Air asam buat cicah ikan bakar. InsyaAllah sedap : ) |
Bahan-bahan (2-3 orang makan):
4 biji cili padi dihiris (kalau nk berasap telinga, pedih anak tekak, sila tambah lagi)
3 biji bawang merah didadu kecil
1 biji tomato didadu
2 sudu besar pes asam jawa Adabi
3 biji limau nipis
Belacan (lebih kurang besar sebiji limau nipis kecik)
Garam (1/2 sudu kecil)
Gula (1 sudu besar)
Air masak (1/4 cawan)
Sukatan sememangnya kena adjust ikut lidah masing2. Bukan apa, garam, gula & limau yang berlainan asal-usul kan ke tak sama tahap masin/manis/masamnya? Ni saja bagi kot2 la ada yang tak berapa reti nak agak.
Cara2nya:
1. Dalam lesung batu, tenyehkan belacan, garam & gula.
2. Dalam satu mangkuk, satukan cili padi, bawang & tomato yang telah dihiris/didadu.
3. Kemudian, ambil 1/2 daripada cili padi, bawang & tomato tadi, tenyehkan sekali dalam lesung.
4. Hiris limau nipis dan perah jusnya ke dalam mangkuk berisi cili padi, bawang & tomato. Kulit dari 2 biji limau nipis tadi, masukkan sekali dalam mangkuk tu.
5. Kulit yang lagi sebiji limau nipis pulak, masukkan dalam lesung tadi & tenyeh bersama2. Tenyeh ok, jangan tumbuk dek non, kotor dapur nantiii.
6. Sekarang, boleh kaut kandungan lesung batu (belacan, garam, gula, cili padi, bwang, tomato, kulit limau), satukan dengan bahan2 dalam mangkuk.
7. Masukkan pes asam jawa & air masak. Kacau sebati.
8. Rasa. Apa yang terkurang silalah tambah. (Kalau time posa2 ni, dengar azan maghrib je rasalah ye)
Selamat mencuba! :D
10 comments:
Terliuuuq lagi.Pepagi plak tu..haih
nanti aku buat ikan bakar,aku cuba recipe ko nox! aku percaya taste ko, sebab mcm aku nye taste, heheh
ok, nak print jap resipi nih... hehehe
mesti try..i sangat tak reti wat ayaq asam nih..selalu tak sedap..
Tenkiuuu ... mesti cuba nnti. Dah ada menu ikan bakar sumtime next week kot...hehe
Apple - xpe, pagi ni takde gambar makanan baru. Hehe..
DLL - cuba jangan tak cuba, kalau xsedap, diam2 sudah beb. Kalau sedap, habaq mai kat cek. :D
Kak Zu - sila2.. Nanti report eh. Tp kalau xsedap i mintak mahap siang2. ;p
Lilly - try beb. Harap2 menjadi. InsyaAllah. : )
Kak Lia - ok, next week ye. Ish, cek pulak yg terliur mendegarnye. ;p
ya ampunnn ini kalau makan dengan ikan bakar sedapnyerr.... :)
Kak D - mmg dia geng dgn ikan bakar je selama ni. Tapi kalau nak geng dgn daging bakar/nasi daging pun boleh, tinggal tambah kerisik je lagi : )
addduuuhhhh...
pari bakar!
pari bakar!
sakan laa aku nak carik pari bakar hari niiiii !!!
Jelita - cari jangan tak cari, kalau x, teringat2 sampai esok lusa. ;p
Post a Comment