Tuesday, September 25, 2012

Kisah 8 September 2012

8 September 2012 - my 29th birthday. Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Mak & Ayah.

2 hari sebelum birthday lagi dear husband dah surprisekan dengan sekeping kad ucapan dalam laci. Malangnya si bini tak bukak laci sepanjang hari, sehinggalah ditanya baru jenguk dalam laci. Laki cek memang macam tu, dia tak sabar. Hehehe.. Padahal bukanlah nak ke mana-mana pun sampai kena kasi kad awal 2 hari.


Pada hari kejadian, dear husband bawak ke Bicester Village, rupa2nya dia nak suruh kita pilih sendiri birthday gift. 


Baiklah, terima kasih. Ingat dah takmau tambah, sebab yang dalam gobok pun malas nak rotate. Tapi dah orang nak bagi kan.. :P

Pilih yang ni sebab memenuhi keperluan sebagai beg sekolah & beg serbaguna - saiz besar, material ringan, kalis air, harga tak mahal sangat.
A card from the girls in Hawkshead campus. Should I worry that people are starting to associate myself with mice?
Dari Noelia, minggu lepas baru dia kasi. Sebab sebelum tu dia sibuk bercuti di Asia Tenggara. See? She has chosen a birthday card with a MOUSE on the cover. Aduhai.
Thank you to all, yang hantar ucapan dan doakan yang baik-baik sempena hari lahir terakhir sebagai warga 20-an. Tahun depan naik pangkat.

Oh, tak habis lagi. Sabtu lepas suami hadiahkan menda alah di bawah pulak, katanya "it's still your birthday month". Ohh, terima kasih... :)


Terharu. Tsk tsk :')

10 comments:

DeLancrettLurpak said...

perhh!! bertuahnya badan nok oi!


boleh kah aku bertanya, berapakah harga Prada yang itu, sebab aku tak pernah masuk Prada di Bicester tu, takut pulak nak tgk harganya, heheh

Ayu said...

DLL - alhamdulillah nox.. Apa lagi nak dikata. Syukurr :D Regenye GBP 320 kalau tak silap nox. Murah je. Aku rasa sbb body dia nylon. Handles, strap & tag aje yg leather. Beli beli beliii. Ada 3 kaler - black, dark blue & brown. Aku punya dark blue. Dark sangat, nampak mcm kaler hitam kalau pencahayaan kedekut.

Farina said...

Comel je kawan ko tulis all she knows is bukit and dilarang merokok.

Haih, melihat komen ko diatas aku adalah sangat menyesal kerana tidak menjejakkan kaki ke Bicester Village. Muahahahha, nangis.

Runiza said...

Happy belated birthday Ayu!! Cantik bag!!! ;)

animed said...

Happy belated birthday Ayu. Bestnya hadiah :-)

Liasari said...

Oh wow! Lumayan sungguh besday gifts sumer. Happy besday ayu, may Allah bless u always.


p/s: tikus comel apa ;-)

lindaoff said...

Wahhh.Happy Belated Sebeday yuh!:)

*jeles mak ngengok Perada itew!

Ayu said...

Farina - Kawan yg tu mak dia Cina Ipoh, dia mmg blk Msia dlm setahun sekali. Tu yg dia tau bahasa Melayu sepatah dua. Tp dlm banyak2 perkataan, kenapalah dilarang merokok & bukit je yg ko tau? Hehe kelakarr

Kak Niza, Anim, Kak Lia & Apel - Terima kasih.. Makin beranjak umur, bila tersedar rasa macam tak percaya. Dalam hati masih 24 :P

Mulan said...

Happy Birthday...!!!

Happy & healthy always..!! Best kan dapat memacam hadiah..!!!

Ayu said...

Mulan - terima kasih! Rasa happy sbb pada kejadian setahun sekali ni ada insan2 yg went entra length utk membuatkan kita rasa dihargai :)