain. Hujung minggu depan baru balik. Balik jugak. ;D

Cerita yg kedua. Sekarang ni tengah gigih mengganti puasa Ramadhan lepas. Rasanya semasa masih di Holland dulu, ada jugak puasa yang sudah diganti. Masalahnya, daku yg alzheimer's ni telah terlupa terus pasal bilangan hari yang telah berganti. Tak ke rasa nak sepak2 je diri sendiri? Lemah sungguh daya mental haku nih..... Makanya, suka atau tidak, gantilah semaksimum mungkin. Haiyoh. Xpe, puasa 2in1. ;p

Cerita yang ketiga. Bila puasa selalunya kita akan mengidam macam2 kan? Pukul 8 pagi - rasa nak berbuka makan nasi kuning Lemongrass. Masuk kul 10 pagi - eh, nak makan set ayam bakar Wong Solo lah. Bila lepas tengah hari - rasa nak makan soto masak sendiri lah pulak. Begitulah seterusnya sampailah azan maghrib berkumandang. Lagi satu, bila puasa kerja2 mengarang di pejabat pun tergendala. Mental block betul lah. Kenkonon bila takde glucose to the brain, lembap la sikit proses berfikir & menganalisa berlaku. Heh. Memandai buat hukum.

Tapi nak mengarang 2-3 paragraphs kat sini aku boleh pulak.

Manusia, manusia. ; )