Maaf kalau lama tak melawat rumah kawan2. Sejak akhir2 ni kurang kesempatan nak melawat singgah2. InsyaAllah lepas ni kalau ada kelapangan kita sampai :)
Saja nak update beberapa hal berkaitan pregnancy, apa lagi kan?
|
20 wks (5 months) - Jumaat lepas |
Perut aja besar tapi baby kecik. Sedih tau. Fibroids yang besar2 buat perut besar & buatkan baby tertolak ke kiri uterus. Mungkin jugak mereka2 ni berebut khasiat sampaikan baby kecik dari average baby. Lagipun mak dia memang tak gain weight langsung sepanjang pregnancy. Turun 3kg dari pre-pregnancy weight & tak naik2 sampai harini. Tapi tidaklah alarming sangat, sebab mak dia overweight pun. In fact kalau ikut BMI,
obese! Masa
1st trimester memang kena severe food aversion. Masuk 2nd trimester dah ok dah boleh makan segala cuma tak menggila makan macam dulu.
Menurut laporan anomaly scan semalam (on 20 wks 4 d),
Estimated fetal weight 281 g
Biparietal diameter 41 mm (below the normal range)
Head circumference 166 mm (low normal)
Abdominal circumference 138 mm (low normal)
Femur length 30 mm (low normal)
Harap2 baby cuma kecik aja lah, boleh catch up tumbesaran lepas ni. Risau sangat kalau perkembangan otak dia terganggu ke apa ke kan. Setakat ni hanya boleh doa banyak2 moga2 Allah pelihara baby.
Good news is, amniotic fluid, brain hemispheres, ventricles mid brain & posterior fossa, gastrointestinal tract, kidneys and bladder all appear normal. No spina bifida or kyphoscoliosis, skin oedema or cystic hygroma.
Cuma sebab fibroids mengganggu view, sonographer suruh datang lagi 2 minggu untuk follow up scan. Harap sangat kalini boleh tengok struktur jantung, muka, cord & find out the gender. Amiiiiin..
Mommy dalam misi nak makan banyak mulai skarang. Berusahalahhh :D