Saturday, December 22, 2012

Mengidam...

...keropok ikan.

Tapi susahnya nak cari. Dekat Chinatown memang tak jumpa keropok ikan.

Paling hampir? Keropok udang di Tukdin. Sedap memang sedap tapi tetaplahh tak boleh lupa keropok ikan. Hihi..

Menikmati keropok udang
Penyelesaiannya? Teringat pada sorang kawan baik di Terengganu. Hantar Facebook message mintak tolong dia beli & poskan 6 bungkus keropok ikan.

12 hari kemudian...



Haa puas hati aku. Keropok ikan paling mahal setakat ni. Hehe.. RM 220 untuk 6 bungkus. Kalau hati dah mau, nasiblah labu.

p/s: Rasanya dah makan banyak sejak akhir2 ni, tapi harini timbang berat turun lagi 1kg. Weighing scale fening kah?

Wednesday, December 19, 2012

On baby

Siang tadi ada appointment dengan fetal specialist consultant. Last scan masa 20wk+ nampak saiz baby yang kecik (almost below average parameters untuk normal baby) jadi semua orang sudah ribut2lah. Risaulah risauu. Takut kalau2 cord vessels cuma ada 2 instead of 3 dan kebarangkalian fibroids restricting normal growth.

Harini, pada 23wk 4d hasil scan adalah menggembirakan. Walaupun masih tak jelas pandangan sebab fibroids, tapi consultant berjaya kenalpasti injap & ruang jantung, pembentukan muka yang normal dan yang paling penting cord vessels ada 3. Berat pun dah 542g, masuklah dalam normal range (walaupun low normal, kira aci la tuu).

Growth chart - ada peningkatan yang baik walaupun tak banyak :) Yang paling ketara biparietal diameter tu tak lagi terkeluar carta. Hehe..
Mata baby normal kata doktor. Dalam gambar ni baby terlentang. Macam muka burung hantu terbalik kan?
Tangan baby. Nampak ibu jari dan jari2 yang lain
Banyak lagi snapshot lain tapi memang susah nak terangkan biji butirnya. Pandangan masih restricted sebab fibroids besar2. Ni pun consultant tu dah usaha seboleh mungkin tonyoh perut dari sisi sana sini barulah boleh nampak. Sakit mak dibuatnya nak. Baby pun ada sekali tu tendang transducer kuat jugak, sampai consultant pun tergelak sebab dia pun boleh rasa.

Daddy? Daddy sanggup masuk kerja lambat sebab nak tengok baby. Sejak semalam dia dah bagitau supervisor dia lewat sebab ada hospital appointment. Daddynya tiap kali scan asyikla tanya sonographer "can we find out the gender?" Guess what? Kalini ada jawapan. Teng teng tengggg :D

Mommy dah excited pilih nama. Pilih punya pilih masih belum ada keputusan. Selagi tak keluar, selagi tu lah.. 100x dah tukar fikiran :P

Tuesday, December 18, 2012

Rinduu

Mak & Ayah.

Harini masa duduk sorang2 di rumah, dalam gelap & sunyi malam (husband kerja sampai midnight la pulak) - terbaca satu cerita di Facebook tentang pengorbanan seorang pakcik menghantar anaknya naik motorsikal dari Gombak ke IPG Melaka. Keluar rumah jam 3 pagi, tempuh perjalanan jauh benar (tambahan pulak sebab pakcik ni salah jalan) semata-mata nak hantar anak

Hati rasa sangat sedih & terbayangkan ayah sendiri. Tiba2 air mata jatuh macam air terjun. Sedih rasa hati mengenangkan pengorbanan Ayah & Mak. Rasa sayu sebab selama hidup 29 tahun ni, tak banyak masa terluang dengan Ayah & Mak, sejak habis SPM lagi.

Jasa Ayah & Mak pulak, kalau dihitung2, memang tak terbalas. Dari segi kasih sayang, keringat, masa, wang ringgit.. Sebak kalau difikir2. Terus angkat tangan dan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah kedua ibu bapaku, peliharalah mereka di dunia dan akhirat. Kau sayangilah mereka seperti mana mereka selalu menyayangi aku. Sihatkanlah mereka selalu, jauhilah mereka dari penyakit dan malapetaka. Amiin ya rabbal 'alamin.."

Sejak akhir2 ni memang cepat sedih kalau teringat mak & ayah, husband pun macamtu jugak. Kami masing2 baru sedar yang kami berdua dah nak cecah usia 30 pada tahun depan, mak & ayah kami lagiilah banyak usianya. Kami berdua rasa sedih sebab masih belum mampu nak berbakti pada mak ayah masing2 dalam usia matang macam ni. Tambahan pulak bila duduk jauh. Cuma bertanya khabar & mengambil berat lah yang mampu dibuat. Selain doa kami yang tak putus2. Saguhati bulanan memang bagi, walaupun jumlahnya tak seberapa, niatnya semoga mak & ayah merasa dihargai..

Kalau cakap pasal ni, bukan saya saja yang boleh hujan di tengah malam, husband pun sama. Ini betul, bukan main2. Kami sangat tak sabar nak balik Malaysia. Paling awal pun bulan April 2015 lah rasanya baru boleh balik for good. InsyaAllah tahun depan (ada niat) nak balik Malaysia untuk melawat mak ayah & adik beradik.

Moga2 Allah permudahkan perjalanan hidup di kota London. Biar semuanya lancar & cemerlang, boleh balik Malaysia dengan hati yang lapang.

P/S: Suasana di London yang bergelap sejak jam 4 petang hingga 8 pagi ni rasanya dah mempengaruhi jiwa. Siang harinya pun mendung dan gelap. Rasa kosong dan sunyi duduk sini. Tak sabar tunggu musim bunga! Moga sinaran mentari membawa lebih keceriaan :)